Syafiq Kyle

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak[1] atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (Jawi: شفيق کائل; lahir 24 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis.[2][3] Sejak itu, Syafiq telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Nur (2018-19), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024) dan The Experts (2024).

Syafiq Kyle
شفيق کائل
Syafiq pada 2016.
Kelahiran
Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak

(1992-06-24) 24 Jun 1992 (umur 32)
PendidikanDiploma Komunikasi dan Media
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)
IbuRohaya Sulaiman
BapaAbdul Razak Husin
SaudaraSyazwan Razak (adik)
Laman web rasmisyafiqkyle.com

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1992 sebagai Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak di Kuala Lumpur. Syafiq merupakan lulusan dalam Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Kerjaya

Syafiq merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Fendy Bakry dan Hafidz Roshdi, sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara.

Lakonan pertama beliau ialah menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar. Bersama pelakon veteran Nasir Bilal Khan, Syafiq menjayakan watak Johan, seorang anak yang kuat memberontak dalam drama keagamaan Tanah Kubur dari musim ke-3 hingga ke-9 yang bersiaran di Astro Oasis.[4]

Pada tahun 2014, beliau memegang watak pembantu sebagai Tajul Fahin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3. Seterusnya, buat pertama kalinya beliau memegang watak utama dalam drama Bila Hati Berbicara sebagai Emir Qasha dan bergandingan bersama pelakon Singapura Atikah Suhaime di Slot Akasia TV3. Pada tahun 2016, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan, Azira Shafinaz menerusi drama Married Tapi Benci di TV3 sebagai Kamal. Drama Sekali Aku Jatuh Cinta pula memperlihatkan beliau menjayakan watak komedi sebagai Johan iaitu seorang jururawat.

Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Izz Haikal dalam drama Slot Akasia TV3, Suamiku Paling Sweet dan seterusnya memegang watak Nazmi Elyas, seorang jurugambar profesional di Slot MegaDrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Singapura, Hannah Delisha.[5] Beliau kemudiannya menjayakan watak utama bersama Ayda Jebat menerusi drama Dekatkan Jarak Kita sebagai Ian Tashriq.[5]

Pada tahun 2018, beliau menjayakan watak utama bersama Zahirah MacWilson menerusi drama Slot MegaDrama Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Hazran Widad. Beliau juga terlibat dalam drama mini 100 Plus, Pelangi Cinta bersama Shukri Yahaya, Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen dan Mira Filzah. Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak Ustaz Adam dalam Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 sebagai Hakim, pelajar kolej yang bergelar Pak Cik Bawang.

Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid yang mengandingkan beliau bersama Mimi Lana dan turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Yuna Rahim, Aleza Shadan, Faizal Hussein serta Ogy Ahmad Daud menampilkan sisi lain lakonan Syafiq iaitu seorang pegawai polis.[6] Beliau juga berlakon dalam teater muzikal arahan Erma Fatima yang bertajuk Pawana Isabella. Beliau menjadi Raja Al Hasiq Ghibran/Raja Melayu di samping Janna Nick, Johan Raja Lawak, Ozylnn, Ziela Jalil, Afdlin Shauki, Azar Azmi, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 bermula Mac 2020, Syafiq menerima tawaran berlakon dalam drama mini arahan Erma Fatima, Lock In 2 untuk saluran YouTube. Drama yang juga menampilkan ramai pelakon seperti Erma Fatima, Umie Aida, Sherry Alhadad, Nora Danish dan banyak lagi serta penampilan istimewa bekas pelakon 90an, Azah Aziz dan pembantu peribadi Neelofa, Rosix, telah menjalani penggambaran secara individu di rumah masing-masing serta bersama-sama tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Di dalam drama ini, Syafiq berlakon sebagai teman lelaki Neelofa. Drama Lock In sebelum ini mempunyai 2 episod. Untuk musim kedua, Erma Fatima menambah lagi 4 episod dan menampilkan ramai lagi selebriti.

Pada tahun 2022, Syafiq muncul dalam tiga buah drama bersiri, antaranya ialah Seribu Nina, One Cent Thief dan Cinta Buat Dara serta filem Cikgu vs Hantu.

Aktiviti

Syafiq merupakan pengasas jenama kosmetik KylezLab dan jenama fesyen Jiwa by Kylez (dijenamakan semula sebagai Sajiwa) yang diwujudkan pada awal tahun 2018 dan mempunyai kelab peminat iaitu Skylovers.

Syafiq juga aktif dalam sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Aiman Tino, Akim Ahmad, Diana Danielle dan Wany Hasrita.

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Syafiq menjadi bualan masyarakat ketika berlakon di dalam telefilem Raya arahan Rashid Sibir. Gosip mengenai hubungan Syafiq dengan kakak kepada pelakon cantik, Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose menjadi tanda tanya adakah mereka memang bercinta. Syafiq mengakui beliau bercinta dengan Uqasha, namun Uqasha mengatakan sebaliknya. Syafiq juga dikaitkan dengan finalis Dewi Remaja yang juga heroin Syafiq dalam drama Sekali Aku Jatuh Cinta iaitu Mimi Lana. Mereka mengakui mereka sedang berkawan. Pada masa yang sama, kemesraan Syafiq dengan pelakon cantik dari Singapura, Hannah Delisha dalam dan luar drama Mencintaimu Mr. Photographer membuatkan peminat mendoakan agar mereka berjodohan.[7]

Pada tahun 2019, terbongkar mengenai hubungan sebenar antara Syafiq dan Mimi Lana. Mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak tahun 2016. Mereka kekal profesional sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.[8] Namun begitu, pada Mac 2020, hubungan percintaan mereka yang terjalin selama 4 tahun terlerai. Dikatakan punca perpisahan mereka adalah tiada persefahaman antara mereka.[9][10] Namun begitu, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[11]

Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[12][13] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[14] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[15][16][17]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2018LangsuirAzlanFilem pertama
Gol & Gincu Vol. 2Hakim
2019PusakaInspektor Nuar Ishak
2020Saka Nan SepiSufian
2021Mat Bond MalayaEjen 8Penampilan khas
2022Cinta VS HantuCikgu Ahmad (muda)
Siku 12: Langkah DerhakaAtid
2023Seindah Kasih The MovieNazmi
Polis EVO 3Inspektor Dani
DohFaizJuga sebagai penerbit
2024The Experts Selamatkan RayaKhairulFilem pendek
Sheriff: Narko IntegritiInspektor Nazri
The ExpertsKhairul (Keyrol)
Takluk: Lahad Datu
2025Blood BrothersPra-produksi
TBANurUstaz AdamDalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2011Iparku DivaPelayanAstro WarnaDrama pertama
TerowongWan ZaharulTV3Episod: "Sesat"
2012–2015Tanah KuburJohanAstro Oasis
2013Kampung GirlRedhuanTV3
Kerana Lelaki ItuDr. TajulTV9
2014Mat CepatJoTV2
Anugerah Terindah[18]AmirTV3
Oh My English! (Musim 3)KhaiAstro TVIQ
Senafas Cinta[19]AdamTV1
Tuan Rumah Pembantu RumahLuthTV3
Kerana Terpaksa Aku RelakanTajul Fahin
Bila Hati BerbicaraEmir Qasya
2015Angin SyurgaUstazTV2
Isteri Separuh Masa[20]Megat ZafrilAstro Ria
Dhia Sofea[21]DinTV3
Merah Gaun Pengantin[22]FaizalTV1
Alaa Bib..JoeranTV3
Kifarah MistikSyafiqEpisod: "Celupar"
2016Puteri LabuAdyTV1
Married Tapi BenciKamalTV3
Sekali Aku Jatuh CintaJohan
Tika Langit TerbukaHarisAstro OasisEpisod: "Si Miskin Pun Terbang"
2017Suamiku Paling SweetIzz HaikalTV3
Mencintaimu Mr. PhotographerNazmi Elyas / JemyAstro Ria
Mocha Kau BahagiaFirdausTV3
Red VelvetJeffryAstro Ria
Dekatkan Jarak KitaIan TashriqTV3
2018Mencari Mel & AyuZainuddin (muda)TV1
Tak Ada Cinta SepertimuHazran WidadAstro Ria
NurUstaz AdamTV3
Pelangi CintaWanDrama mini 100Plus
Mocha Kau Bahagia 2Firdaus
Budak UsinUstaz Adam
2019Senafas RinduFariz AshmanAstro Ria
Nur 2Ustaz AdamTV3
Serikan HatimuAdam
Bukan Cinta AkuTengku Isma
2020Lock In Drama 2SyafiqYoutubeDrama mini PKP arahan Erma Fatima sebagai kekasih Neelofa
Serikan Hatimu 2AzrulTV3
2021Diva PopularEngku ImranAwesome TV
Covid Oh CovidRemyTV3
Suara HatiHarisAstro Prima
LockdownHairiAstro Ria
Diva Popular 2Engku ImranAwesome TV
Serikan Hatimu 3SyafiqTV3
2022Seribu NinaAmarViu
Cinta Buat DaraHarizTV3
One Cent ThiefIman ShahAstro Ria
2024I.D.Bro Malik AlphaAstro PremierPenampilan khas
Terlanjur CintaAmirViu
TBAGadis MasaKhairi

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2011Tasbih PutihZaliAstro PrimaTelefilem pertama
2012Anak IkanSyafiq
2013Kampungku Aidiladha[23]BendiTV3
Cinta Laila MajnunQalidAstro Oasis
Syair Untuk BondaAngah
2014Aki BangkuAki BustaminTVi
Dari Pintu Neraka[24]ZakriTV3
2015Romantika Bulan MaduZack
Mat Despatch Raya SakanSyafiqTV2
Gangster Melor[25]Hariz / HaikalTV9
2016Takraw Kampung[26]Lan
Bapa MentuakuMazlanTV1
Jangan Ambil Botol ItuNuedTV9
Syahadah Yang HilangNizamAstro Citra
Mat Chia ChiaArifTV9
BellaAdam
Kari SanjanaFarhanTV3
TawarQue DaniTV2
Kalau Aku KayaDinTV3
Suamiku Bukan Tukang MasakDanielAstro Ria
2017Takdir Yang TerhentiAsifTV3
Isteriku CikgukuAzlan
Malam Tanpa YasinYasin
HassanFuad
Sayang Achu Ketat-KetatIrfan ZakriHypp Sensasi
Ada Apa Dengan RamadhanAhnafAstro Ria
Nur 3 PagiFarizTV3
2018Abang KandungUsop
ManipulasiKu Harizntv7
TaubatkuIsmailTV3
MentariFirash
Pengantin Lari Culik ArtisJay JohanAstro Citra
SyirikSyafiq
2019Senafas Rindu RayaFariz AshmanAstro Ria
Shiba Shiba DooShibaAstro Citra
2020Tolong Saya Encik DinosourKarl
Artis Lari Culik Pengantin lah PulakJay Johan
DeraiKhalidTV3
CeraiAzimAstro Citra
2021Bukan Cerita Cinta ClicheFaliq
Rompak RayaAwieAwesome TV
Holiday Aji TomJamil
2022Nafsu MentalNizamAstro Citra
2023Mendarat Di SyurgaKhalifTV3

Teater

TahunTajukWatak
2019Pawana IsabellaRaja Al-Hasiq Ghibran/Raja Melayu

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2013Liga Lawak Superstar[27]PesertaTV3Berkumpulan dengan Didie Alias dan Kamal Adli dalam Kumpulan "Apa Kasih Toq" semasa Separuh Akhir dan Final menggantikan Fizz Fairuz, ahli asal "Kumpulan Spy Kampung" yang mempunyai komitmen lain.
2015Karok La KauAstro RiaKumpulan Oh My English bersama Zain Saidin dan Akhmal Nazri.
MeleTOPArtis JemputanBersama Juzzthin mempromosikan Oh My English Musim 3.
2016Perang Bibir RayaPesertaTV9Peserta kumpulan Issey Fazlisham bersama Hafidz Roshdi.
Bila Bujang Masuk Dapur Musim ke-2PengacaraMengacara bersama penyanyi rap, SonaOne untuk bulan Ramadhan tahun 2016 pada setiap hari Khamis dan Jumaat.
2017Perang BibirPesertaBeliau dicabar oleh Juara Episod 5 iaitu Izreen Azminda. Bersaing bersama Ramona Zamzam dan Hafeez Mikail.
Bila Bujang Masuk Dapur Musim ke-4PengacaraBergandingan bersama Syazuwan Hassan.
MeleTOPArtis JemputanAstro RiaBersama Hannah Delisha mempromosikan drama terbaharu Mencintaimu Mr. Photographer.
CCTVBersama Hannah Delisha mempromosikan drama Mencintaimu Mr Photographer serta Hael Husaini yang juga mempromosikan lagu "Jampi", OST drama yang sama.
Nona – Segmen "Dapur Bonda"TV3Menjadi selebriti pertama yang memasak hidangan istimewa untuk ibu tersayang dengan bantuan Chef Fikri.
Bas RiaAstro RiaBersama Aedy Ashraf.
MelodiTV3Bersama kumpulan NOAH dari Indonesia yang akan mengadakan Meet & Great dan sidang media di Malaysia sebelum konsert mereka yang akan diadakan pertengahan November 2017.
MelodiBersama Farah Nabilah dalam mempromosikan drama terbaharu Mocha Kau Bahagia.
Pop TVTV9Bersama Ayda Jebat dan Wan Sharmila mempromosikan drama Dekatkan Jarak Kita.
MelodiTV3Bersama Ayda Jebat mempromosikan episod akhir drama Dekatkan Jarak Kita yang akan ditayangkan pada 25 Disember 2017.
Anugerah DFKL 2017Dirinya sendiriBersama Izzue Islam, Azira Shafinaz, Jaja Iliyes, Mawar Rashid, Hafidz Roshdi, Syazuwan Hassan dan Mimi Lana dalam membuat persembahan pembukaan.
2018Bintang Bersama BintangArtis JemputanPertandingan akhir BBB - Artis jemputan untuk persembahan Issey.
CCTVAstro RiaBersama Zahirah MacWilson, Nik Adam Mika, Ruhainies, Fikry Ceria Pop Star, Alif Muhaimin mempromosikan drama terbaharu Tak Ada Cinta Sepertimu.
Experience Projek Theme ParkBersama dengan peminat dan pemenang, Erni Nurshahira di Himeji Central Park, Jepun dalam Episod 12 (22 Mei 2018).
MeleTOPBersama Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Khai Bahar untuk promosi top 5 Anugerah MeleTOP Era 2018. Dan mempromosikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang berakhir pada 5 April 2018.
H! Live Mempromosikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu di minggu akhir dan menjadi Top 5 Anugerah Meletop Era (4 April 2018).
Anugerah DFKL 2018Dirinya sendiriTV3Penyampai anugerah kategori Antagonis Pilihan dan Pasangan Pilihan serta membuat persembahan sketsa dengan Shukri Yahaya dan Maria Farida yang merupakan penyampai anugerah kategori Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan.
Kata Serasintv7Bersama Amyra Rosli, Shahrulezad Mohameddin, Azhan Rani, Kuna Muzani, Raja Atiq, Riena Diana dan Mathni Razak mempromosikan drama terbaharu sempena bulan Ramadhan Nur yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3 (14 Mei 2018).
MHITV3Bersama Amyra Rosli dan Shahrulezad Mohameddin dalam mempromosikan drama Nur minggu akhir (11 Jun 2018).
WHI
MeleTOP RayaAstro RiaBersama Awal Ashaari, Scha Al-Yahya & Lara Alana, Diana Danielle, Farid Kamil & anak-anak, Zero, Zira Ayub dan anak-anak, Hael Husaini, Aiman Tino, Ernie Zakri dan Wany Hasrita.
MeleTOPAstro RiaBersama Hannah Delisha dan penerbit filem untuk mempromosikan filem Langsuir.
MelodiTV3Mempromosikan filem Langsuir & telefon bimbit terbaru OPPO.
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31Penyampai trofi bersama Fasha Sandha untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.
Gegar Vaganza (musim 5)Astro RiaArtis jemputan selepas selesainya persembahan Farawahida (peserta) feat Ezad Lazim (artis pasangan duet) bersama Jad Hidhir dan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2.
MeleTOPArtis jemputan bersama Jad Hidhir, Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani dan Intan Serah dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2 (23 Oktober)
Jozan LiveAstro WarnaArtis jemputan bersama Ummi Nazeera, Sazzy Falak dan Datin Diana Danielle dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2 (23 Oktober)
Bawang LiveAstro RiaArtis jemputan bersama Nad Zainal, Aman Aziz, Sharul Kamal dan Michael Ang untuk mempromosikan telefilem Syirik (25 Oktober)
2019Bawang LiveArtis jemputan bersama Wan Sharmila, Sharul Kamal, Alya Iman, Nelissa Edreena dan Josiah Lim untuk mempromosikan drama Senafas Rindu (14 Februari)
MeleTOPArtis jemputan bersama Aman RA, Tajul, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi dalam segmen Top 5 Anugerah Meletop ERA.(16 April )
Sepahtu Reunion Live – Episod 13SyafiqAstro WarnaPenampilan khas
Anugerah MeleTOP EraDirinya sendiriAstro RiaPenyampai trofi kategori Lagu Meletop ,Grup/Duo Meletop dan Penyanyi Meletop bersama Farah Nabilah dan Fatin Afeefa.
MeleTOPArtis jemputan bagi diwawancarakan mengenai kemenangan di Anugerah Meletop ERA.(23 April)
Wanita Hari IniTV3Artis jemputan bersama Eyra Hazali bagi mempromosikan drama Nur 2 yang bakal berakhir pada 25 April (25 April)
Lagu Cinta Kita FinaleJuri jemputan bersama juri tetap -Hael Husaini dan Scha Al Yahya (5 Mei)
Michael Ang's Halal KitchenAstro RiaArtis jemputan bagi rancangan masakan halal daripada pengarah terkemuka,Michael Ang -Episod 2 (13 Mei)
MelodiTV3Artis jemputan bersama Erma Fatima ,Johan ,Syamel dan Ernie Zakri untuk mempromosikan teater muzikal Pawana Isabella yang akan berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 ogos 2019 (ahad,18 Ogos 2019)
MeleTOPAstro RiaArtis jemputan bersama Mimi Lana ,Sweet Qismina dan Hafidz Roshdi untuk mempromosikan filem Pusaka (29 Oktober 2019)
Gegar Vaganza (musim 6)Artis jemputan bersama Mimi Lana dan Sweet Qismina untuk mempromosikan filem Pusaka(3 November 2019)
Trek SelebritiArtis jemputan untuk segmen Prank dalam episod 21,episod Mimi Lana (22 November 2019)
2020Anugerah MeleTOP EraPenyampai Trofi bagi kategori Drama Meletop dan Pelakon Meletop bersama Che Puan Juliana Evans dan Siti Nordiana

Iklan

TahunTajukCatatan
2017Iklan Dadah Membawa Padah
2019Iklan Zalora Raya MY

Videografi

Video klip
TahunTajukPenyanyi
2019"Semakin"Siti Sarah

Penajaan

  • Ramadhan Raya TV3 2019 - #setulusikhlas bersama Zara Zya, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Ismail Izzani, Haqiem Rusli & Nabila Razali (Samsung), Mimi Lana (Nivea), Mira Filzah & Hairul Azreen (100 Plus)

Ijab & Qabul

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2011/2012
Hero Remaja
Tempat ke-2Menang
2014
Anugerah MeleTOP Era
Artis Baharu MeleTOPTercalon
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Atikah Suhaime)Bila Hati BerbicaraTercalon
Anugerah Lawak Warna ke–3
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)Gangster MelorTercalon
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik DramaDari Pintu NerakaTercalon
2016
Anugerah Seri Angkasa
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV TerbaikTercalon
2017
Anugerah Throwbaek Drama
Pelakon Paling MembantuTanah KuburMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Anugerah InTrend
Anugerah Lelaki DambaanMenang
Anugerah Instafamous HurrTV
Anugerah Instafamous AdiwiraMenang
2018
Anugerah Digital Muzik ERA ke–2
Temubual Terbaik Carta ERA 40 (bersama Neelofa & Fatin Afeefa)Red VelvetMenang
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Pelakon MeleTOPMencintaimu Mr. PhotographerTercalon
Fesyen MeleTOPTercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5
Aktor PilihanDekatkan Jarak KitaTercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ayda Jebat)Menang
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Telenovela PopularMencintaimu Mr. PhotographerTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Mawar Rashid)Suamiku Paling SweetTercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Hannah Delisha)Mencintaimu Mr. PhotographerTercalon
Anugerah Skrin ke–22Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik DramaAbang KandungTercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Drama RantaianNurMenang
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6
Aktor PilihanMenang
Pasangan Pilihan (bersama Amyra Rosli)Menang
Anugerah MeleTOP Era ke–6
Pelakon MeleTOPTak Ada Cinta SepertimuMenang
Bintang Filem MeleTOPLangsuirMenang
Fesyen MeleTOPMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Pelakon TV Lelaki PopularMenang
Gandingan Serasi Drama (bersama Amyra Rosli)
(bersama Zahirah Macwilson)
Nur
Tak Ada Cinta Sepertimu
Tercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Gandingan Serasi Filem (bersama Hannah Delisha)LangsuirMenang
2020Anugerah MeleTOP Era ke–7Bintang Filem MeletopPusakaMenang
Fesyen MeletopMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Gandingan Serasi Filem Popular (online) bersama Mimi LanaPusakaMenang
Pelakon TV PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Artis Kontroversi Popular (online)Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (online) (bersama Janna Nick) & (bersama Amyra Rosli)Bukan Cinta Aku & Nur 2Tercalon
Anugerah Melodi Drama SangatStylo SangatTercalon
Gempak Most Wanted 2020Artis Bujang TergempakTercalon
2021Festival Filem Malaysia ke-31Pelakon Lelaki TerbaikPusakaTercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Telenovela PopularSuara HatiMenang

Rujukan

Pautan luar