Stesen MRT Little India
Stesen Pengangkutan Gerak Cepat Little India(English:Stesen MRT Little India, Tamil:லிட்டில் இந்தியா) ialah stesen pertukaran Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Mass Rapid Transit/MRT) bawah tanah di laluan Laluan MRT Timur Laut (NEL) dan Laluan MRT Pusat Bandar (DTL). Stesen ini terletak di persimpangan Jalan Bukit Timah dan Jalan Race Course, di sempadan kawasan perancangan Kallang dan Rochor, Singapura.
NE7 DT12 Little India MRT Station 小印度地铁站 லிட்டில் இந்தியா | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) | ||||||||||||||||
Lokasi | 60 Bukit Timah Road Singapore 229900 | |||||||||||||||
Koordinat | 1°18′24″N 103°50′57″E / 1.306725°N 103.849175°E | |||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||
Platform | Platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||
Sambungan | Bas,Taxi | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | |||||||||||||||
Tingkat platform | 2 | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | NE7/DT12 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 20 Jun 2003 (North East Line) | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen ini memberi perkhidmatan kepada kawasan enklave etnik Little India (லிட்டில் இந்தியா), dan berada dalam jarak berjalan kaki ke lokasi utama seperti Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau , Pusat Tekka (தேக்கா நிலையம்), dan ibu pejabat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ciri-Ciri Stesen
Stesen Little India merupakan stesen pertukaran MRT di laluan NEL dan DTL. Di laluan NEL, stesen ini terletak di antara stesen Dhoby Ghaut (டோபி காட்) dan Farrer Park, manakala di laluan DTL, stesen ini terletak di antara stesen Newton dan Rochor. Kod stesen ini ialah NE7/DT12.[1]Stesen ini melayani kawasan Little India, dan terletak berdekatan dengan beberapa lokasi penting seperti Albert Court, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Pasar Tekka, Kuil Shree Lakshminarayan dan Kuil Sri Veeramakaliamman. Stesen ini juga berdekatan dengan pejabat LTA Hampshire dan Ibu Pejabat Polis Tanglin.[2]
Direka untuk mencerminkan tradisi India[3] , dinding stesen NEL mempunyai jeriji besi bercorak daun yang menyerupai corak pintu bilik sembahyang Hindu. [4] Stesen NEL ini juga berfungsi sebagai tempat perlindungan Pasukan Pertahanan Awam Singapura.[5][6] ia direka untuk menempatkan sekurang-kurangnya 7,500 orang dan menahan serangan udara serta bahan kimia. Peralatan penting untuk operasi di tempat perlindungan CD dipasang pada penyerap hentakan bagi mengelakkan kerosakan semasa pengeboman. Apabila bekalan elektrik ke tempat perlindungan terputus, generator sandaran akan berfungsi untuk memastikan operasi terus berjalan.
Stesen DTL pula direka oleh Architects61 dengan tema fabrik mengalir yang diinspirasikan oleh sari India, bagi mencerminkan warisan kawasan Little India.Platfom NEL dan DTL boleh diakses oleh pengguna kerusi roda.
Rujukan
Bibliography
[[