Tibet Airlines

Syarikat penerbangan serantau Republik Rakyat China

Tibet Airlines (skrip Tibet: བོད་ལྗོངས་མཁའ་འགྲུལ།; Wylie: bod ljongs mkha' 'grul); (Bahasa Cina: 西藏航空pinyin: Xīzàng Hángkōng, disingkat sebagai Bahasa Cina: 藏航; pinyin: Zàngháng) merupakan Syarikat Penerbangan dengan ibu Pejabat korporat dan Ibu Pejabat yang terdaftar di Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet, dan mengoperasikan penerbangan domestik terjadual dari Lapangan Terbang Lhasa Gonggar.

Tibet Airlines
Syarikat Penerbangan Tibet Airlines
བོད་ལྗོངས་མཁའ་འགྲུལ།
西藏航空
IATAICAOPengenal
TVTBATIBET
Ditubuhkan2010; 14 tahun yang lalu (2010)
Hab
Program kesetiaanPhoenixMiles (berkongsi dengan Air China)
Pesawat35 (jumalah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi33 (jumlah keseluruhan destinasi)
31 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Syarikat indukAir China
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet, Republik Rakyat China
Orang pentingLiu Yanping, Pengurus Besar
Laman webwww.tibetairlines.com.cn
Tibet Airlines
Tulisan Cina Ringkas西藏航空
Tulisan Cina Tradisional西藏航空
Maksud harfiahSyarikat Penerbangan Tibet Airlines

Data Kod

  • Kod IATA : TV
  • Kod ICAO : TBA
  • Panggilan: Tibet

Sejarah

Syarikat Penerbangan Tibet Airlines telah diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China pada Bulan Mac 2010. [2] Pada asalnya ia menempah tiga pesawat Airbus A319, [3] menerima pesawat pertamanya pada Tarikh 2 Julai 2011.

Syarikat penerbangan itu memulakan laluan sulung dari Lapangan Terbang Lhasa Gonggar ke Lapangan Terbang Ngari Gunsa pada Tarikh 26 Julai 2011 dan memulakan penerbangan ke Beijing dan Shanghai pada akhir tahun itu. Syarikat penerbangan itu juga mengumumkan rancangan untuk memulakan penerbangan terus ke Benua Eropah menjelang Tahun 2016. [4] Pada Februari 2011, The Times of India melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu berminat untuk memulakan operasi di India dan negara-negara lain di Wilayah Asia Selatan dan Wilayah Asia Tenggara. [5]

Penerbangan antarabangsa pertama Syarikat Penerbangan Tibet Airlines dilancarkan pada Tarikh 1 Julai 2016, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu dan Lapangan Terbang Samui di Negara Thai. [6] Pada Bulan September 2016, syarikat penerbangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk melancarkan perkhidmatan ke resort Laut Hitam Sochi dari Sanya melalui Chengdu, bermula Tahun 2017. [7]

Pada Tarikh 8 Januari 2019, pengendali lapangan terbang Finland, Finavia mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Tibet Airlines akan membuka laluan baharu antara Jinan, Wilayah Shandong dan Helsinki, Finland pada Bulan April 2019. Laluan ini akan dikendalikan sebanyak dua kali seminggu dengan pesawat siri Airbus A330 . [8][9]

pada penghujung bulan Jun 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Tibet Airlines, ada merancang untuk mengembangkan laluan antarabangsa ke Nepal, dengan memulakan laluan Xi'an-Kathmandu, yang akan dimulakan pada 9 Julai 2023, menggunakan armada siri Airbus A319 [10].

Urusan korporat

Syarikat penerbangan ini mempunyai ibu pejabat korporat dan ibu pejabat berdaftarnya di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Lhasa (拉萨市经济技术开发区; 拉薩市經濟技術開發區; Lāsà Shì Jīngjì Jìshù Kāifāqū), [11] di Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet . [12] [13] Ia juga memiliki Ibu Pejabat di Bandar Chengdu .

Destinasi

Setakat Tahun 2023 [14]:

Pesawat Syarikat Penerbangan Tibet Airlines dengan siri Airbus A319
Pesawat Syarikat Penerbangan Tibet Airlines dengan siri Airbus A330
Negara (Negeri/Wilayah)BandarLapangan TerbangNotaRuj
Republik Rakyat ChinaBeijingLapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing
Republik Rakyat China (Sichuan)ChengduLapangan Terbang Antarabangsa Chengdu ShuangliuHab utama Tibet Airlines
Republik Rakyat ChinaChongqingLapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei
Republik Rakyat China (Qinghai)GolmudLapangan Terbang Golmud
Republik Rakyat China (Guizhou)GuiyangLapangan Terbang Antarabangsa Guiyang Longdongbao
Republik Rakyat China (Hainan)HaikouLapangan Terbang Antarabangsa Haikou MeilanDihentikan
Republik Rakyat China (Zhejiang)HangzhouLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan
Republik Rakyat China (Yunnan)KunmingLapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui
Republik Rakyat China (Gansu)LanzhouLapangan Terbang Antarabangsa Lanzhou Zhongchuan
Republik Rakyat China (Tibet)LhasaLapangan Terbang Lhasa GonggarHab utama Tibet Airlines
Republik Rakyat China (Sichuan)MianyangLapangan Terbang Mianyang Nanjiao
Republik Rakyat China (Jiangsu)NanjingLapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou
Republik Rakyat China (Tibet)NyingchiLapangan Terbang Nyingchi Mainling
Republik Rakyat China (Tibet)QamdoLapangan Terbang Qamdo Bangda
Republik Rakyat China (Hainan)SanyaLapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix[15]
Republik Rakyat ChinaShanghaiLapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao
Republik Rakyat China (Guangdong)ShenzhenLapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao'an
Republik Rakyat China (Tibet)ShigatseLapangan Terbang Shigatse Peace
Republik Rakyat China (Tibet)ShiquanheLapangan Terbang Ngari Gunsa
Republik Rakyat China (Shanxi)TaiyuanLapangan Terbang Antarabangsa Taiyuan Wusu
Republik Rakyat ChinaTianjinLapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai
Republik Rakyat China (Hubei)WuhanLapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe
Republik Rakyat China (Fujian)XiamenLapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi
Republik Rakyat China (Shaanxi)Xi'anLapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang[10]
Republik Rakyat China (Qinghai)XiningLapangan Terbang Antarabangsa Xining Caojiabao
Republik Rakyat China (Sichuan)YibinLapangan Terbang Yibin Caiba
Republik Rakyat China (Ningxia)YinchuanLapangan Terbang Antarabangsa Yinchuan Hedong
Republik Rakyat China (Qinghai)Bandar YushuLapangan Terbang Yushu Batang
Republik Rakyat China (Henan)ZhengzhouLapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou XinzhengDihentikan
FinlandHelsinkiLapangan Terbang Vantaa
NepalKathmanduLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan[16][10]
Rusia (Krasnodar Krai)SochiLapangan Terbang Sochi[17]
Negara Thai (Surat Thani)Ko SamuiLapangan Terbang Samui[18]

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Tibet Airlines (TV)

Armada

Setakat September 2019, Armada Syarikat Penerbangan Tibet Airlines merangkumi jenis pesawat berikut:[19][20]

Armada Tibet Airlines
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
CWYTotal
Airbus A319-1002418120128
Airbus A320-20068150158
Airbus A330-2005[21]1232235279[22]
Total351

Kemalangan

Rujukan

Lihat Juga

Pautan luaran