Yu tukul

Yu tukul sejenis ikan yu membentuk keluarga Sphyrnidae kerana rupa kepalanya macam tukul; bentuk tukul kepala ini membantu ikan-ikan yu jenis ini memburu dengan deria penglihatan berganda dan kebolehan mencerap jarak yang ditingkatkan.[1] Kebanyakan spesies ikan yu tukul diletakkan dalam genus Sphyrna, manakala yu tukul parang diletakkan dalam genus tersendiri iaitu Eusphyra.

Yu tukul
Julat zaman: Miosen Awal–Kini
Sphyrna lewini
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Chondrichthyes
Superorder:Selachimorpha
Order:Carcharhiniformes
Keluarga:Sphyrnidae
T. N. Gill, 1872
Genus
  • Eusphyra
  • Sphyrna

Yu tukul banyak bertaburan di perairan suam sepanjang pesisiran dan pentas benua. Populasi spesies ini adakala ditemukan dalam kawanan.

Rujukan