Tête de Moine
Tête de Moine adalah keju dari Switzerland yang mempunyai tekstur keras, dibuat daripada susu lembu mentah dan dinikmati dengan cara dikikis menggunakan alat yang dinamakan girolle.[1] Tête de Moine mempunyai makna "kepala biarawan", dinamakan seperti itu kerana bentuknya.[2]
Tête de Moine | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Keju Perancis, keju separa masak ditekan, keju pusat ladang, keju tenusu, keju Swiss ![]() |
Pensijilan | Gelaran asal dilindungi ![]() |
Asalan | |
Negara | Switzerland |
Wilayah, bandar | Prunt, Moutier, Courtelary Saulcy, Courgenay |
Lokasi | Biara Bellelay, Jura Bern ![]() |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | lembu |
Dipasteurkan | Tidak |
Tekstur | Keras |
Kandungan lemak | 51% |
Tempoh penuaan | 6 bulan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sejarah
Keju Tête de Moine pada awalnya bernama keju Bellelay.[2] Nama tersebut diambil dari biara Bellelay di Pergunungan Jura tempat keju ini berasal.[1] [2] Biara tersebut didirikan pada tahun 1136 dan disahkan oleh Paus Innozenz II pada tahun 1142.[3] Para biarawan dari Bellelay ketika itu membayar sewa pelbagai hartanah dengan keju yang mereka buat sendiri.[3] Tulisan tertua mengenai keju Bellelay terdapat pada sebuah surat yang ditulis pada tarikh 16 Ogos 1570.[3] Surat tersebut ditulis oleh Ketua Biara Bellelay kepada Putera sekaligus Biskop Basel.[3] Surat itu menyebutkan dryssig belleley Kess (tiga belas keju Bellelay) yang disediakan oleh Ketua Biara.[3] Pada sebuah tulisan pada tahun 1628 dinyatakan bahawa keju Bellelay menggunakan susu yang berkualiti sempurna daripada rumput dan tumbuhan terbaik di negara tersebut.[3]
Nama Tête de Moine baru mula digunakan pada tahun 1790.[3] Ketika terjadi Revolusi Perancis pada tahun 1797, para biarawan diusir daripada biara mereka namun keju ini masih tetap dihasilkan.[3]