Subbenua India

Subbenua India, anak benua India atau benua kecil India —juga dikenali sebagai Asia Selatan antara istilah lain— ialah rantau wilayah geografi dalam benua Asia (yang pula merupakan sebahagian benua Eurasia) yang terletak, sebahagian besarnya, di atas plat tektonik India di sebelah selatan Banjaran Himalaya, dan membentuk suatu daratan yang terbentang ke Lautan Hindi di selatan.

Subbenua India
Peta Asia Selatan (lihat nota)

Takrif

Istilah geologi seperti "subbenua India" dan rantau "Asia Selatan" sering digunakan secara saling berganti.[1][2][3][4] Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kepekaan politik, sesetengah orang lebih suka menggunakan istilah "Subbenua Asia Selatan",[5][6][7] "Subbenua Indo-Pak benua",[8] "Subbenua", atau secara mudah, "Asia Selatan" [9] daripada menggunakan istilah "Subbenua India". Menurut ahli sejarah Sugata Bose dan Ayesha Jalal, penggunaan istilah "Asia Selatan" untuk merujuk kepada subbenua India merupakan "istilah yang lebih terkini dan lebih neutral".[9] Ahli kaji India, Ronald B. Inden, berpendapat bahawa istilah "Asia Selatan" semakin meluas penggunaannya kerana ia dapat membezakan wilayah ini dengan jelas daripada kawasan Asia Timur;[10] Sesetengah ahli akademik pula berpendirian bahawa istilah "Asia Selatan" lebih umum digunakan di Eropah dan Amerika Utara, berbanding dengan istilah "Subbenua" atau "Subbenua India".[11][12] Sebuah buku kecil yang diterbitkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 1959 memasukkan Afghanistan, Ceylon (Sri Lanka), India, Nepal, dan Pakistan dalam takrif "Subbenua Asia Selatan"-nya. [13]

Ruang lingkup

Takrif luasnya geografi dirangkumkan dalam rantau anak benua ini berbeza-beza. Ia biasanya merangkumi negara-negara India, Pakistan, dan Bangladesh;[14] seringnya, ia juga merangkumi Nepal, Bhutan, serta kawasan luar pesisir Sri Lanka [15] dan mungkin juga Afghanistan dan Maldives.[1][16] Merangkumi seluruh India Raya atau wilayah-wilayah Raj British daripada segi sejarah, wilayah ini kini terdiri daripada India, Pakistan, dan Bangladesh;[17][14] seringnya, ia juga merangkumi Nepal, Bhutan, dan kawasan luar pesisir Sri Lanka.[18] Tambahan lagi, wilayah ini mungkin juga termasuk Afghanistan dan negara pulau Maldives,[19] serta juga kawasan yang dipertikaikan di Aksai Chin yang merupakan sebahagian daripada negeri berdaulat India British di Jammu dan Kashmir yang kini ditadbirkan sebagai sebahagian wilayah autonomi Xinjiang, China.[20] Walau bagaimanapun, apabila istilah "Subbenua India" digunakan untuk bermaksud "Asia Selatan", negara-negara pulau Sri Lanka dan Maldives kekadang tidak dimasukkan,[1] sementara Tibet dan Nepal kekadang dimasukkan [21] dan kekadang tidak,[22] bergantung kepada konteks.

Geografi

Daripada segi geografi, subbenua India merupakan sebuah semenanjung di Asia selatan-tengah yang berbentuk lebih kurang seperti berlian yang disempadani oleh Banjaran Himalaya di sebelah utara, Hindu Kush di sebelah barat, dan Arakanis di timur.[23] Ia menganjur ke Lautan Hindi di selatan, dengan Laut Arab di sebelah barat daya dan Teluk Bengal di sebelah tenggara.[1] Dengan mengambil kira kesemua tujuh buah negara di subbenua ini, wilayah ini merangkumi 4.4 juta km² (1.7 juta mi²) yang merupakan 10% daripada keluasan benua Asia atau 2.4% daripada keluasan seluruh permukaan bumi di dunia.[24][25][26] Pada keseluruhannya, subbenua India menampung 34% daripada jumlah penduduk di Asia (atau melebihi 16.5% daripada jumlah penduduk di seluruh dunia), dengan penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.[24][25][26]

Geologi

Sebahagian besar wilayah ini terletak di atas sebuah plat tektonik tersendiri, iaitu Plat India (bahagian utara Plat Indo-Australia), yang dipencilkan dari bahagian Asia yang lain oleh sawar gunung.[27][28] Pada suatu ketika, wilayah ini merupakan sebuah benua yang kecil sebelum bertembung dengan Plat Eurasia antara 50-55 juta tahun dahulu lalu mewujudkan Banjaran Himalaya serta dan penara Tibet.

Rujukan