Thumbelina (Denmark: Tommelisecode: da is deprecated ) merupakan kisah dongen oleh Hans Christian Andersen pertama kali diterbitkan oleh C. A. Reitzel pada 16 Disember 1835 di Copenhagen, Denmark dengan "Budak Nakal ("The Naughty Boy")" dan "Rakan Perjalanan ("The Traveling Companion")" dalam terbitan kedua Fairy Tales Told for Children. "Thumbelina" adalah mengenai gadis kecil dan pengembaraannya dengan katak yang mementingkan rupa dan perkahwinan, mondok, dan cockchafers. Dia berjaya mengelakkan maksud mereka sebelum jatuh cinta dengan putera pari-pari bunga yang sama saiz dengannya.
"Thumbelina" adalah ciptaan Andersen kebanyakannya, sungguhpun dia mengambil inspirasi dari kisah orang kecil seperti "Tom Thumb". "Thumbelina" diterbitkan sebagai satu dari tujuh kisah dongeng pada tahun 1835 yang tidak diterima dengan baik oleh pengkritik Danish yang tidak menggemari gaya tidak formal dan ketiadaan sifat moral. Seorang pengkritik, bagaimanapun memuji "Thumbelina.[1] Terjemahan paling awal ke bahasa Inggeris bagi "Thumbelina" bertarikh 1846. Kisah ini telad diadaptasi pada pelbagai media termasuk drama televisyen dan filem animasi.