Taika Waititi

Taika David Waititi[1] (lahir 16 Ogos 1975) ialah seorang pengarah filem, pelakon dan pelawak dari New Zealand.

Taika Waititi
Waititi di San Diego Comic-Con 2017
Kelahiran
Taika David Waititi

(1975-08-16) 16 Ogos 1975 (umur 48)
Wellington, New Zealand
Nama lainTaika Cohen
Pusat pendidikanVictoria University of Wellington
PekerjaanPembikin filem, pelakon, pelawak
Tahun aktif1999–kini
Terkenal keranaBoy, What We Do in the Shadows, Hunt for the Wilderpeople, Thor: Ragnarok
PasanganChelsea Winstanley
Anak-anak2

Beliau mula mendapat nama hasil pencalonannya dalam kategori filem pendek terbaik Anugerah Akademi untuk filem Two Cars, One Night pada tahun 2004.

Biografi

Awal hidup

Taika lahir di Raukokore di bahagian pantai timur Pulau Utara, New Zealand;[2] beliau berdarah kacukan kaum Māori suku Te Whānau-ā-Apanui dari sebelah ayahnya dan kaum Yahudi Rusia dari sebelah ibunya[3][4] Beliau dinamakan sempena datuk sebelah ayahnya, Erueti Taika, seorang askar yang pernah berkhidmat dalam Tentera Darat New Zealand semasa Perang Dunia Kedua.[5]

Beliau dibesarkan di Raukokore serta di Wellington.[2][6]

Kerjaya perfileman

Taika mula membikin beberapa filem pendek dalam suatu pertandingan tahunan di negaranya, di mana para peserta dikehendaki menyiapkan filem mereka dalam masa 48 jam.[7] Sebuah filem pendek karyanya Two Cars, One Night (2004) mendapat pencalonan dalam kategori filem pendek terbaik Anugerah Akademi pada tahun 2005.[8][2][9]

Beliau turut berlakon dalam beberapa produksi tempatan seperti filem - Scarfies (1999) dan Snakeskin (2001) - dan siri TV The Strip (2002–03). Beliau pertama kali muncul dalam produksi Hollywood dalam filem Green Lantern (2011).[10]

Filemografi

Filem cetera

TahunTajukSebagai pengarahSebagai penulisSebagai penerbitWatak lakonan (jika ada)
2007Eagle vs SharkYaYaTidakGordon
2010BoyYaYaTidakAlamein
2011Green LanternTidakTidakTidakThomas Kalmaku
2014What We Do in the ShadowsYaYaYaViago
2016Hunt for the WilderpeopleYaYaYaMinister
2017Thor: RagnarokYaTidakTidakKorg
2019Avengers: EndgameTidakTidakTidakKorg
Jojo RabbitYaYaYaAdolf Hitler
2020Next Goal WinsYaYaTidak
Free GuyYaTidakTidak
2022Thor: Love and ThunderYaYaTidakKorg

Filem pendek

TahunTajukSebagai pengarahSebagai penulisSebagai penerbitCatatan
2002John and PogoYaYaTidak
2004Two Cars, One NightYaYaTidakDicalonkan Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik
2005Tama TuYaYaTidak
What We Do in the Shadows:
Interviews with Some Vampires
YaYaTidak
2013The Captain[11]TidakTidakTidak
2016Team ThorYaYaYa
2017Team Thor: Part 2YaYaYa
2018Team DarrylYaYaYa

Siri TV

TahunTajukWatakCatatan
2002The StripMostin13 episod
2003RevelationsAliEpisod "Mended Sole"
FreakyCleanerEpisod "Fridge, Cleaner & Sister"
2007–2009Flight of the ConchordsSebagai pengarah dan penulis (4 eipsod)
2009The Jaquie Brown DiariesFriendly GypsyEpisod "Brownward Spiral"
2010RadiradirahBanyak watak8 episod
2012The InbetweenersSebagai pengarah (5 episod)
2018–kiniWellington ParanormalSebagai penerbit eksekutif dan pencipta bersama
2019What We Do in the ShadowsViagoEpisod "The Trial", juga sebagai pengarah (3 episod)[12] dan penerbit eksekutif
The MandalorianIG-11[13]Sebagai pelakon suara, juga pengarah episod 1.8
Year of the RabbitPenghibur Joseph MerrickKameo
Rick and MortyGlootieSebagai pelakon suara
2021What If...?Korg[14]Sebagai pelakon suara

Rujukan

Pautan luar