Trakoma

Trakoma, juga dikenali sebagai konjunktiva bergranul, Oftalmia Mesir,[1] dan trakoma pembutaan adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis.[2] Jangkitan ini menyebabkan bahagian permukaan kelopak mata menjadi kasar. Kulit yang menjadi kasar ini boleh menyebabkan kesakitan pada mata, permukaan luar atau kornea mata tidak dapat berfungsi, dan mungkin menyebabkan kebutaan.[2]

Trakoma
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10A71
ICD-9076
P. Data Penyakit29100
MedlinePlus001486
eMedicineoph/118
MeSHD014141
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyebab

Bakteria yang menyebabkan penyakit ini boleh tersebar melalui sentuhan langsung atau tidak langsung melalui mata atau hidung orang yang dijangkiti.[2] Sentuhan tidak langsung termasuklah pakaian atau lalat yang mungkin tersentuh mata atau hidung orang yang dijangkiti itu.[2] Jangkitan yang kerap diperlukan dalam tempoh beberapa tahun sebelum kelopak mata mengalami parut yang teruk yang menyebabkan bulu mata bergesel dengan mata.[2] Kanak-kanak menyebar penyakit ini lebih kerap daripada orang dewasa.[2] Sanitasi yang teruk, tempat tinggal sempit, dan keadaan air dan tandas yang tidak bersih juga meningkatkan jangkitan.[2]

Pencegahan dan rawatan

Usaha-usaha untuk mengelakkan penyakit tersebut termasuklah menambahbaik akses kepada air bersih dan menggurangkan jumlah orang yang dijangkiti melalui rawatan antibiotiks.[2] Ini mungkin termasuk merawat, semua sekali, kumpulan-kumpulan orang yang biasa dijangkiti penyakit ini.[3] Membilasnya tidak berkesan untuk mengelakkan penyakit tersebut tetapi mungkin berkesan dengan langkah-langkah.[4] Rawatan termasuklah azithromycin oral atau tetracycline topikal.[3] Azithromycin adalah lebih dipilih kerana ia boleh digunakan sebagai satu dos.[5] Selepas parut terhasil pada kelopak mata, pembedahan diperlukan untuk membetulkan kedudukan bulu mata dan untuk mengelakkan kebutaan.[2]

Epidemiologi

Secara global, dalam 80 juta orang mempunyai jangkitan yang aktif.[6] Dalam beberapa keadaan, jangkitan mungkin terjadi di kalangan 60 sehingga 90% kanak-kanak dan biasanya dihidapi oleh para wanita berbanding dengan lelaki mungkin kerana mereka lebih banyak menyentuh kanak-kanak.[2] Penyakit tersebut adalah penyebab kemerosotan dalam kemampuan untuk melihat di kalangan 2.2 juta orang di mana 1.2 juta orang adalah buta sepenuhnya.[2] Ia biasanya berlaku di 53 buah negara di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan yang memberi risiko kepada 230 juta orang.[2] Ia mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak USD 8 bilion setiap tahun.[2] Ia dikelaskan dalam kumpulan penyakit yang dikenali sebagai penyakit-penyakit tropika terabai.[6]

Rujukan