Zion

Zion (Ibrani: צִיּוֹן Ṣīyyōn, LXX Σιών, juga diterjemah dengan ejaan pelbagai seperti Sion,[1] Tzion, Tsion, Tsiyyon)[2] ialah sebuah nama tempat dalam Alkitab Ibrani, sering digunakan sebagai seerti dengan Jerusalem atau Baitulmaqdis[3][4] juga Tanah Israel secara keseluruhan.

Zion (1903), Ephraim Moses Lilien

Nama ini ditemui dalam 2 Samuel (2 Sam 5:7), salah satu kitab dalam Alkitab Ibrani bertarikh sebelum atau hampir pertengahan abad ke-6 SM. Ia pada asalnya merujuk kepada sebuah bukit di Baitulmaqdis, Bukit Zion, yang terletak di selatan Bukit Moriah (Bukit Kuil). Menurut penceritaan dalam 2 Samuel 5, Bukit Zion mempunyai kubu Jebus, nama tempat yang sama yang ditawan David dan kemudian dinamakan dengan Kota David. Bukit itu secara khusus ialah satu daripada banyak bukit dari Baitulmaqdis.

Istilah Tzion datang untuk menandakan kawasan Baitulmaqdis Daud di mana kubu Jebus didirikan Jebus, dan digunakan sebagai penggunaan umum bagi keseluruhan bandar Baitulmaqdis; dan kemudiannya, bila Kuil Sulaiman didirikan di atas Bukit Moriah (yang mana, sebagai hasilnya, ia dinamakan sebagai Bukit Kuil), takrif istilah Tzion menjadi lebih luas dengan merangkumi penambahan Kuil itu sendiri, bukit di mana Kuil didirikan, keseluruhan bandar, keseluruhan Tanah Israel, dan "Dunia akan datang", yang dalam kefahaman Yahudi sebagai hari selepas kiamat.

Penggunaan lain

Dalam trilogi filem The Matrix, "Zion" adalah kota bawah tanah di mana para manusia yang bebas berlindung dan menjalani kehidupan sehari-harian.

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji