Sting

Gordon Matthew Thomas Sumner CBE (lahir 2 Oktober 1951) atau juga dikenali dengan nama Sting ialah seorang pemuzik dan pelakon dari England. Beliau merupakan penyanyi utama dan pemain bes untuk kugiran genre new wave iaitu The Police dari 1977 sehingga 1984 sebelum berpisah dan melancarkan kerjaya solonya setahun kemudian.

Sting

Sting di Royal Albert Hall tahun 2018
Kelahiran
Gordon Matthew Thomas Sumner

(1951-10-02) 2 Oktober 1951 (umur 72)
Wallsend, Northumberland, England
Nama lainSting
Pusat pendidikanNorthern Counties College of Education
Pekerjaan
  • Musician
  • singer
  • songwriter
  • actor
Tahun aktif1971–present
Pasangan
  • Frances Tomelty (k. 1976; c. 1984)
  • Trudie Styler
    (k. 1992)
Anak-anak6; termasuk Joe, Mickey dan Eliot
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
sting.com

Pengkaryaan muziknya cenderung menerapkan pelbagai unsur genre muzik dunia termasuk rock, jazz, reggae, muzik klasikal, new-age dan worldbeat.[1]

Biografi

Awal hidup

Gordon Matthew Thomas Sumner lahir pada 2 Oktober 1951, in Wallsend, Northumberland, England.[2][3] Beliau anak sulung dalam empat adik beradik kepada Audrey Cowell, seorang jurusolek rambut, dan Ernest Matthew Sumner, seorang penghantar susu dan juruteknik;[4] Mereka dibesarkan di kawasan berdekatan limbungan bandar tersebut, Gordon pula mendapat persekolahannya di St Cuthbert's Grammar School di Newcastle upon Tyne.

Beliau mula terpesona dengan muzik pada usia sepuluh tahun apabila seorang rakan ayahnya yang berpindah keluar negara menghadiahkan sebuah gitar akustik Sepanyol.[5] Pada usia remajanya pula beliau sering ke kelab-kelab serata bandarnya yang turut mmepengaruhi citarasa muziknya,[6]

Beliau terlibat dalam beberapa pekerjaan seperti konduktor bas, buruh dan pegawai pengutip cukai sebelum meneruskan pelajarannya dalam bidang perguruan di Northern Counties College of Education (kini Northumbria University) dari 1971 hingga 1974.[7]

Kerjaya muzik awal - bersama The Police (1977–1984)

Beliau memulakan kerjanya sebagai seorang guru di St Paul's First School, Cramlington selama dua tahun;[8] selama ini jugalah beliau mengambil kerja sambilan sebagai seorang pemuzik jazz dengan banyak kugiran. Di sinilah juga beliau mendapat nama jolokan "Sting" (bermaksud "penyengat") kerana beliau sering memakai baju panas belang kuning hitam sehingga rakan sekerjanya mengacahnya kelihatan seakan lebah atau tebuan.[9][10]

Pada bulan Januari 1977, Sting berpindah dari Newcastle ke London untuk mencuba nasibnya. Di sana, beliau mula berkenalan dengan Stewart Copeland, Henry Padovani serta Andy Summers (yang menggantikan Padovani); perkenalana mereka lama kelamaan memutik pengasasan kugiran the Police - mereka pada mulanya menumpu kepada genre punk sebelum beralih kepada rock reggae dan pop minimalis. Sepanjang berdirinya kugiran ini selama lima tahun, kesemua album mereka laris dalam carta tertinggi serta memenangi anugerah berprestij termasuk dari Anugerah Grammy (6 kali) dan Anugerah Brit (2 kali).[11][12]

Sting memutuskan berhenti bersama apabila berada dalam suatu konsert di Shea Stadium in New York pada Ogos 1983 - beliau merasakan kemasyhurannya sudah menyempitkannya.[13] Setelah beliau berbincang dengan rakan seminatnya yang lain, mereka bersetuju menumpu kepada projek solo masing-masing setelah menghabiskan rakaman album Synchronicity.

Kerjaya solo kemudian (sejak 1985)

Beliau muncul pertama kali sebagai seorang artis solo pada tahun 1985 dengan album The Dream of the Blue Turtles yang memaparkan jazz musicians including Kenny Kirkland, Darryl Jones, Omar Hakim dan Branford Marsalis.

Diskografi

  • The Dream of the Blue Turtles (1985)
  • ...Nothing Like the Sun (1987)
  • The Soul Cages (1991)
  • Ten Summoner's Tales (1993)
  • Mercury Falling (1996)
  • Brand New Day (1999)
  • Sacred Love (2003)
  • Songs from the Labyrinth (2006)
  • If on a Winter's Night... (2009)
  • Symphonicities (2010)
  • The Last Ship (2013)
  • 57th & 9th (2016)
  • My Songs (2019)
  • The Bridge (2021)

Filemografi

TahunTajukWatakCatatan
1979QuadropheniaThe Ace Face, the King of the Mods
1979Radio On
1980The Great Rock 'n' Roll SwindleLeader of the Blow Waves
1982Brimstone and TreacleMartin Taylor
1984DuneFeyd-Rautha Harkonnen
1985PlentyMick
1988The Adventures of Baron Munchausen
1988Stormy MondayFinney
1988Julia and JuliaDaniel
1998Lock, Stock and Two Smoking BarrelsJ. D.
2007Bee MovieDiri sendiriFilem animasi
2009BrünoDiri sendiri
2016Zoolander 2Diri sendiri

Rujukan

Pautan luar