The Trump Organization
The Trump Organization ( Bahasa Melayu : Organisasi Trump ) ialah sebuah syarikat swasta konglomeratmultinasional dari Amerika Syarikat yang mempunyai perkhidmatan dalam bidang pembinaan, hartanah, hiburan, hospitaliti, makanan, minuman, pelaburan, pertanian, peruncitan, penerbangan, sukan, teknologi maklumat dan komunikasi.
![]() | |
![]() Ibu pejabat berada di dalam Trump Tower | |
Nama asli | The Trump Organization ![]() |
---|---|
Dinamakan sempena |
|
Nama dahulu | Elisabeth Trump & Son |
Jenis/bentuk sah | Syarikat swasta |
Industri | Konglomerat |
Ditubuhkan |
( sebagai Elisabeth Trump & Son )
|
Pengasas | Elisabeth Marie Christ |
Ibu pejabat | Trump Tower, Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Naib Presiden Eksekutif : Ketua Pegawai Kewangan : |
Keluaran | Rumah, hotel, golf, kedai makan, Kondominium, ladang, media sosial, membeli-belah dalam talian |
Perkhidmatan | Pembinaan, hartanah, hiburan, hospitaliti, makanan, minuman, pelaburan, pertanian, peruncitan, penerbangan, sukan, teknologi maklumat dan komunikasi |
Pemilik | Donald Trump |
Anak syarikat | (Banyak) |
Tapak web | https://www.trump.com![]() ![]() ![]() ![]() |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Syarikat The Trump Organization ini sekarang dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump.
Ringkasan
Syarikat swasta pembinaan ini ditubuhkan sebelum tahun 1923 sebagai Elisabeth Trump & Son oleh Elisabeth Marie Christ, nenek kepada Donald Trump, selepas kematian suami beliau, Frederick Trump pada tahun 1918.[9]
Pada tahun 1921, selepas anak kedua kepada Elisabeth Marie Christ bernama Fred Trump menjadi seorang dewasa, dia telah menyertai syarikat ibunya secara rasmi.[10][11]
Pada tahun 1976, syarikat swasta ini direka semula sebagai The Trump Organization oleh anak ketiga kepada Fred Trump dan juga bakal Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump.
Dia telah bertukar syarikat pembinaan ini menjadi syarikat konglomerat mempunyai perkhidmatan dalam bidang pembinaan, hartanah, hiburan, hospitaliti, makanan, minuman, pelaburan, pertanian, peruncitan, penerbangan, sukan, teknologi maklumat dan komunikasi.
Ibu pejabat kepada The Trump Organization berada di dalam Trump Tower, Manhattan, Bandar Raya New York, New York dan diketuai oleh Donald Trump Jr. dan Eric Trump sebagai Naib Presiden Eksekutif. Syarikat ini dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump.