The Weeknd

Abel Makkonen Tesfaye (lahir 16 Februari 1990),[1][2][3][4] lebih dikenali sebagai The Weeknd, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit rakaman Kanada. Beliau mula terkenal pada tahun 2010 melalui seberapa persembahan gubahan lagu asal YouTube di bawah nama "The Weeknd" dan mixtape House of Balloons, Thursday dan Echoes of Silence pada tahun 2011 yang segera menarik perhatian ramai pendengar dan pengulas untuk gubahan lagu R&Bnya dan penampilan awalnya yang dianggap penuh misteri dan "berjiwa gelap".[5]

The Weeknd
The Weeknd semasa persembahan pada 2018
Kelahiran
Abel Makkonen Tesfaye

(1990-02-16) 16 Februari 1990 (umur 34)
Toronto, Ontario, Kanada
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • penerbit rakaman
Tahun aktif2010–kini
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmitheweeknd.com
Tandatangan

Beliau telah menjual sebanyak 70 juta buah salinan rakaman di Amerika Syarikat.[6]

Kehidupan awal

Abel dilahirkan di sebuah kejiranan Scarborough dalam bandar Toronto, Ontario.[7][8] Beliau ialah anak tunggal kepada pasangan Makkonen dan Samra Tesfaye, kedua-dua mereka berhijrah dari Habsyah ke Kanada pada tahun 80-an;[7][9][10][11] beliau sendiri ialah seorang penutur bahasa Amhara fasih.[12] Beliau dibesarkan ibu dan neneknya setelah kedua-dua ibubapanya bercerai ketika Abel masih kecil.[13]

Kerjaya muzik

Pada akhir 2010, Tesfaye memuat turun beberapa lagu ke YouTube di bawah nama samaran "The Weeknd". Beliau merilis tiga mixtape sembilan lagu sepanjang 2011: House of Balloons, Thursday dan Echoes of Silence, yang meraih sambutan meriah.[14] Pada 2012, beliau merilis sebuah album kompilasi Trilogy, tiga puluh lagu yang terdiri dari mixtape yang dimaster ulang dan tiga lagu tambahan. Album tersebut diedar di bawah label Republic Records dan labelnya sendiri XO.

Pada 2013, beliau menerbitkan album studio debutnya Kiss Land, bersama lagu-lagu single "Kiss Land" dan "Live For". Album keduanya, Beauty Behind the Madness, yang menjadi album nombor satu pertamanya di carta Billboard 200 AS, meliputi singel nombor tiga "Earned It" dan memproduksi single-single nombor satu "The Hills" dan "Can't Feel My Face". Lagu-lagu tersebut masuk tiga besar di tangga lagu Hot R&B Songs Billboard, menjadikannya artis pertama dalam sejarah yang mencapainya.[15] Beliau memenangi dua Anugerah Grammy dan sembilan Anugerah Juno atas pengkaryaan ini.[16]

Pada September 2016, album ketiga Starboy diumumkan bersama dengan lagu utamanya "Starboy" hasil kolaborasi bersama grup elektronik dari Perancis, Daft Punk.[17][18] Album tersebut terbit pada November tahun sama[18] di mana ia meraih tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100.

Diskografi

Album studio

  • Kiss Land (2013)
  • Beauty Behind the Madness (2015)
  • Starboy (2016)
  • After Hours (2020)
  • Dawn FM (2022)

Jelajah

  • King of the Fall Tour (2014)
  • The Madness Fall Tour (2015)
  • Starboy: Legend of the Fall Tour (2017)
  • The Weeknd Asia Tour (2018)
  • The After Hours Tour (2020)

Rujukan

Pautan luar