Sunjo dari Joseon

Sunjo dari Joseon (Jawi: سونجو دري جوسون; 29 Julai 1790 - 13 Disember 1834, memerintah 1800-1834) ialah raja ke-23 Dinasti Joseon Korea. Baginda dilahirkan dengan gelaran Yang Mulia Putera Yi Gong. Sunjo ialah putera ke-2 Raja Jeongjo dengan Puan Besar Subin, salah seorang gundik Raja Jeongjo.

Sunjo dari Joseon
朝鮮純祖
조선 순조
سونجو دري جوسون
Raja Joseon
Pemerintahan1800–1834
Didahului olehJeongjo dari Joseon
Diikuti olehHeonjong dari Joseon
Keputeraan(1790-07-29)29 Julai 1790
Kemangkatan13 Disember 1834(1834-12-13) (umur 44)
PemakamanIlleung, Seoul, Korea
PasanganPermaisuri Sunwon
AnakandaPutera Mahkota Hyomyeong
Putera yang tidak dikenali
Puteri Myeongon
Puteri Bokon
Puteri Deokon
Puteri Yeongon
KerabatWangsa Yi
AyahandaRaja Jeongjo dari Joseon
BondaDamping Mulia Diraja Su
Sunjo dari Joseon
Hangul순조
Hanja純祖
Perumian SemakanSunjo
McCune–ReischauerSunjo
Nama lahir
Hangul이공
Hanja李玜
Perumian SemakanI Gong
McCune–ReischauerRi Kong

Biografi

Sunjo naik takhta pada usia 10 tahun pada tahun 1800 setelah kemangkatan ayahnya, Raja Jeongjo.

Pada tahun 1802, Raja Sunjo mengahwini Puan Besar Kim dari Andong, yang dikenali selepas kematian sebagai Permaisuri Sunwon, anak perempuan Kim Jo-sun yang merupakan pemimpin klan Andong Kim.

Sejak naik takhta pada usia muda, Permaisuri Balu Jeongsun, permaisuri kedua Raja Yeongjo, memerintah sebagai pemangku raja, yang memungkinkannya memegang kekuasaan atas urusan negara. Walaupun Raja Sunjo berusaha untuk mereformasi politik, prinsip-prinsip asas pemerintahannya pula merosot. Peperiksaan negara menjadi tidak teratur dan penyelewengan dalam pentadbiran pegawai pemerintah kerap berlaku. Ini mengakibatkan kekacauan dalam masyarakat dan pelbagai rusuhan meletus di kalangan masyarakat, termasuk pemberontakan oleh Hong Gyeong-nae pada tahun 1811-1812. Ogajaktongbeop (五 家 作 統 法), sistem pendaftaran banci untuk mengumpulkan lima rumah sebagai satu unit, dilakukan pada masa ini, dan penindasan terhadap Rom Katolik pula bermula dengan dahsyat.[1]

Raja Sunjo mangkat setelah memerintah selama 35 tahun pada tahun 1834 ketika berusia 44 tahun. Baginda pertama kali dimakamkan di sebelah Jangneung, Paju, makam Raja Injo dan Permaisuri Inyeo tetapi kemudian dipindahkan ke Illeung, Seoul kerana Feng Shui di lokasi lama dianggap tidak menguntungkan.[2]

Keluarga

  • Ayahanda: Raja Jeongjo dari Joseon (28 Oktober 1752 - 18 Ogos 1800) (조선 정조)
    • Nenekanda : Raja Jangjo dari Joseon (13 Februari 1735 - 12 Julai 1762) (조선 장조)
    • Nenenda : Permaisuri Heongyeong dari klan Pungsan Hong (6 Ogos 1735 - 13 Januari 1816) (헌경 왕후 홍씨)
  • Ibunda: Damping Mulia Diraja Su dari klan Bannam Park (8 Mei 1770 - 26 Disember 1822) (수빈 박씨)[3]
    • Nenekanda : Park Jun-Won (1739 - 1807) (박준원), sepupu ketiga Bak Jiwon, seorang ahli falsafah dan ahli politik yang terkenal.
    • Nenenda : Puan Besar Won dari klan Wonju Won (1740 - 1783) (원주 원씨)
  • Pasangan dan anak masing-masing:
  1. Permaisuri Sunwon dari klan Andong Kim (8 Jun 1789 - 21 September 1857) (순원 왕후 김씨)[4][5]
    1. Yi Yeong, Putera Mahkota Hyomyeong (18 September 1809 - 25 Jun 1830) (이영 효명 세자)[6]
    2. Puteri Myeongon (13 Oktober 1810 - 13 Jun 1832) (명온 공주)
    3. Puteri Bokon (26 Oktober 1818 - 12 Mei 1832) (복온 공주)
    4. Putera yang tidak dikenali (1820 - ? ) (대군)
    5. Puteri Deokon (10 Jun 1822 - 24 Mei 1844) (덕온 공주)
  2. Damping Diraja Suk-ui dari klan Park Miryang (? - 30 Jun 1854) (숙의 박씨)
    1. Puteri Yeongon (11 Oktober 1817 - 8 April 1829) (영온 옹주)

Nama penuh selepas kemangkatan

Raja Sunjo mempunyai nama anumerta terpanjang ke-2 untuk maharaja Korea.

  • Rumi: Raja Sunjo Seongak Yeondeok Hyeondo Gyeongin Sunhui Cheseong Eungmyeong Heumgwang Seokgyeong Gyecheon Baegeuk Yungwon Donhyu Euihaeng Soyun Huihwa Junryeol Daejung Jijeong Honghun Cheolmo Geonsi Taehyeong Changun Honggi Gomyeong Bakhu Ganggeon Sujeong Gyetong Suryeok Gongyu Beommun Anmu Jeongryeong Gyeongseong-hyo Agung Korea
  • Hangul: 순조선각연덕현도경인순희체성응명흠광석경계천배극융원돈휴의행소윤희화준렬대중지정홍훈철모건시태형창운홍기고명박후강건수정계통수력공유범문안무정령경성효대왕
  • Hanja: 純祖先覺淵德顯道景仁純禧體聖凝命欽光錫慶繼天配極隆元敦休懿行昭倫熙化峻烈大中至正洪勳哲謨乾始泰亨昌運弘基高明博厚剛健粹精啓統垂曆建功裕範文安武靖英敬成孝肅皇帝
  • Jawi: راج سونجو سوڠق يوندوق هيوندو ڬيوڠين سونهوي چسوڠ يوڠميوڠ هومڬواڠ سوقڬيوڠ ڬييچون بيڬيوق يوڠوون دونهيو ويهيڠ سويون هويهوا جونريول ديجوڠ جيجوڠ هوڠهون چولمو ڬيونسي تيهيوڠ چاڠون هوڠڬي ڬوميوڠ بكهو ڬڠڬون سوجوڠ ڬييتوڠ سوريوك ڬوڠيو بوممون انمو جوڠريوڠ ڬيوڠسوڠ-هيو اڬوڠ كوريا

Leluhur

Lihat juga

Rujukan

Sunjo dari Joseon
Tarikh keputeraan: 1790 Tarikh kemangkatan: 1834
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Jeongjo
Raja Joseon
1800–1834
bersama Permaisuri Jeongsun (1800–1805)
Diikuti oleh:
Heonjong