Yana Samsudin

Pelakon wanita Malaysia

Norliana "Yana" Samsudin (lahir 25 September 1984) ialah seorang pelakon, pengarah,[1] penulis skrip, penerbit dan penyanyi wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta (2008)[4][5] dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu'Lu (2008) dan siri filem Adnan Sempit (2010-2014).[6][7]

Yana Samsudin
Yana ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Januari 2016.
Kelahiran
Norliana binti Samsudin

(1984-09-25) 25 September 1984 (umur 39)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Layar
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2003–kini
EjenProkuya Studios
PasanganFadzil Zahari (k. 2015)
Anak-anak2
Keluarga
Laman web rasmiyanasamsudin.com

Sepanjang kerjayanya, Yana telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya, termasuk Intan Ladyana, Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Beliau bernaung di bawah syarikat penerbitan Metrowealth dari awal penglibatannya dalam bidang seni sejak 2004 dan memilih untuk berdikari selepas kontrak tamat pada awal 2014.[8]

Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Kehidupan awal

Yana lahir dan membesar di Yong Peng.

Yana dilahirkan pada 25 September 1984 di Yong Peng, Johor, semasa perayaan Awal Muharram, iaitu hari permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Berbanding dua kakaknya yang dilahirkan di hospital, ibunya memilih untuk bersalin di kampung Yong Peng. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kepada pasangan seorang askar dan surirumah yang bernama Samsudin Jamuri, iaitu penduduk asal Yong Peng yang berketurunan Melayu (Jawa) dan isterinya Elly, seorang mualaf berasal dari Serian, Sarawak yang berketurunan Bidayuh. Yana merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Adik-beradik beliau ialah Norliyati, Norliza, Muhammad Fahmi dan dan Norliahazwani.

Yana mewarisi bakat seninya dari bapanya. Bapanya pernah menganggotai kugiran tentera yang bernama The Gunners dari unit artileri. Beliau boleh bermain semua alat muzik dan menyanyi. Yana juga pernah menyertai Bintang RTM di Melaka dan berjaya mewakili zon Selatan, namun beliau hanya mampu mara ke suku akhir.

Kerjaya

Televisyen

Kerjaya televisyen Yana bermula pada 2008 dengan menjayakan peranan utama sebagai Lu’lu dalam telefilem Lu’lu lakonan bersama Farid Kamil.

Drama pertama lakonan Yana ialah 3 Janda[9] terbitan MIG Productions arahan Joeza Rashidi (kini telah meninggal dunia), yang mana beliau memegang watak sebagai Suria Zambri yang merupakan seorang yang manja, liar dan nakal, suka bergaya lebih, suka barang berjenama dan boros.[10] Drama yang bersiaran di Astro Prima turut dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Lisa Surihani.[10] Drama ini juga memerlukan beliau memakai rambut palsu.[10]

Beliau kemudiannya, memegang watak utama sebagai Siti Ratna drama slot Lagenda TV3 dan TV9, Siti Kelembai yang telah meraih rating tertinggi 2.5 juta penonton di TV9. Drama bersiri 20 episod arahan Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions mengolah semula cerita rakyat, Sang Kelembai kepada Siti Kelembai versi moden yang berkisar tentang Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.[11]

Pada tahun 2012, Yana berlakon dalam siri drama aksi komedi Bini-Bini Perkasa bersama Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang mana beliau memegang watak Manja, watak lakonannya dalam filem Bini-Biniku Gangster.[12][13]

Pada tahun 2013, Yana juga melakonkan watak sebagai Wawa, seorang gadis kampung yang menderhakai ibunya dalam episod pertama drama Tanah Kubur musim keenam arahan Rashid Sibir, bersama pelakon veteran Wan Maimunah. Seterusnya, berlakon dalam drama Dia Suamiku juga arahan Rashid. Beliau digandingkan bersama penyanyi, Afiq Hakim Ahmad menerusi telefilem Abang Long vs Kak Yong yang disiarkan di TV3 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau seterusnya berlakon dalam drama Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor yang berdasarkan daripada telefilem Suamiku Jururawat, bersama penyanyi Tomok yang bersiaran di TV3 mulai 23 Februari 2014.[14][15]

Sebagai pengacara televisyen, Yana telah mengacarakan beberapa rancangan TV termasuk Juara Joran[16] di Astro Mustika HD, rancangan pencarian bakat Qu Puteh Bintang Mencari Bintang[17] dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015[18] di TV3 bersama penyampai radio AG dan rancangan masakan Lesung Pipit di Astro Prima.

Beliau kembali digandingkan bersama Farid Kamil dalam siri drama Qanun 99 di Astro Oasis.[19][20][21][22][23]

Filem

Bersama trofi Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2012.

Kerjaya Yana di layar lebar bermula pada 2003 apabila beliau melakonkan peranan pembantu dalam filem komedi arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, Mami Jarum Junior terbitan Metrowealth Movies Production.[7]

Pada 2008, beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera sulung arahannya, Selamat Pagi Cinta[24] yang mana beliau turut menulis skrip filem ini,[7] ketika itu beliau menggunakan nama sebenar, Norliana Samsudin. Filem bergenre percintaan lakonan Nur Fazura, Sharifah Amani, Que Haidar dan Pierre Andre ini ditayangkan pada 20 November 2008. Ia merupakan satu-satunya filem yang diarahkan oleh beliau, menjadikan Yana pengarah wanita pertama di Malaysia. Yana juga dipilih oleh David Teo sebagai salah seorang pengarah muda didalam Skim 10 Pengarah Muda MIG.[7]

Pada tahun yang sama, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar baru asrama bernama Zeta dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Norisz Ali dan Ainul Aishah. Filem ini menandakan kali pertama Yana berlakon dalam filem terbitan syarikat penerbitan lain.

Pada tahun 2010, beliau bersama Shaheizy Sam membintangi filem aksi komedi arahan Ahmad Idham, Adnan Sempit yang mana beliau melakonkan watak sebagai Wawa, pembantu peribadi Nadia lakonan Intan Ladyana. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2010 menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan jumlah hasilnya pada takat RM7.66 juta, sepanjang tempoh tayangan awal di pawagam. Kejayaan filem ini melayakkan Yana memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 sekaligus membawa kepada penghasilan tiga filem susulannya — Adnan Sempit 2 (2012),[25] Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014)[26] [27] di bawah arahan Ismail "Bob" Hasim. Berikutan kejayaan filem pertama, Yana kembali memegang watak Wawa dalam ketiga-tiga filem sambungan dari Adnan Sempit.

Selepas Adnan Sempit, beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Aku Masih Dara yang ditayangkan pada 16 Disember 2010 di mana beliau melakonkan watak utama sebagai Aleesya, bersama Raja Farah dan Diana Amir. Filem yang mengetengahkan isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan turut dibintangi oleh Farid Kamil dan Ashraf Muslim.

Pada tahun 2011, beliau bekerja di bawah arahan Farid Kamil buat kali pertama dan sekali lagi bergandingan bersama Shaheizy Sam yang melakonkan watak Tumulak menerusi filem Kongsi, dalam filem ini, Yana melakonkan watak Inspektor Olla. Filem beliau seterusnya, Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim menyusul di pawagam, sekali lagi menemukan beliau bersama Sam dan Intan Ladyana. Beliau melakonkan watak sebagai Manja, seorang isteri dan suri rumah yang baik, tetapi mempunyai identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster dan terpaksa merahsiakan identitinya daripada suaminya, Harry (Shaheizy Sam).

Pada tahun 2012, beliau sekali lagi berpasangan dengan Sam menerusi filem bertemakan K-Pop, Aku Ada, Kau Ada???[28] arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures,[28] yang mana hampir 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul dan Pulau Jeju.[28] Dalam filem yang ditayangkan pada 24 Mei 2012 ini, beliau memegang watak sebagai Tina.[28][29] Beliau bersama Sam melakonkan watak utama sebagai Julia dan Alang dalam filem aksi arahan Ahmad Idham, 8 Jam yang ditayangkan pada 5 Julai, filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan menerima ulasan positif dari pengulas filem, malah ia meraih kutipan sebanyak RM2.30 juta.

Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam filem komedi romantik Strawberi Cinta[30] arahan Ahmad Rusli Khadri yang mana beliau memegang watak sebagai seorang gadis Jepun yang bernama Ichigo Yamada yang berasal dari Jepun,[30] telah terpisah dengan ibu kandungnya, Rozita (dilakonkan oleh Dian P. Ramlee), sejak berusia enam tahun,[30] filem yang menggandingkan beliau bersama Pierre Andre juga memerlukan Yana untuk mempelajari bahasa Jepun.[30][31]

Pada tahun 2013, Yana melakonkan watak Wawa dalam terbitan turunan filem Adnan Sempit, Wawa Semput yang berkisarkan tentang Wawa yang kecewa dengan sikap Bobby (dilakonkan oleh Along Cham) yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Filem ini ditayangkan pada 31 Januari 2013 merupakan kegagalan komersial, hanya sekadar memeproleh kutipan sebanyak RM1.48 juta.[32][33]

Beliau sekali lagi digandingkan bersama Pierre Andre menerusi filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab[34] dan seterusnya, berlakon di bawah arahan Pierre menerusi filem Cerita Kita bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.

Pada tahun 2016, beliau kembali beraksi di layar perak menerusi filem Cina tempatan berjudul Happy Birth Death yang ditayangkan pada 22 Disember 2016.[35][36]

Muzik

Yana memulakan kerjaya muziknya pada 2004 menerusi album studio pertamanya bertajuk Ceria yang diterbitkan oleh MIG Records.[37] Album yang dikeluarkan pada 22 Julai memuatkan 10 lagu, antaranya "Hingga Hujung Nyawa" dan ”Aku Pasrah", lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album ini ialah "Go Away (Pergilah)", "Aku Redha", "Kosong", "Mengertilah", "Bermula Satu Cerita", "Rahsia Cinta", "Ceria" dan "Singgahsana Sangkar Cinta".[37]

Pada 2013, beliau merakamkan lagu bersama pelakon Shaheizy Sam yang bertajuk "Beginilah Caranya" yang menjadi lagu tema filem Aku Ada, Kau Ada? lakonan mereka berdua. Beliau juga menyanyikan satu lagi runut bunyi filem ini, "Halus Berbisa" secara solo.

Aktiviti dan penerimaan media

Yana ditemubual oleh MeleTOP pada 23 Februari 2016.

Nama Yana Samsudin lebih melonjak naik apabila memegang watak Manja dalam filem Bini-Biniku Gangster seterusnya telah merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, Yana juga telah berjaya merangkul Anugerah Heroin Terhebat dalam Anugerah Blokbuster 1 & 2.

Selayaknya beliau dipanggil 'Primadona Mainstream Future Film' kerana beliau telah membintangi filem filem yang mencatatkan kutipan pecah panggung di Malaysia.[perlu rujukan]

Beliau juga di gelar #DarlingMalaysia apabila muncul di rancangan Awal Lagi membincangkan interaksi artis bersama peminat di laman sosial, apabila rata rata komen yang diterima Yana adalah positif dan membina. Hubungannya bersama peminat tidak ubah seperti kawan rapat apabila kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sering di ajak menonton wayang dan makan bersama, kekuatan dan keakraban kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sehingga akan bertindak menyokong dan mempertahankan Yana jika muncul sebarang komen negatif dari individu individu lain di luar ataupun di alam maya. Mereka adalah tulang kuat Yana Samsudin.[38]

Sehingga April 2013, beliau mempunyai hampir satu juta peminat di laman Facebook.[39]

Kini, Yana Samsudin mengaktifkan diri dalam bidang penstriman permainan video di laman web Facebook milkinya dengan akaun yang bernama, YanasamsudinX dan mempunyai kumpulan e-sukannya tersendiri iaitu YSX eSport. Permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) telah mengambil Yana sebagai duta kempen mereka untuk baju terbaru 2019 iaitu Snowflake Girl.[perlu rujukan]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan adik kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 jam 4.15 petang di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor.[40] Kedua-dua pasangan kelihatan segak mengenakan pakaian dari rona putih.[40] Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan teman wartawan. Yana yang sah menjadi isteri Fadzil melafazkan akad nikah dengan sempurna di hadapan Imam Besar Masjid Jamek Pekan Yong Peng, Shamsul Rizalaris Abdul Hamid yang bertindak sebagai jurunikah.[41][40][42][43] Anak sulungnya, Aisy Mateen dilahirkan pada 21 Julai 2016, [44][45][46][47][48] Dalam temuramah dengan Media Hiburan, Yana berkata nama anak lelakinya itu dipilih melalui hasil perbincangan antara beliau dan suami. Keindahan nama itu dibuat oleh Yana sendiri dan suaminya yang lebih mengutamakan huruf 'A' sebagai permulaan nama, manakala Mateen pula berasal daripada 99 nama Allah.[49]

Sebelum ini, Yana pernah menjalin hubungan dengan pelakon-pengarah Pierre Andre sekitar 2004 hingga 2007.[50][51]

Pada November 2020, Yana dan Fadzil dikurniakan cahayamata kedua, iaitu seorang anak perempuan.[52]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2003Mami Jarum JuniorPenyanyi kelabFilem pertama, pelakon tambahan
20047 PerhentianPelakon tambahan
I Know What You Did Last RayaJururawatPelakon undangan
2005Cinta FotokopiMellyDikreditkan sebagai Norliana Samsudin
2006Tentang BulanZurina Dewasa
20079 SeptemberPelajar sekolah
2008Selamat Pagi CintaMayFilem pertama arahan, dikreditkan sebagai Norliana Samsudin
HisteriaZettaPerempuan lesbian bersama Scha Al-Yahya
2010Adnan SempitWawa
Aku Masih DaraAleesya
2011KongsiInspektor Olla
Bini-Biniku GangsterManjaJuga penulis skrip bersama Fadzil Zahari
2012Adnan Sempit 2Wawa
3 TemujanjiReanna
Aku Ada, Kau Ada???Kartina Dahar
8 JamJulia
Strawberi CintaIchigo Yamada
2013Minyak DaguEmelda
Wawa SemputWawa
Cerita KitaIka
Dua KalimahHumaira
Adnan Sempit 3Wawa
2014Adnan Sempit SawadikapWawa
2016Happy Birth Death
2018Rise: Ini KalilahKakak FizahPelakon undangan
TBAKak YongKak YongHeroin dan penerbit eksekutif
VektorDalam perancangan

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Lu'LuLu'LuAstro RiaTelefilem pertama
2011Love, NoraSheilaAstro Citra
Diari Suami 9 BulanZaraTV9
Kubur Tak BertandaRitaAstro Citra
2012Hatiku di KinabaluQistina
2013Suamiku JururawatDr. SuriatiTV3
Abang Long vs Kak YongKak Yong
2014Atie SetanAtie
KakakLily
2015Rindu Dari PenciptaAstro Prima
2018Lamaran PerfectNoraAstro Ria
2020Demi Tuhan Aku BeraksiTV1Sebagai penerbit eksekutif
2021Tanah Kubur: Hati HitamNormaAstro Citra
2022Mendung BerlaluDiraTV1

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
20093 JandaAstro PrimaDrama pertama
Bio-NikSuriTV3
Jangan Tegur... LagiTina
Cinta BalqisMimi
2010Siti KelembaiSiti Kelembai
Suri BakawaliSuri
2011Santau MerasukNina
2012Bini-Bini PerkasaManja
2013Surat Dari Langit BiruSalmi
Tanah Kubur (Musim 6)SalwaAstro OasisEpisod: "Derhaka"
Dia SuamikuHanaAstro Prima
2014Suamiku Jururawat Isteriku DoktorDr. SuriatiTV3
2015Kalau Hati Ini Rama-RamaNurTV2
2016Qanun 99ZaharaAstro Oasis
2017Jadikan Aku Yang KeduaWaheeda / Wawa
2018Cinta MayaMayaTV1
2022Menantu Mek BarberMalisaTV3

Televisyen

TahunTajukSaluran TVPerananCatatan
2014Juara JoranAstro Mustika HDPengacara
2015Qu Puteh Bintang Bersama BintangTV3
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015
2016Lesung PipitAstro Prima
2017Bismillah Ad-DhuhaAstro Oasismengacara bersama Diana Amir dan Fakhrul Radi
2020The Masked Singer Malaysia (musim 1)Astro WarnaPesertasebagai ABC

Diskografi

Album studio

Lagu dan single

Anugerah dan pencalonan

Senarai anugerah dan penghargaan yang diterima oleh Yana Samsudin
TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2010Festival Filem Malaysia ke-23Pelakon Pembantu Wanita TerbaikAdnan SempitMenang
2011Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
Anugerah BlokbusterHeroin Terhebat3 TemujanjiMenang
2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011Pelakon Filem Wanita PopularMenang
Anugerah BlokbusterHeroin TerhebatStrawberi CintaMenang
2013Anugerah MelodiArtis Wanita PilihanTercalon
2014Anugerah Skrin 2014Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)2 KalimahTercalon
Anugerah Lawak Warna 2014Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)Adnan Sempit 3Tercalon
2015Anugerah Lawak Warna 2015Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)Adnan Sempit SawadikapTercalon

Rujukan

Pautan luar