Zynakal

Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali sebagai Zynakal (lahir 19 Disember 1998) merupakan seorang penyanyi, rapper dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan mengarang dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi popular tanah air. Beliau mencipta nama sebagai komposer untuk lagu "Sabar" oleh Ismail Izzani dan "Bukan Yang Terbaik" oleh Adzrin. Pada tahun 2018, beliau melancarkan single sulungnya, "Terbang".

Zynakal
Kelahiran
Muhammad Raziq bin Rosli

(1998-12-19) 19 Disember 1998 (umur 25)
PekerjaanRapper, penyanyi, komposer, penerbit rakaman, pelakon
Tahun aktif2018–kini

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya sebagai penyanyi, Zynakal bekerja di belakang tabir sebagai komposer dan penerbit rakaman dan pernah mencipta lagu termasuk "Sabar" nyanyian Ismail Izzani, "Selamat Tinggal Sayang" oleh Haqiem Rusli dan "Terasa Cinta" oleh pasangan bersaudara Fara Hezel dan Aiman Tino.

Zynakal melancarkan single sulungnya, "Terbang" pada 19 September 2018 hasil nukilan dirinya sendiri bersama Sufian Suhaimi, Sabbala dan Faiz Ruzaini. Majlis pelancaran single itu diadakan di Colombo, Sri Lanka.[1] Muzik video rasminya telah meraih jumlah tontonan di YouTube sebanyak 330,000 tontonan dalam masa tiga hari sejak dilancarkan.

Kolaborasi beliau bersama Yonnyboii pada 2019, "Cemburu" dan "Sakit" meraih 1 juta dan 37 juta tontonan di YouTube.[2] "Sakit" telah menduduki #1 di carta RIM ‘Single Paling Distrim di Malaysia’ selama lapan minggu berturut-turut, sekaligus melancarkan kerjaya Zynakal di media arus perdana.

Kehidupan peribadi

Menurut Zynakal, nama pentas beliau mula digunakannya sejak di bangku sekolah.[1] Beliau juga ialah anak saudara kepada penyanyi dan vokalis kumpulan Slam, Zamani kerana ibunya, Zuraidah Ibrahim ialah kakak kepada Zamani.[1][3]

Pada 30 Ogos 2019, Zynakal mengaku bersalah kerana mencederakan seorang petugas stesen minyak dan menghalang tugas polis dua hari sebelumnya, iaitu pada 28 Ogos. Beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak di stesen minyak Petronas Pandan Prima, Ampang. Beliau membayar denda bagi kedua-dua kesalahan tersebut.[4] Zynakal kemudian menyatakan kekesalannya atas kesilapan lalu dan bertekad untuk memperbaiki kelemahan diri.[5]

Zynakal mendedahkan dalam satu temubual bersama media bahawa beliau telah menderita gangguan bipolar mania pada penghujung 2019 akibat kecaman yang diterimanya di media sosial. Beliau turut mendedahkan pernah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur bagi memulihkan penyakitnya.[6][7]

Ibunya, Zuraidah meninggal dunia pada 26 September 2020 akibat jangkitan kuman dalam darah.[8][9]

Diskografi

Single

  • "Terbang" (2018)
  • "Cemburu" (2019)
  • "Sakit" (2019)
  • "Bal" (bersama Caprice, MK, Tuju) (2019)
  • "Perasaan" (2020)
  • "Sayang Aku Tanya Apa Khabar" bersama Dayang Nurfaizah (2021)
  • "Tak Sangka" bersama Yonnyboii, Asyraf Nasir (2021)
  • "Tak Sangka (SeaTravel Remix)" bersama Yonnyboii, Asyraf Nasir (2021)
  • "High Land" bersama MDA, Boi Tasik (2021)
  • "Narsis" bersama Elizabeth Tan (2022)
  • "Beli Jiwa" (2022)
  • "Ayah" (bersama Caprice, Sonaone, Tujuloca) (2023)
  • "Bagaimana Aku" (2023)
  • "Tak Mudah" (2023)
  • "Masa" (2023)
  • "Dah Bagi" (2023)
  • "Dah Tak Mahu" (2023)
  • "Sendiri" (2024)

Lagu ciptaan

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022Cinta AmnesiaHuzairTV3Drama pertama

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Artis Baharu Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Yonnyboii)Tercalon
2021Anugerah Juara Lagu ke-35 (Semi-final)Peserta (bersama Yonnyboii)Tercalon

Rujukan

Pautan luar