Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
tanah perkuburan di Malaysia
(Dilencongkan dari Tanah Perkuburan Bukit Kiara)
Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara ialah sebidang tanah perkuburan di Kuala Lumpur, Malaysia. Tanah perkuburan ini terletak di Damansara berdekatan Taman Tun Dr. Ismail. Tanah perkuburan ini boleh dilihat dari Damansara Link yang merupakan sebahagian Lebuhraya Sprint. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian ramai tokoh Melayu terkenal.
Butiran | |
---|---|
Ditubuhkan | 1985 |
Lokasi | |
Negara | ![]() |
Koordinat | 101°37′55″E / 3.1332°N 101.632°E |
Milik | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) |
Saiz | 14.43 ekar |
Laman web | E-Pusara |
Find a Grave | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
Latar belakang
Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dibuka pada 1985. Terdapat empat peringkat di tanah perkuburan ini. Peringkat 1 dibuka pada 1985 manakala peringkat 2 dibuka pada 2008. Peringkat 3 dan 4 disimpan untuk kegunaan masa depan.
Tanah perkuburan ini diperuntukkan hanya untuk penduduk dalam kawasan kariah Taman Tun Dr. Ismail, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dan Bangsar.[1]
Pengebumian terkenal
1980-an
- Tan Sri Datuk Sheikh Abdul Mohsein Salleh — Mufti Wilayah Persekutuan pertama (1974–1986) (meninggal dunia 1986)[2]
- Dato' Seri Kamaruddin bin Mohd Isa — bekas Menteri Besar Perak (meninggal dunia 1989)[3]
1990-an
- Tan Sri Dato' Haji Abdul Jalil Hassan — Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (1970–1990) dan mantan Mufti Johor (meninggal dunia 1990)[4]
- Kamaluddin Muhamad (Keris Mas) — Sasterawan Negara (meninggal dunia 1992)[5]
- Tan Sri Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda — bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (meninggal dunia 1992)[6]
- Tan Sri Dato' Jaffar Hussein — bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (meninggal dunia 1998)[7]
- Mohd Rani bin Ibrahim — abang Anwar Ibrahim, ahli politik Malaysia (meninggal dunia 1999)[8]
2000-an
- Syed Mohamad Nasir Tun Syed Ahmad Shahabudin — Anak Yang di-Pertua Negeri Melaka ketika itu, Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj (meninggal dunia 2000)[9]
- Normadiah — penyanyi dan pelakon veteran (meninggal dunia pada 2000)
- Usman Awang — Sasterawan Negara (meninggal dunia 2001)[10]
- Datuk Abdullah Omar — Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC Holdings (M) Bhd. (meninggal dunia 2002)[11]
- Dato' Dr Mokhzani Abdul Rahim — Pengerusi Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) Malaysia dan pengarang buku Kuala Lumpur Corporate Capital. (meninggal dunia 2003)
- Aziz Jaafar — penyanyi dan pelakon veteran (meninggal dunia pada 2005)
- Tan Sri Dr Noordin Sopiee — Pengerusi Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS). (meninggal dunia 2005)[12]
- Puan Sri Zeleha Mohamed — Isteri bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohd Bakri Omar (meninggal dunia 2006)[13][14]
- Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria — Bekas Ketua Audit Negara Malaysia (meninggal dunia 2006)
- Tun Abdullah Salleh — Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia dan pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (meninggal dunia 2006)[15]
- Tan Sri Abdul Malek Ahmad – Presiden Mahkamah Rayuan (meninggal dunia 2007)[perlu rujukan]
- Syed Hussein Alatas – Bekas ahli politik, akademik dan pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM). (meninggal dunia 2007)[16]
- Tan Sri Basir Ismail – Bekas Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad dan Litar Antarabangsa Sepang (meninggal dunia 2007)[perlu rujukan]
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob – Bekas menteri kabinet dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (meninggal dunia 2008)[17][18][19]
- Datuk Ahmad Mahmud – pelakon veteran (meninggal dunia 2008)[20][21][22]
- Datuk Syed Alwi – pelakon dan penyanyi veteran (meninggal dunia 2008)[23][24]
- Tan Sri Abdul Samad Ismail – Wartawan, Tokoh Wartawan Negara, penulis dan penyunting. (meninggal dunia 2008)[25][26]
- Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha – Bekas ahli poltik veteran dan ahli perniagaan terkemuka (meninggal dunia 2009)[27][28]
- Tan Sri Azmi Kamaruddin – Bekas Hakim Mahkamah Agung (1988) (meninggal dunia 2009)[perlu rujukan]
- Muhammad Dahlan bin Abdul Biang (Arena Wati) – Sasterawan Negara (meninggal dunia 2009)[29][30][31][32][33]
- Mohamed Yusoff Mohamed – Bekas Hakim Mahkamah Agung (1988 - 1992) (meninggal dunia 2009)[perlu rujukan]
- Zubir Ali – penyanyi dan penggubah lagu (meninggal dunia 2009)[34]
- Tun Abdul Hamid Omar – Ketua Hakim Negara Malaysia (meninggal dunia 2009)[35][36][37]
2010-an
- Tan Sri Mohamed Rahmat – bekas Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO (meninggal dunia 2010)[38][39]
- Dato' Abdul Ajib Ahmad – bekas Menteri Besar Johor (1982 - 1986) (meninggal dunia 2011)[40][41]
- Datuk Ilani Ishak – bekas Ahli Parlimen Kota Bharu (meninggal dunia 2011)[42]
- Tan Sri Saleha Mohd Ali – kakak isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (meninggal dunia 2011)[43]
- Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof – Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) (meninggal dunia 2011)[44][45]
- Tan Sri Haji Mazlan Nordin – Ketua Pengarang Utusan Melayu (meninggal dunia 2012)[46]
- Azah Aziz – isteri Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz (meninggal dunia 2012)[47][48][49][50][51][52]
- Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah – bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (meninggal dunia 2012)[53][54]
- Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman – bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (meninggal dunia 2013)[55][56]
- Tan Sri Aishah Ghani – veteran UMNO dan bekas Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (meninggal dunia 2013)[57][58][59]
- Datuk Dr Mahani Zainal Abidin – Pakar ekonomi dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (meninggal dunia 2013)[60]
- Hussain Ahmad Najadi – pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank) (meninggal dunia 2013)[61]
- Azean Irdawaty – pelakon dan penyanyi wanita veteran (meninggal dunia 2013)[62][63]
- Tan Sri Mohamed Basir Ahmad – Bekas pengerusi Maybank dan suami bekas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz (meninggal dunia 2014)[64][65][66]
- Datuk Sharifah Aini – "Biduanita Negara", penyanyi dan penghibur veteran (meninggal dunia 2014)[67][68][69]
- Dora Shahila Kassim – Ketua Pramugari Penerbangan Malaysia yang terkorban dalam kemalangan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia pada 17 Julai 2014. (meninggal dunia 2014)[70]
- Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein – bekas Ketua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (meninggal dunia 2014)[71][72]
- Tan Sri Mohd Bakri Omar – bekas Ketua Polis Negara Malaysia (2003 - 2006) (meninggal dunia 2014)[73][74]
- Rosewita Ali – bekas wartawan Utusan Melayu dan isteri Kamaluddin Muhamad (meninggal dunia 2014)[75]
- Datuk Abdullah Hussain – Sasterawan Negara (meninggal dunia 2014)[76][77]
- Suhaimi Mokhtar — Bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad (meninggal dunia 2015)[78]
- Prof Datuk Muhamad Rasat Muhamad – Presiden Universiti Multimedia (MMU) president (meninggal dunia 2015)[79]
- Tan Sri Dato' Abdul Kader Talip – bekas Mufti Wilayah Persekutuan (meninggal dunia 2015)[80][81]
- Datuk Yaakob Mohammad – bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) (meninggal dunia 2016)[82][83]
- Datin Paduka Rahmah Othman – bekas Timbalan Menteri Pengangkutan (meninggal dunia 2016)[84]
- Datuk Seri Ismail Shahudin – pengerusi Maybank Islamic (meninggal dunia 2016)[85]
- Mydin Mohamed Ghulam Hussein – pengasas pasar raya besar Mydin (meninggal dunia 2016)[86][87]
- Johan Nawawi — penggubah lagu terkenal (meninggal dunia 2017)[88]
- Puan Sri Faridah Mohamed — isteri kepada Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan bekas Menteri Pelancongan Malaysia, Tan Sri Sabbaruddin Chik (meninggal dunia 2017)[89][90][91][92][93]
- Ismail Awang – bapa Tan Sri Ismee Ismail (meninggal dunia 2017)[94][95]
- Tan Sri Sanusi Junid – bekas Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah (meninggal dunia 2018)[96]
- Datuk Izham Yusoff — Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) (meninggal dunia 2018)[97][98][99][100]
- Tan Sri Hashim Aman — mantan Ketua Setiausaha Negara (meninggal dunia 2018)[101][102]
- Tun Abdullah Ayub — bekas Ketua Setiausaha Negara (meninggal dunia 2018)[103][104]
- Alif Johan — penyanyi (meninggal dunia 2019)
2020-an
- Mokhtar Hashim — bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (meninggal dunia 18 November 2020)[105]
- Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz — Tokoh Ekonomi dan Pendidikan Malaysia (meninggal dunia 15 Disember 2020)[106]
- Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth — Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-7 (meninggal dunia 24 Ogos 2021)[107][108]
- Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan — Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Pengarah Penjara (1994–1997) (meninggal dunia 11 September 2021)[109]
- Tan Sri Sabbaruddin Chik — bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (meninggal dunia 4 Disember 2021)[110][111]
- Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri (meninggal dunia 29 April 2022)[112]
- Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, tokoh korporat (meninggal dunia 25 Julai 2022)[113]
- Tun Mohammed Hanif Omar, Ketua Polis Negara keempat (meninggal dunia 20 April 2024)[114]
Rujukan
Pautan luar
🔥 Top keywords: Laman UtamaAzahari HusinThe Hardest Singing ShowYang di-Pertua Negeri Pulau PinangKhas:CariNuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluPuteri KhareezaScha ElinneaHari AsyuraAepul RozaJazmy JumaHarissa AdlynnPasukan bola sepak kebangsaan SepanyolSenarai peribahasa (A–M)Leez RosliKhas:Perubahan terkiniTony EusoffYang di-Pertua NegeriNabi Muhammad SAWMandi wajibPutera MuhammadInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUEFA Euro 2024Rina NoseDan Mimpi Pun BerguguranBawah BlokPiala Eropah UEFAPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zizi KiranaYang di-Pertuan AgongLamine YamalBubur AsyuraMalaysiaNuha BahrinBunga SaljuKeladi tikusAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia