Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara

Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (atau Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara atas sebab penajaan)[1] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di tengah-tengah bandar Damansara. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[2]

Pavillion-Pusat Bandar Damansara Rapid KL
ڤاۏيليون- ڤوست باندر دامنسارا
Permandangan stesen MRT Pusat Bandar Damansara daripada landasan.
LokasiStesen Pusat Bandar Damansara, Lebuhraya Sprint, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T817
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK13 
Sejarah
Dibuka16 December 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya RapidKL MRT Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint di pusat bandar Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran persimpangan Maarof. Terdapat banyak pangsapuri mewah di sekitar stesen seperti Kondominium Bangsar Puteri, Kondominium Sri Penaga, Serai Bukit Bandaraya, Damaisari dan Twins @ Damansara Heights. Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara Bangsar, Menara Millenium, dan pusat membeli-belah Damansara City Mall.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Manulife-Semantan)
SBK Arah Utara9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Phileo Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T817 berkhidmat di stesen ini.

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara. Kedudukan pintu A bertempatkan di Jalan Maarof manakala Pintu B bertempatkan di Jalan Johar.[3]

Stesen Laluan Kajang
PintuLokasiDestinasiGambar
AJalan MaarofHelp Residence, Menara Bangsar, Bangsar Shopping Centre
B Jalan JoharHentian sebelah untuk bas pengantara, Damansara City Mall, Twins@Damansara Heights, Wisma Lensa, Jalan Kasah, Jalan Damanlela

Rujukan


🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji