Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Tan Sri Hajji Azlan ibni Almarhum Sultan Hajji Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah merupakan ahli politik Malaysia dari parti UMNO dan Barisan Nasional. Sebelum ini beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan selepas pilihan raya umum 2008, beliau telah menolak jawatan sebagai timbalan menteri.[1]
Tengku Azlan | |
---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang | |
![]() - | |
Tengku Panglima Besar Pahang | |
Tempoh | 30 Julai 2021 - kini |
Didahului oleh | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
Diikuti oleh | - |
Keputeraan | Istana Permai, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 21 Julai 1949
Pasangan | Tunku Jawahir (k. 1977) |
Anakanda |
|
Ayahanda | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah |
Bonda | Tengku Hajah Agzam Tengku Ummar |
Tan Sri Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar P.S.M., S.P.T.J., S.I.M.P. | |
---|---|
Timbalan Menteri Pengangkutan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerantut | |
Dalam jawatan 1999 – 2013 | |
Didahului oleh | Ahmad Kamaruzaman Mohamed Baria |
Digantikan oleh | Ahmad Nazlan Idris |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Latar belakang
Tengku Tan Sri Azlan merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Puteri negeri Sembilan dan Tengku Puan Panglima Besar Pahang Tunku Puan Sri Dato' Seri Jawahir Binti Almarhum Tuanku Ja'afar dan mereka dikurniakan dengan dua putera dan seorang puteri.[2]
Tengku Tan Sri Azlan dianugerahkan gelaran Tengku Panglima Besar oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah pada 30 Julai 2021.[3]
Darjah Kebesaran
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2009)
Negeri Sembilan :
Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (SPTJ) - Dato' Seri (1985)[4]
Pahang
Sejarah pilihan raya
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Pts | Pembangkang | Undi | Pts | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) | 21,349 | 61% | Hamzah Jaaffar (PAS) | 12,892 | 37% | |||
2008 | Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) | 19,543 | 51% | Hamzah Jaaffar (PAS) | 17,597 | 46% |