Sukhoi Su-27

Sukhoi Su-27 (nama pengenalan NATOFlanker’) adalah sebuah jet pejuang yang asalnya dibina oleh Kesatuan Soviet, dan direka oleh Sukhoi Design Bureau. Ia bertujuan untuk menandingi pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang generasi baru A.S (yang mana menghasilkan pesawat F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, dan F/A-18 Hornet), yang mampu beroperasi pada jarak jauh, dilengkapi dengan persenjataan berat dan mempunyai kelincahan yang tinggi. Su-27 bukan sahaja melaksanakan misi-misi penguasaan udara, tetapi juga boleh melakukan hamper kesemua operasi pertempuran. Pesaing terdekatnya adalah F-15 Eagle.

Su-27
Su-27UB dari pasukan aerobatik Russian Knights
PerananPesawat penguasaan udara
Negara pengeluar Kesatuan Soviet
 Rusia
PengeluarSukhoi Design Bureau
Penerbangan sulung20 Mei 1977
DiperkenalkanDisember 1985
StatusAktif
Pengguna utamaTentera Udara Rusia
Tentera Udara China
Tentera Udara Ukraine
Tentera Udara India
Dikeluarkan1984-kini
Jumlah dibina680 buah
Kos seunitAS$35 juta
KelainanSu-30
Su-33
Su-34
Su-35
Su-37
Shenyang J-11
T-10 di hadapan Mil Mi-12.

Berdasarkan rekabentuk Su-27, terhasilnya beberapa hasil pembangunan. Su-33 ‘Flanker-D’ adalah sebuah Pemintas Pertahanan Angkatan yang dibangun daripada rekabentuk Su-27 bagi digunakan di atas kapal pengangkut pesawat. Perbezaan utamanya termasuk pencangkuk ekor dan sirip hadapan. Su-30 pula merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, dua tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Versi-versi lain termasuklah versi serangan Su-34 ‘Fullback’ dan pejuang pertahanan udara yang ditingkat upaya Su-35 ‘Flanker-E’.

Pembangunan

Latar belakang

Pada 1969, Kesatuan Soviet mendapat tahu Tentera Udara Amerika Syarikat telah memilih McDonnell Douglas bagi mengeluarkan rekabentuk pejuang eksperimen (yang kemudian menjadi F-15 Eagle). Sebagai tindak balas terhadap ancaman ini, Soviet mewujudkan program PFI (Perspektivnyi Frontovoy Istrebitel, Pejuang Garis Hadapan Termaju) untuk membina pesawat yang setanding pesawat pejuang baru A.S dalam terma-termanya sendiri.

Apabila spesifikasi yang dimahukan terlalu mencabar dan mahal untuk sebuah pesawat dalam jumlah yang diperlukan, spesifikasi PFI dipecahkan kepada dua: LPFI (Lyogkyi PFI, PFI Ringan) dan TPFI (Tyazholyi PFI, PFI Berat). Program PFI Ringan kemudian menghasilkan pesawat Mikoyan MiG-29, sebuah pesawat pejuang taktikal jarak dekat, sementara program PFI Berat telah ditugaskan kepada Sukhoi OKB, yang mana kemudian menghasilkan Su-27 dan pelbagai terbitannya. Program PFI Berat menyerupai program program F-X Amerika Syarikat, yang mana menghasilkan F-15 Eagle, sementara program PFI Ringan menyerupai program LWF, yang mana melahirkan pesawat F-16 Fighting Falcon dan Northrop YF-17, kemudian dibangunkan menjadi F/A-18 Hornet.

Spesifikasi (Su-27)

Data dari KNAAPO Su-27SKM page,[1] Sukhoi Su-27SK page,[2] Gordon and Davison[3]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 21.9 m (72 kaki)
  • Rentang sayap: 14.7 m (48 kaki 3 in)
  • Leading edge sweep: 42°)
    • Tinggi: 5.93 m (19 kaki 6 in)
    • Sayap luas: 62 m² (667 kaki²)
    • Berat kosong: 16,380 kg (36,100 lb)
    • Berat berisi: 23,000 kg (50,690 lb)
    • Berat berlepas maksimum: 33,000 kg (62,400 lb)
    • Loji kuasa: 2× Saturn/Lyulka AL-31F turbofan, 122.8 kN (27,600 lbf) setiap satu

    Prestasi

    • Kelajuan maksimum: Mach 2.35 (2,500 km/j, 1,550 bsj) di altitud
    • Jarak: 3,530 km (2,070 batu) at altitude; (1,340 km / 800 batu pada aras laut)
    • Lelangit khidmat 18,500 m (60,700 kaki)
    • Kadar kenaikan: 325 m/s (64,000 kaki/min)
    • Beban sayap: 371 kg/m² (76 lb/kaki²')
    • Tujahan/berat: 1.09

    Persenjataan

    • 1x meriam GSh-30-1 berkaliber 30 mm dengan 150 butir peluru
    • 8,000 kg (17,600 lb) pada 10 pilon luar

    Persenjataan Su-27S

    Kemalangan

    • 9 September, 1990: Pertunjukan Udara Salgareda, Itali, 2 terbunuh (juruterbang Rimantas Stankevičius + 1 penonton).
    • 27 Julai, 2002: Bencana semasa Pertunjukan Udara Sknyliv di Lviv, Ukraine - 85 penonton terbunuh.[4](Video)
    • 29 Julai, 2008: Terhempas semasa latihan penerbangan di wilayah Primorye, Rusia at 07:30GMT, Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang lagi terselamat[5]
    Vladimir Putin tiba di Chechnya dengan Su-27 pada 2000.

    Pesawat Su-27 dalam permainan penyelaku penerbangan dalam Su-27 Flanker.

    Su-27 boleh didapati dalam permainan penyelaku penerbangan YSFLIGHT, dan pesawat Su-27 dalam permainan ini mempunyai payung terjun sauh yang dihidupkan dengan menggunakan kawalan tujahan belakang.

    Lihat juga

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Rujukan

    Pautan luar