Suis

Dalam bidang elektronik, suis (Mal., Sin, Bru., juga sakelar Riau[1]) merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran tersebut dari satu pengalir ke pengalir yang lain.[2][3] Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan - sama ada 'tertutup' yang bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun 'terbuka' yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan arus elektrik.

Sejak penemuan bidak logik digital pada tahun 1950an, istilah suis turut digunakan sebagai peranti aktif seperti transistor dan get logik yang berfungsi untuk menukar keadaan keluaran antara dua aras logik ataupun menyambungkan talian isyarat digital yang berbeza, malah komputer juga, suis rangkaian, yang berfungsi menyediakan sambungan antara port komputer yang berbeza di dalam rangkaian komputer.[4] Istilah 'pensuisan' juga digunakan pada rangkaian telekomunikasi, yang menandakan bahawa sesuatu rangkaian itu adalah dari jenis pensuisan litar, menyediakan litar khas komunikasi antara nod penghujung, sebagaimana rangkaian telefon pensuisan awam. Ciri lazim bagi kesemua penggunaan ini merujuk kepada peranti yang mengawal keadaan perduaan: sama ada hidup atau padam, tertutup atau terbuka, bersambung atau tidak bersambung.

Tiga suis tekan, dengan skala utama dalam inci.

Bahagian-bahagian utama

Sesentuh

Suis togel dalam keadaan hidup.

Dalam bentuk yang paling mudah, sebuah suis terdiri daripada dua keping logam yang dipanggil sesentuh yang bersentuhan untuk menyambungkan litar, dan berasingan untuk memutuskan litar. Bahan sesentuh dipilih berdasarkan ketahanannya daripada kakisan, kerana kebanyakan logam membentuk lapisan oksida yang bersifat penebat yang boleh menghalang suis daripada berfungsi. Bahan sesentuh juga dipilih berdasarkan kadar pengaliran elektrik, kekerasan (ketahanan daripada kehausan), kekuatan mekanikal, kos yang rendah serta kandungan bahan toksik yang rendah[5].

Kadang-kadang sesentuh turut disadur dengan logam adi. Ia mungkin direka untuk saing menyapu antara satu sama lain bagi membersihkan sebarang bendasing. Pengalir elektrik bukan logam seperti bahan plastik pengalir ada kalanya turut digunakan.

Penggerak

Bahagian bergerak yang memindahkan daya pengendalian kepada sesentuk dipanggil penggerak, yang mungkin boleh jadi dalam bentuk togel, jumpelang, butang atau apa sahaja jenis pautan mekanikal (sila rujuk gambar).

Susunan sesentuh

Suis tiga kutub satu arah (TPST), dalam keadaan terbuka.
Spesifikasi dan kependekan elektronikNama penuhPeneranganSimbolIEC 60617
SPSTSatu kutub satu arahSuis yang paling mudah: dua penyambung sama ada bersambung bersama ataupun tidak. Contohnya suis lampu.
SPDTSatu kutub dua arahSuis penukar yang mudah: C (COM, Sepunya) disambungkan kepada L1 atau L2.
DPSTDua kutub satu arahBersamaan dengan dua suis SPST yang dikawal oleh satu sahaja mekanisme, contohnya suis utama bekalan elektrik sesalur.
DPDTDua kutub dua arahBersamaan dengan dua suis SPDT yang dikawal oleh satu mekanisme: A disambungkan ke B dan D ke E, ataupun A disambungkan ke C dan D ke F.

Jika terdapat lebih daripada dua kekutuban ataupun arah, kependekan "S" (satu) atau "D" (dua) digantikan dengan huruf lain yang mewakili bilangan kekutuban atau arah, contohnya suis TPST bermaksud suis tiga kutub satu arah.

Pensuisan berbilang arah

Pensuisan berbilang arah boleh dilakukan melalui kombinasi pendawaian dua atau lebih suis dalam sesuatu litar. Teknik pensuisan berbilang arah sering digunakan bagi pendawaian lampu di tangga bangunan ataupun di laluan koridor yang panjang.

OffOn

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar