Yaphet Kotto

Yaphet Frederick Kotto (lahir Frederick Samuel Kotto; 15 November 1939 - 15 Mac 2021) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Serikat yang dikenali menerusi pelbagai watak dalam filem, serta membintangi siri televisyen NBC Homicide: Life on the Street (1993–1999) sebagai Leftenan Al Giardello. Filem-filemnya termasuk filem cereka sains/seram, Alien (1979), dan filem cereka sains/aksi Arnold Schwarzenegger, The Running Man (1987). Beliau memegang watak penjahat utama Dr. Kananga/Mr Big dalam filem James Bond, Live and Let Die (1973) dan membintangi bersama Robert De Niro dalam filem thriller komedi Midnight Run (1988) sebagai Ejen FBI Alonzo Mosely.

Yaphet Kotto
Kotto pada 1995
Kelahiran
Frederick Samuel Kotto[1]

(1939-11-15)15 November 1939
Meninggal duniaMac 15, 2021(2021-03-15) (umur 81)
Nama lainYaphet Frederick Kotto
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1963–2008, 2014
Ketinggian6 ka 3 in (1.91 m)[2]
Pasangan
  • Rita Ingried[1] Dittman (k. 1959; c. 1976)
  • Toni Pettyjohn (k. 1975; c. 1989)[3]
  • Tessie Sinahon (k. 1998)
Anak-anak6

Beliau meninggal dunia pada 15 Mac 2021, pada usia 81 tahun di Manila, Filipina. Isterinya yang mengumumkan berita tersebut di Facebook tidak mendedahkan sebab kematiannya.[4]

Rujukan

Pautan luar