Vedran Ćorluka

Pemain bola sepak

Vedran Ćorluka (disebut [ʋědran t͡ɕǒrluka]; lahir 5 Februari 1986) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk Lokomotiv Moscow dan untuk pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi bek tengah.

Vedran Ćorluka
Maklumat peribadi
Nama penuhVedran Ćorluka[1]
Tarikh lahir (1986-02-05) 5 Februari 1986 (umur 38)
Tempat lahirDerventa, SFR Yugoslavia
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lokomotiv Moscow
Nombor14
Kerjaya remaja
Dinamo Zagreb
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2003–2007Dinamo Zagreb61(7)
2004–2005→ Inter Zaprešić (pinjaman)27(4)
2007–2008Manchester City38(1)
2008–2012Tottenham Hotspur81(1)
2012Bayer Leverkusen (pinjaman)7(0)
2012–Lokomotiv Moscow159(7)
Pasukan kebangsaan
2002Croatia B167(2)
2002–2003Croatia B1711(2)
2003Croatia B183(0)
2004–2005Croatia B1912(4)
2005–2006Croatia B219(0)
2006–2018Croatia103(4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Julai 2018

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Ćorluka telah dilahirkan di Derventa, Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, SFR Yugoslavia. Ibu bapa beliau, Jozo dan Anđa berasal dari Modran, yang terletak di Derventa. Disebabkan peperangan berlaku di Bosnia pada tahun 1992, keluarganya berpindah ke Zagreb, Croatia, di mana bapa beliau bekerja sebagai jurutera. Ibu beliau merupakan seorang hakim, Vedran memiliki seorang abang. Beliau bermula bermain bola sepak ketika dalam pasukan remaja Dinamo Zagreb semasa beliau berusia lapan tahun.[2] Kerjaya profesional Ćorluka bermula pada tahun 2003, tetapi musim itu, beliau tidak membuat sebarang penampilan untuk pasukan pertamanya. Beliau kemudian dipinjam ke Inter Zaprešić dan bermain selama satu musim, di mana beliau membantu pasukannya melonjak ke tangga kedua liga sebelum kembali ke Dinamo Zagreb pada tahun 2005. Selepas beliau membuat banyak aksi terbaik bersama Dinamo, beliau membantu kelabnya untuk memenangi gelaran Prva HNL selama tiga musim berturut-turut sejak 2005–06.

Manchester City

Pada 2 Ogos 2007, Ćorluka menandatangani untuk bersama Manchester City.[3][4] City tidak mendedahkan bayarannya, tetapi media Croatia melaporkan bahawa bayaran itu sekita £8 juta sambil menandatangani kontrak lima tahun.[5]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk City ketika tewas 4–2 kepada Aston Villa dalam musim 2008–09.[6] Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala UEFA, Ćorluka menendang masuk tendangan penalti ketika menang 4–2 ke atas kelab Denmark, Midtjylland selepas seri 1–1 agregat. Perlawanan terakhir beliau bersama City ketika menentang Sunderland pada 31 Ogos 2008, dengan membaling jersinya kepada para peminat selepas habis perlawanan.[7]

Tottenham Hotspur

Pada 1 September 2008, Ćorluka menandatangani sebuah kontrak untuk bersama Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5 juta dengan kontrak selama enam tahun, beliau juga mempunyai rakan senegara di Spurs, Luka Modrić.[8] Ketika satu perlawanan menentang Stoke City pada 19 Oktober, Corluka telah mengalami kecedearan. Beliau telah terlanggar dengan rakan sepasukan Heurelho Gomes, lalu beliau tidak menyedarkan diri apabila terkena dagu akibat perlanggaran tadi. Sepuluh minit kemudina, beliau dikejarkan ke hospital di mana tiada kecederaan serius dilaporkan.[9] Dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris pada 1 Mac 2009, Ćorluka menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika penentuan tendangan penalti menentang Manchester United. Beliau telah digelar oleh para penyokong Spurs iaitu 'Charlie'.[10]

Ćorluka gol liga pertamnya untuk Tottenham ketika seri 2–2 menentang Bolton Wanderers pada 3 Oktober 2009.[11]

Bayer Leverkusen (pinjaman)

Pada pemindahan Januari 2012, Ćorluka telah dipinjam ke kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen untuk musim 2011–12.[12]

Ćorluka membuat debut untuk Leverkusen ketika seri 2–2 menentang Stuttgart pada 4 Februari, dengan bermain penuh 90 minit.[13] Dalam pemunculan pertama dalam perlawanan Liga Juara-Juara untuk Leverkusen, Ćorluka membuat hantaran kepada Michal Kadlec pada minit ke-52 sebelum digantikan pada minit ke-90 oleh Danny da Costa, Leverkusen tewas 3-1 kepada Barcelona.[14] Penampilan terakhir pemain Croatia itu untuk Leverkusen ketika menumpaskan 1. FC Nürnberg, 4-1 pada 5 Mei[15] ketika penyerang Leverkusen, Kießling menjaringkan hatrick.[16][17]

Lokomotiv Moscow

Pada 27 Jun 2012, Lokomotiv Moscow telah membeli Ćorluka dari Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5juta. Ćorluka menandatangani kontrak tiga tahun berikutan beliau melepasi ujian kesihatan.[18] Beliau menjaringkan gol untuk Lokomotiv ketika debutnya menentang Mordovia Saransk, 3–2. Pada September 2012[19] dan Mac 2014,[20] Ćorluka telah dinamakan sebagai pemain terbaik bulanan.

Kerjaya antarabangsa

Ćorluka (dua dari kiri) sedang menyelit Neymar ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Brazil.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia ketika menentang juara dunia pada ketika itu, Itali pada 16 Ogos 2006 di Livorno, Itali. Croatia menang 2–0 dan Ćorluka memasuki padang pada separuh masa kedua. Beliau pada masa itu berusia 20 tahun.

Ketika kempen kelayakan UEFA Euro 2008, beliau menjadi pemain utama di bawah jurulatih Slaven Bilić. Croatia menghabiskan kempen dengan menduduki tempat pertama Kumpulan E, manakala Rusia yang menduduki tempat kedua layak dan England gagal untuk ke Euro 2008.

Ćorluka bermain dalam perlawanan akhir Croatia di UEFA Euro 2008 selepas tewas kepada Turki pada penentuan tendangan penalti.[21] Pemain sayap Turki, Arda Turan dalam satu temu ramah bersama UEFA mengatakan bahawa Ćorluka antara pemain bek kanan paling sukar untuk lepasi, sejurus selepas perlawanan menentang Croatia.[22]

Statistik kerjaya

Kelab

KelabLigaMusimLigaPialaPiala ligaEropahJumlah
PmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGol
Inter ZaprešićPrva HNL2004–05274000000274
Jumlah274000000274
Dinamo ZagrebPrva HNL2005–06313210000334
2006–07304800060444
Jumlah6171010060778
Manchester CityLiga Perdana Inggeris2007–08350303000410
2008–093100003061
Jumlah381303030471
Tottenham HotspurLiga Perdana Inggeris2008–09340205000410
2009–10291502000361
2010–11150100080240
2011–123000104080
Jumlah81180801201091
Bayer Leverkusen (pinjaman)Bundesliga2011–127000001080
Jumlah7000001080
Lokomotiv MoscowLiga Perdana Rusia2012–13271100000281
2013–14281000000281
Jumlah552100000562
Jumlah kerjaya2691522111022032416

Penghargaan

Kelab

Dinamo Zagreb[23]
  • Prva HNL: 2005–06, 2006–07
  • Piala Croatia: 2006–07
  • Piala Super Croatia: 2006

Rujukan

Templat:Skuad FC Lokomotiv Moscow