The Fairly OddParents

siri animasi Amerika Syarikat

The Fairly OddParents (فاايرلي اوددڤرانث) merupakan satu rancangan siri televisyen animasi yang amat popular dari Amerika Syarikat yang telah dicipta oleh Butch Hartman. Ia ditayangkan di saluran televisyen terkenal Nickelodeon. Ia juga ditayangkan di seluruh dunia. Sekarang, rancangan ini merupakan antara rancangan yang paling diminati di Nickelodeon, hanya di tempat kedua kepada SpongeBob SquarePants. Siri televisyen ini telah dihasilkan oleh Frederator Studios untuk saluran kabel Nickelodeon, dan telah diagihkan di luar Amerika Syarikat oleh syarikat animasi Kanada iaitu Nelvana.

The Fairly OddParents
Dari kiri Cosmo , Timmy dan Wanda
GenreAnimasi[1]
Fantasi
Berdasarkan daripada
Oh Yeah! Cartoons shorts
PenciptaButch Hartman
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Ron Jones
Butch Hartman
Lagu pembukaan"The Fairly OddParents" dari Butch Hartman dan Ron Jones
Lagu penutup"The Fairly OddParents" (instrumental)
PenggubahGuy Moon
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim10
Bilangan episod172
Penerbitan
Penerbit eksekutifButch Hartman[2]
Fred Seibert
Scott Fellows (2008–2009)
PenerbitBob Boyle (2002–2005)
Steve Marmel (2002–2006)
Randy Saba
Ray DeLaurentis (2013–2017)
Karen Malach (2017)
PenyuntingMishelle Fordham
Ray DeLaurentis
Tempoh siaran23 minutes
Syarikat penerbitan
Frederator Studios
Nickelodeon Animation Studio
Billionfold Inc. (Seasons 6–10)
Syarikat pengedaran
Viacom Media Networks
Nelvana (Seasons 1–4; internationally)
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon (2001–16)
Nicktoons (2017)
Format gambar480i (4:3 SDTV) (2001–12)
1080i (16:9 HDTV) (2013–17)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Mac 2001 (2001-03-30) – 26 Julai 2017 (2017-07-26)
Kronologi
MengikutiThe Fairly OddParents shorts from Oh Yeah! Cartoons
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Frederator Studios
Nickelodeon Animation Studio
Billionfold Inc. (Seasons 6–10)

Pernah tayangkan di Malaysia melalui saluran TV9.

Watak-watak

Timmy, Wanda, dan Cosmo cuba menakutkan Vicky. Lihat bahawa bingkai ini diambil daripada babak permulaan, kerana Vicky tidak mengambil tahu tentang kewujudan Cosmo dan Wanda.

Watak-watak utama

Penjahat

Penjahat utama

Penjahat besar

  • Pixies
  • Anti-Pari-Pari
  • Norm the Genie
  • The Nega Chin

Jalan cerita

Cerita ini ditayangkan di bandar fiksyen iaitu Dimmsdale, yang biasanya ditunjukkan untuk berada di California utara (namun begitu di "Fairy Idol", ia telah ditunjukkan bahawa Dimmsdale disituasikan di California Selatan) tetapi juga mencerminkan tempat tinggal Butch Hartman di Michigan. Ia juga patut diambil tahu bahawa ada sesetengan episod yang telah mempunyai pengembaraan ke masa silam ke kedua-dua "Wild West" dan "Colonial" (Timur Dimmsdale). Ia mengikuti kehidupan harian oleh seorang budak 10 tahun iaitu Timmy Turner. Seorang anak tunggal, Timmy selalu dijadikan mangsa oleh beberapa musuh seperti Vicky, iaitu pengasuhnya, guru gilanya yang mempunyai obsesi dengan pari-pari, En. Crocker, buli sekolah, Francis, dan makhluk variasi yang mempunyai kuasa magik: Mama Cosmo (Ibu Cosmo), Jorgen Von Strangle, Norm the Genie, dan Pixies.

Oleh kerana situasinya yang agak muram, dia telah diberikan dua pari-pari, yang bernama Cosmo dan Wanda, yang mempunyai kuasa untuk memenuhi kehendaknya dan mereka bertanggungjawab untuk menjadikan Timmy gembira. Walau bagaimanapun, Cosmo merupakan seorang yang bodoh dan lembap, dan mereka berdua selalu mempunyai idea berbahaya; walaupun mempunyai makna, kehendaknya selalu akan tersalah. Wanda, iaitu isteri Cosmo yang lebih memahaminya mesti menguntukkan masanya kepada Timmy dan Cosmo untuk menjaga keselamatan mereka.

"Fairy OddParents (Pari-pari pelik) ini selalu mengambil berat tentang kewujudan mereka dan selalu menyamar diri mereka sebagai pelbagai haiwan dan objek di khalayak ramai, selalu dengan warna pelik mereka untuk mengenali mereka berdua: Cosmo selalu berwarna hijau muda, dan Wanda selalu berwarna merah jambu muda. Kecualian mereka adalah hanya bila mereka menjadi ikan; hanya mata mereka sahaja yang kekal sama. Selain daripada Timmy, tiada orang yang perasan burung hijau dan merah jambu yang bercakap, ataupun bantal yang ada muka.

Kebanyakan episod berakhir dengan "deus ex machina" kerana Timmy mempunyai pari-pari yang boleh memenuhi kehendaknya. Banyak episod berakhir dengan Timmy menjerit "Saya hendak semua ini kembali seperti asalnya!".

Secara purata, setiap episod mempunyai dua kartun (setiap daripadanya sekurang-kurangnya 11 minit panjang). Ada juga episod yang hanya mempunyai satu kartun (22 minit panjang).

Sekolah "Elementary" Dimmsdale merupakan sekolah yang dihadiri oleh kebanyakan watak kanak-kanak. Sekolah-sekolah lain yang pernah ditunjukkan ialah Sekolah "Elementary" Snerd dan Akademi FUN.

Produksi

Sejarah

The Fairy OddParents pertama kali diudarakan sebagai filem pendek di Oh Yeah! Cartoons pada tahun 1998, yang menayangkan sepuluh episod oleh rancangan original. Oh Yeah! Cartoons telah dibatalkan pada tahun 2001, tetapi Nickelodeon telah menawarkan untuk mengambil francais ini. Tawaran ini telah diterima oleh penciptanya Butch Hartman. Rancangan ini mulai mengudarakan episod panjangnya sebagai sirinya sendiri pada Mac 31, 2001, bersama dengan Invader ZIM. Pada April 11, 2006, Nickelodeon United Kingdom telah menayangkan kesemua sembilan episod pendek Oh Yeah Cartoons! dalam tiga episod, termasuk suara yang berbeza untuk Timmy Turner (suara Timmy telah diubah oleh Tara Strong untuk menayangkan rerun untuk kesemua episod pendek rancangan ini), dan muka ibubapa Timmy iaitu Encik dan Puan Turner tidak dapat dilihat. Cerita-cerita ini termasuk "Where's the Wand" di mana Vicky menggunakan tongkat sakti Wanda, dan "Too Many Timmys" di mana Timmy membuat klon untuknya. Setiap episod pilot berlangsung selama tujuh minit, dan kesemua lukisan yang dilukis adalah sangat kasar, dan animasi tentang pari-pari terapung ini adalah lebih lambat dan kasar. Selepas penayangan episod baru pada tahun 2004-2005, Nickelodeon akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan "The Fairly OddParents" daripada siarannya. Siri ini secara rasminya tamat pada Julai 21 2006 dan telah menyiarkan sejumlah 66 episod di Amerika Syarikat. Episod terakhir yang ditunjukkan ialah "Jimmy Timmy Power Hour 3". Ia telah dikeluarkan oleh Frederator Studios.

Episod

MusimEpisodKali pertama ditayangkanKali terakhir ditayangkan
Musim 0104 September, 199823 Mac, 2001
Musim 1630 Mac, 200118 Januari, 2002
Musim 21411 Julai, 200229 Ogos, 2002
Musim 32029 Oktober, 200219 Januari, 2004
Musim 423 Februari, 200414 Februari, 2005
Musim 52 Mei, 200519 Jun, 2007
Musim 6February 18, 2008August 12, 2009
Musim 76 Julai, 200921 Ogos, 2010
Musim 8612 Februari, 201119 Januari, 2012

Episod Khas Fairly OddParents

TahunEpisod
2001Christmas EveryDay
2002Scary GodParents
2003Love Struck
2008Merry Wishmas
2009Anti-Poof
2010 (Latin America)Love Triangle

Filem TV Fairly OddParents

  • Abra-Catastrophe! (tiga bahagian, 2002/2003)
  • School's Out! The Musical (dua bahagian, 2004/2005)
  • Fairly OddBaby (dua bahagian, 2008)
  • Wishology (tiga bahagian, 2009)
  • A Fairly Odd Movie: Grow Up, Timmy Turner! (Filem aksi hidup yang bakal disiarkan pada tahun 2011)

Trilogi Jimmy Timmy Power Hour

  • The Jimmy Timmy Power Hour (2004)
  • The Jimmy Timmy Power Hour 2: When Nerds Collide (2006)
  • The Jimmy Timmy Power Hour 3: The Jerkinators (2006)

Pautan Luar

Rujukan

Templat:Nicktoons