Xavier Espot Zamora

Xavier Espot Zamora (lahir 30 Oktober 1979, Escaldes-Engordany) ialah seorang ahli politik Andorra. Beliau ialah bekas menteri keadilan[1] dan sekarang perdana menteri Andorra sejak 16 Meo 2019.[2]

Xavier Espot Zamora
Perdana Menteri Andorra
Memegang jawatan
16 Mei 2019
RajaPutera Bersama Keusukupan:
Joan Enric Vives Sicília
Putera Bersama Perancis:
Emmanuel Macron
WakilKeuskupan:
Josep Maria Mauri
Perancis:
Patrick Strzoda
Didahului olehAntoni Martí
Butiran peribadi
Lahir (1979-10-30) 30 Oktober 1979 (umur 44)
Escaldes-Engordany, Andorra
Parti politikDemokrat untuk Andorra

Di bawah kerajaan Antoni Martí, antara 25 Julai 2012 dan 28 Februari 2019 beliau merupakan menteri hal ehwal sosial, keadilan dan pedalaman, menggantikan Rosa Ferrer Obiols.[3] Beliau turun jawatan pada 29 Februari 2019 sebagai Menteri untuk menyediakan pencalonannya untuk perdana menteri dalam pilihan raya umum 2019.[4]

Zamora memiliki ijazah dan sarjana dalam Undang-undang dari Fakulti Sekolah Atasan Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan (ESADE). Tambahan pula, beliau juga memiliki ijazah dalam Kemanusiaan dari Fakulti Falsafah Universiti Ramon Llull di Barcelona.[3]

Lihat juga

  • Majlis Eksekutif Andorra

Rujukan

Templat:PerdanaMenteriAndorra