Teleskop (buruj)

Teleskop atau Telescopium (Tel) ialah sebuah buruj kecil di hemisfera samawi selatan, salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta pada abad ke-18 oleh ahli astronomi Perancis Nicolas Louis de Lacaille dan salah sebuah daripada beberapa buah buruj alat sains. Namanya dalam bahasa Latin adalah daripada perkataan bahasa Yunani untuk teleskop. Telescopium kemudian dikecilkan dari segi saiz oleh Francis Baily dan Benjamin Gould.

Telescopium
Buruj
Telescopium
Nama LatinTelescopium
SingkatanTel
GenitifTelescopii
Sebutan/teleskopium/,
genitif /teleskopi.i/
SimbolismeTeleskop
Pencerapan
(Epok J2000)
19
Keserongan−50
SukuanSQ4
KeluargaLa Caille
Keluasan252 darjah persegi (ke-57)
Bintang
Bintang utama2
Bintang Bayer/Flamsteed
13
Bintang dengan planet
0
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2
Bintang paling terang
α Tel (3.49m)
Bintang terhampirGliese 754
(19.35 tc, 5.93 pc)
Objek
Objek MessierTiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +40° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bintang tercerah dalam buruj ini ialah Alpha Telescopii, sebuah subraksasa biru-putih dengan magnitud ketara sebanyak 3.5, diikuti oleh bintang raksasa jingga Zeta Telescopii pada magnitud 4.1. Eta dan PZ Telescopii merupakan dua sistem bintang muda dengan cakera debu dan kerdil perang pendamping. Telescopium merumahkan dua buah bintang luar biasa dengan sangat kurang hidrogen yang kemungkinan terhasil daripada dua buah kerdil putih bergabung: HD 168476, juga dikenali sebagai PV Telescopii, ialah sebuah bintang helium ekstrem biru panas, sementara RS Telescopii ialah sebuah bintang berubah R Coronae Borealis. RR Telescopii ialah sebuah bintang berubah kataklismik yang mencerah sebagai nova kepada magnitud 6 pada 1948.

Lihat juga

  • Telescopium Herschelii

Catatan

Rujukan

Kutipan

Sumber

Sumber lain

Templat:Bintang dalam Telescopium

19h 00m 00s, −50° 00′ 00″