Tania Hudson

Pelakon wanita Malaysia

Tania Nadira Hudson (lahir Tania Nadira Mohd Redzuan; 7 Oktober 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon, Natasha Hudson.[2] Beliau terkenal dengan peranan lakonannya di televisyen termasuk Mayang Mengurai (2010), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) dan Sejadah Untuk Dia (2018). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Abang Long Fadil 2 (2017) dan KL Special Force (2018) yang kedua-duanya arahan Syafiq Yusof.[3]

Tania Hudson
Kelahiran
Tania Nadira binti Mohd Redzuan

(1985-10-07) 7 Oktober 1985 (umur 38)
Warganegara
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1996; 2009–kini
SaudaraNatasha Hudson (kakak)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Tania Nadira binti Mohd Redzuan pada 7 Oktober 1985 di Ipoh, Perak dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Kakaknya, Natasha Hudson, juga bergiat aktif sebagai pelakon. Seperti kakaknya, beliau juga menggunakan nama keluarga ibunya, ‘Hudson’.[4]

Kerjaya

Tania sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, tetapi kurang menyerlah dan kelibatnya sukar dilihat dalam banyak drama ataupun filem.[5] Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif pada usia 18 tahun. Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare.[6]

Tania memegang watak judul dalam siri drama Mayang Mengurai yang disiarkan di TV3 dari 12 Januari hingga 11 Februari 2010.[7] Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem aksi 2014, Balistik lakonan Rosyam Nor dan Rita Rudaini.[8]

Tania digandingkan bersama Zizan Razak dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof,[9] memegang watak sebagai Yana, wartawan TVKL.[10][11] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 hingga meraih kejayaan komersial, dan turut menyaksikan kemunculan semulanya dalam bidang lakonan.[12] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Tania tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-29.[13] Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syafiq menerusi filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung, KL Special Force lakonan Syamsul Yusof, Fattah Amin dan Rosyam Nor. Tania memegang watak sebagai Mia, tunang kepada Inspektor Zul lakonan Fattah.[3][14]

Beliau kini menjalani penggambaran drama Bila Hati Berbisik.[15] Tania kembali melakonkan wataknya sebagai Yana dalam Abang Long Fadil 3 (2022).

Kehidupan peribadi

Tania berdarah kacukan Melayu dan Australia, beliau menghidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM) sejak usia kecilnya dan kini kembali pulih dan sihat. Sepanjang tempoh menghidap penyakit itu, beliau bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.[16][17]

Sebelum ini, beliau pernah digosipkan menjadi punca perpisahan pelakon Fattah Amin dan Neelofa, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[18] Beliau turut menafikan mempunyai hubungan dengan Fattah.[19] Tania dilaporkan mempunyai lebih 60,000 pengikut di laman Instagram beliau.

Dalam satu temuramah bersama Malaysian Digest pada Jun 2017, Tania mengakui terasa janggal meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung. "Selalunya dua hari sebelum raya memang kami sekeluarga akan balik ke kampung. Keluarga ibu saya besar, dia ada 12 adik beradik. Jadi hari raya memang sangat meriah."[20]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012NgoratSherryFilem pertama
2014BalistikZira
Mana Mau LariPenyambut chaletPenampilan khas
2017Abang Long Fadil 2Yana
2018KL Special ForceMia
2021AntaramasaZahra
2022Abang Long Fadil 3Yana

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010Mayang MenguraiMayang MenguraiTV3
TiramisuLiana
2011Kias RamadanJuruwangEpisod: "Seri Muka"
2012Friday I'm In LoveJannaTV9
2013Surat Dari Langit BiruLisaTV3
2014Mencari CintaNoraTV1
2016Kasih Dari LangitTV AlHijrah
2017Cucu Tauke BerasAtikahTV3
Encik Suami Mat Salih CelupYazmin
2018Sejadah Untuk DiaSurayaAstro Oasis
2020Dia Random GuyAlina SuffiyaTV Okey
Bila Hati Berbisik
2021TahyulAminahTV3
2022DemiLindaTV Okey
2023Rindu Darul ImanAfifahPenapilan khas

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Antara Denai
Lagu Kita
2010NadiraNadira
Tika Cinta BerbisikDiahanaTV1
2011Dekat PadakuHani
2014Cinta Hati Suri

Muzik video

TahunTajukPenyanyi
1996"Bagaikan Puteri"Farra

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusanRuj.
2017Festival Filem Malaysia ke-29Pelakon Harapan WanitaTania Hudson, Abang Long Fadil 2Tercalon[13]
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Zizan Razak)Tercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Pasangan Serasi Filem (bersama Zizan Razak)Abang Long Fadil 3Tercalon

Rujukan

Pautan luar