The Legend of Zelda: The Minish Cap

The Legend of Zelda: The Minish Cap (Bahasa Jepun: ゼルダの伝説 ふしぎのぼうし, Tulisan Jawi: ليݢيندا زيلدا توڤي مينيش, Rumi: Legenda Zelda: Topi Minish) ialah sebuah permainan video aksi-pengembaraan yang merupakan siri ke-12 dalam The Legend of Zelda. Dibangunkan oleh Capcom dan Flagship dengan Nintendo sebagai pengawas proses pembangunan, ia dikeluarkan untuk konsol pegang Game Boy Advance di Jepun dan Eropah pada tahun 2004 dan di Amerika Utara dan Australia pada tahun berikutnya.[1] Pada Jun 2014, ia telah disediakan untuk konsol pelagak Wii U.

The Legend of Zelda: The Minish Cap
ZELDA
Judul permainan The Legend of Zelda: The Minish Cap versi bahasa Inggeris (USA).
PembangunCapcom
Flagship[a]
PenerbitNintendo
PengarahHidemaro Fujibayashi
PengeluarKeiji Inafune
ArtisHaruki Suetsugu
KomposerMitsuhiko Takano
SiriThe Legend of Zelda
PlatformGame Boy Advance
Pelepasan
  • JP: November 4, 2004
  • EU: November 12, 2004
  • NA: January 10, 2005
  • AU: April 7, 2005
GenreAction-adventure
ModSingle-player

The Minish Cap secara umum diterima baik dalam kalangan pengkritik.[2] Ia dinamakan permainan Game Boy Advance terbaik ke-20 dalam artikel IGN[3] dan telah dipilih sebagai Game Boy Advance Game of the Year 2005 oleh GameSpot.[4]

Ciri Permainan

The Minish Cap mengekalkan ciri permainan yang terdapat dalam keluaran Zelda sebelumnya.[5] Protagonis utama, Link, harus mengatasi beberapa penjara bawah tanah untuk mendapatkan alat atau peningkatan kuasa pada penghujung setiap penjara bawah tanah yang penting dalam petualangannya. Setiap bos harus dikalahkan dengan alat yang diperoleh di dalam penjara bawah tanah tersebut. Permainan ini juga termasuk beberapa tugas tidak wajib yang bukan sebahagian daripada pencarian utama tetapi mungkin memanfaatkan pemain.[6] Beberapa watak daripada siri Zelda yang lain juga dijumpai dan menjadi sebahagian tugas tidak wajib di The Minish Cap.[7]

Penerimaan dan anugerah

The Minish Cap adalah permainan paling laris dalam minggu pertamanya di Jepun, dengan penjualan 97,000 salinan.[8] Ia menjadi permainan laris ke-62 pada tahun 2004 dengan penjualan 196,477 salinan,[9] dan mempunyai sejumlah 350,000 salinan secara keseluruhan di negara itu.[10] Di Amerika Utara, The Minish Cap dijual 217,000 salinan pada bulan debut pada Januari 2005, menjadi permainan laris ke-4 pada bulan itu.[11] Ia kekal di antara lima permainan terlaris pada Februari dan Mac.[12][13] The Minish Cap menutup tahun sebagai permainan laris ke-7 pada tahun 2005.[14] Pada Mac 2005, permainan itu telah terjual sebanyak satu juta unit di seluruh dunia.[15] Di Amerika Syarikat sahaja, The Minish Cap dijual 680,000 salinan dan memperoleh $21 juta menjelang Ogos 2006. Dalam tempoh di antara Januari 2000 dan Ogos 2006, ia merupakan permainan laris ke-37 yang dikeluarkan untuk Game Boy Advance, Nintendo DS atau PlayStation Portable di negara itu.[16]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
GameRankings90.36% (67 ulasan)[2]
Metacritic89/100 (56 ulasan)[19]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
1UP.comA[23]
AllGame [24]
Edge8/10
Electronic Gaming MonthlyA+[23]
Game Informer9.5/10[21]
GamePro4.6/5[22]
GameSpot9.1/10[5]
IGN9/10[20]
NintendoLife
X-Play [17]
Anugerah
PenerbitanAnugerah
IGN20th best GBA game.[3]
GameSpotBest of 2005–GBA Game of the Year[4]
GameSpyEditors' Choice
2005 GBA Game of the Year.
2005 GBA Adventure of the Year.[18]
Nintendo Power2005 GBA Game of the Year.[25]
24th best game on a Nintendo console.[26]

Rujukan

 


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan