Syam
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
Wilayah bersejarah Syam (Arab: الشامcode: ar is deprecated ash-Shām), atau kini dinamakan negara Syria (Hieroglifik Luwian: Sura/i; Yunani: Συρίαcode: el is deprecated ; penulisan moden menggelarnya Syria Raya atau Syria Besar (Arab: سوريّة الكبرىcode: ar is deprecated ), Syria-Palestin, bahasa Inggeris: Levantcode: en is deprecated ) terletak di rantau Timur Dekat bersempadan dengan timur Laut Mediterranean.
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa nama "Sham" itu merujuk kepada "langit" - bahasa Ibrani sham (שָׁמַ) diturunkan daripada kata bahasa Akkadia šamû yang mempunyai erti sama.[1]
Ada juga sumber yang menyatakan bahawa ia bermaksud "tanah tangan kiri" di mana arah tersebut dirujuk kepada kedudukan seseorang di Hijaz menghadap ke arah timur di maan arah utara itu di sebelah kiri pemerhati (lihat juga nama Yaman (اَلْـيَـمَـنcode: ar is deprecated , al-Yaman) yang bermaksud "[sebelah] kanan").[2] Malah, perkataan sham ini pula berakar daripada binaan huruf syin–hamzah–mim ش ء مcode: ar is deprecated yang merujuk kepada "nasib malang" atau "bala" - berkait kuat dengan bahagian kiri -, seperti mana yang tampak pada ejaan berbeza yang lain seperti شأمcode: ar is deprecated dan شآمcode: ar is deprecated .
Nama Syam itu sendirinya boleh merujuk kepada Damsyik,[3] sebuah kota yang dilihat sebagai suatu pusat perdagangan yang penting di rantau Tanah Arab.
Di zaman bermulanya tersebar Islam, ramai kafilah perniagaan daripada Makkah dan Madinah berulang alik untuk berniaga di Syam. Antaranya termasuklah tokoh perniagaan Khadijah binti Khuwailid yang kemudian berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Perang Siffin (Mei-Julai 657) juga berlaku di sini iaitu di tebing Sungai Furat, Syam (Syria). Ia terjadi apabila Muawiyah bin Abu Sufyan Gabenor Syria memberontak terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib yang lambat menghukum pembunuh bekas khalifah Uthman bin Affan.
Kawasan dunia | |
---|---|
Lihat juga: Benua |