Timeless Temiar | |
---|---|
Pengarah | Mohd Zain Hussain |
Penulis | Noni Wright |
Dihasilkan oleh | Ow Kheng Law (bersekutu) |
Sinematografi | C.G. Wong |
Disunting oleh | Wong Khye Weng |
Muzik oleh | V.G. Bhaskaran |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1956 |
Masa tayangan | 46 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa |
Timeless Temiar atau Kaum Temiar Asali ialah sebuah filem dokumentari Malaysia 1956 arahan Mohd Zain Hussain terbitan Malayan Film Unit (MFU; kemudian dikenali sebagai Filem Negara Malaysia atau FNM). Dokumentari ini berkisarkan tentang kehidupan sosiobudaya suku orang asli Temiar di negeri Perak.[1] Ia telah ditayangkan di luar negara dan memenangi pelbagai anugerah.[2][3]
Kisah kehidupan orang asli Temiar dihutan rimba Malaya. Mereka tinggal dirumah panjang beramai ramai. Orang asli Temiar diketuai oleh seorang pawang berilmu tinggi. Penduduknya hidup dengan memakan sumber bahan hutan seperti memburu binatang dan bercucuk tanam.[4]
Timeless Temiar dimulakan dengan visual Kuala Lumpur moden, dan kemudian beralih ke bandar Ipoh dengan bangunan yang lebih moden.[5] Artis potret terkenal, (Dato’) Hossein Anas, yang pernah bekerja di MFU sebagai artis judul, kemudian bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, muncul di kamera merokok paip ikoniknya. Dia dilihat memandu dengan jip dan kemudian menaiki kapal menaiki sungai, menuju ke hutan. Visual itu disusun sehingga penonton asing dapat melihat bahawa Tanah Melayu sudah menjadi negara moden dan orang asli adalah mereka yang masih hidup secara tradisional di hutan.
Timeless Temiar diterbitkan dalam bentuk warna menerusi Eastman Color dan diproses di Denham Laboratories, England.[6] Diarahkan oleh tokoh dokumentari negara, Mohd Zain Hussain, dokumentari ini dihasilkan dengan pembikinan dan penyampaian bentuk, struktur dan konteks dokumentari bukan konvensional. Menurut Ian Aitken, filem ini merujuk kepada konsepsi cerita rakyat kehidupan mereka termasuk rujukan kepada kosmologi semangat roh mereka.
Filem ini ditayangkan pada 1956 dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila terpilih untuk diedarkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) untuk tayangan di pawagam di Amerika Syarikat dan Kanada.[7] Ia juga pernah dipertontonkan di Marble Arch Cinema, London, England.[8] Pada Julai 1957, Timeless Temiar dipertontonkan di Rex Theatre.[9]
Bersempena dengan Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung dari 11 hingga 21 September 1998, filem ini (bersama-sama dengan 5 lagi filem dokumentari terbitan Filem Negara Malaysia) telah dipertontonkan di Festival Filem Komanwel yang berlangsung dari 11 hingga 15 September 1998.[10][11]
Filem ini dipertontonkan sempena program Art Talk & Forum yang belangsung pada 10 Mac 2017 di Galeri Petronas yang turut dihadiri oleh Hassan Muthalib dan U-Wei Hj Saari.[12]
Diperoleh dari catatan penerbitan.[13]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1956 | Festival Filem Asia Pasifik ke-3[14][15] | Filem Terbaik (Bukan Drama) | Timeless Temiar | Menang |
Festival Filem Antarabangsa Edinburgh ke-10[14] | Diploma Merit | Menang | ||
Pameran Antarabangsa Dokumentari dan Filem Pendek ke-7[14] | Diploma (Perhatian Khusus) | Menang |