Thai Lion Air

Thai Lion Mentari Co. Ltd, diperdagangkan sebagai Thai Lion Air (ไทยไลอ้อนแอร์), ialah syarikat penerbangan tambang rendah Negara Thai, [1] beroperasi dengan rakan kongsi Thailand sebagai syarikat bersekutu Lion Air dari Indonesia . [2] Syarikat penerbangan ini beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, [3] dengan rancangan untuk melayani penerbangan domestik dan antarabangsa yang dijadualkan dari bandar-bandar lain di Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Daerah Don Mueang, Bangkok . [4]

Thai Lion Air
Syarikat Penerbangan Thai Lion Air
ไทยไลอ้อนแอร์
泰国狮子航空
IATAICAOPengenal
SLTLMMENTARI
Bermula operasi4 Disember 2013; 10 tahun yang lalu (2013-12-04)
Hab
Pesawat34 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi48 (jumlah keseluruhan destinasi)
Ibu pejabatThailand Bangkok, Negara Thai
Orang pentingAtsawin Yangkiratiwon (CEO)
Laman webwww.lionairthai.com/en/
www.lionairthai.com/th/

Data Kod

  • Kod IATA : SL
  • kod ICAO : TLM
  • Panggilan: Mentari

Slogan Syarikat Penerbangan Thai Lion Air

  • "Freedom to Fly"
    "Kebebasan untuk Terbang"

Alamat ibu pejabat Thai Lion Air Mentari

  • 89/46 Vibhavadi Rangsit Road, Sanambin Sub-District, Don Mueang District, Bangkok 10210, Thailand [5]

Sejarah

Penerbangan sulungnya ialah pada Tarikh 4 Disember 2013 bermula dengan laluan Bangkok - Chiang Mai, dengan perkhidmatan penuh sehari kemudian. Thai Lion Air memuktamadkan perjanjian dengan anak syarikat Lion Air, Malindo Air pada Tarikh 10 Disember 2013, yang membolehkan kedua-dua syarikat penerbangan itu melayani penerbangan laluan antara Kuala Lumpur – International dan Bangkok.

pada tahun 2023, Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, menambah laluan tanpa henti yang ke2 di India, dengan menghubungkan Bangkok (Don Mueang) dengan Bangalore, selepas Mumbai, yang akan dimulakan pada 24 April 2023.

pada awal Mei 2023, Thai Lion Air, ada membuka 1 laluan musiman, iaitu Bangkok/Don Mueang - Hualien, yang akan dimulakan pada, suku ketiga tahun 2023, dengan menggunakan armada Boeing 737. [6]

pada bulan Julai, di laman aeroroutes, ada diumukan bahawa Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa dengan laluan tanpa henti antara Bangkok/Don Mueang - Colombo, yang akan dimulakan semula pada 15 Ogos 2023 [7].

juga di bulan yang sama, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu, ke Jepun, dengan membuka laluan 1 hentian, dari Bangkok/Don Mueang ke Tokyo/Narita melalui Taipei/Taoyuan, yang akan dimulakan pada 16 September 2023 [8].

pada penghujung bulan Ogos, di laman aeroroutes, ada diumukan bahawa, tarikh terkini dalam memulakan semula laluan tanpa henti antarabangsa Bangkok/Don Mueang - Colombo, ialah 2 Disember 2023, selepas beberapa kali perubahan tarikh dimulakan semula, pada laluan tersebut [9].

pada bulan September 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan melancarkan destinasi tanpa henti antara Bangkok Don Mueang dengan Makau SAR, yang akan dimulakan pada 13 Oktober 2023 [10].

juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Malaysia, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Bangkok/Don Mueang dan Pulau Pinang, yang akan dimulakan pada 16 November 2023 [11].

lalu ada juga diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk menambah laluan antarabangsa ke China, dengan menambah laluan baharu antara Bangkok/Don Mueang dan Quanzhou yang akan dimulakan pada 3 April 2024 [12], selain itu syarikat penerbangan tersebut akan memulakan semula 3 laluan antarabangsa ke China iaitu Bangkok/Don Mueang - Chongqing (akan dimulakan semula pada 1 April 2024), Nanchang dan Ningbo (kedua-dua akan dimulakan semula pada 31 Mac 2024) [12].

pada bulan Disember, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Thai Lion Air, ada merancang untuk menambah laluan antarabangsa antara Phuket dan Bangalore serta Mumbai, dengan masing-masing akan dimulakan pada 15 Januari 2024 [13].

pada bulan Februari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Thai Lion Air telahpun merancang untuk menambah destinasi penghujung minggu sahaja, pada laluan antarabangsa Bangkok/Don Mueang - George Town (Pulau Pinang), dengan kekerapan 3 kali seminggu, bermula 5 April 2024, menggunakan armada Boeing 737-800 [14].

pada April 2024, Thai Lion Air telahpun merancang untuk menambahkan destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan menambah laluan tanpa henti antara Bangkok/Don Mueang dan Beijing/Daxing, yang akan dimulakan pada 2 Mei 2024, dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu [15].

Destinasi Thai Lion Air (SL)

Thai Lion Air, terbang ke beberapa destinasi, dari hab utama Bangkok Don Mueang (DMK), ke India, China, Indonesia, Singapura, Nepal, Taiwan, Jepun, Sri Lanka, Malaysia dan Vietnam.

Armada

sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Thai Lion Air dengan siri Boeing 737-800
sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Thai Lion Air dengan siri Boeing 737-900ER

Setakat Mei 2020, armada Thai Lion Air terdiri daripada pesawat berikut:[16][17][18]

Armada Thai Lion Air
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
Airbus A330-900neo2436[19]
Boeing 737-800[20]106189
Boeing 737-900ER[21]19215
Boeing 737 MAX 931215Melancarkan Pelanggan
Total347

Armada syarikat penerbangan sebelum ini merangkumi siri pesawat berikut pada bulan Jun 2015: [22]

Rujukan

Lihat Juga

Pautan luaran