Stéphane Mbia

Footballer

Stéphane Mbia Etoundi (lahir 20 Mei 1986) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Sevilla FC dan pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Stéphane Mbia
Maklumat peribadi
Nama penuhStéphane Mbia Etoundi
Tarikh lahir (1986-05-20) 20 Mei 1986 (umur 38)
Tempat lahirYaoundé, Cameroon
Ketinggian1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sevilla
Nombor25
Kerjaya remaja
2003–2004Akademi Sukan Kadji
2004Rennes
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2004–2009Rennes105(4)
2009–2012Marseille69(5)
2012–2014Queens Park Rangers29(0)
2013–2014Sevilla (pinjaman)18(3)
2014–Sevilla6(3)
Pasukan kebangsaan
2005–Cameroon52(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Oktober 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Mbia membuat debut untuk Rennes pada musim 2005–06. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada November 2006 menentang Lyon. Pada 14 Julai 2009, Mbia melengkapkan perpindahan sebanyak £10.4 juta ke Marseille dari Rennes.

Queens Park Rangers

Pada 31 Ogos 2012, Mbia menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dari Marseille dengan bayaran yang tidak didedahkan.[1][2]

Pada 27 Oktober 2012, Mbia dibuang padang pada 17 minit permainan dalam penampilan keempatnya untuk QPR ketika tewas 1-0 kepada Arsenal. Beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) tiga perlawanan akibat tidak memenuhi syarat ketika menentang Reading, Stoke City dan Southampton.[3] Pada Mei 2013, Mbia mengatakan bahawa beliau ingin meningglkan Queens Park Rangers selepas pasukannya turun ke divisyen dua.

Sevilla

Pada 26 Ogos 2013, Mbia dipinjam ke Sevilla FC.[4] Mbia membuat debut untuk Sevilla pada 1 September dan membuat hantaran kepada Kévin Gameiro untuk gol pertama Málaga CF, 2-2.[5] Pada 27 Oktober, Mbia membuat dua hantaran untuk Ivan Rakitić dan Jairo Samperio ketika menang 2-1 ke atas Osasuna.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 November menentang Real Betis, Sevilla menang 4-0..[7]

Pada 1 Mei 2014, beliau menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan untuk Sevilla menang pada separuh akhir Liga Europa menentang Valencia dan Sevilla layak ke perlawanan akhir.[8] Sevilla ke perlawanan akhir bertemu dengan Benfica di Turin, Itali pada 14 Mei. Pada 3 Jun, Mbia dipilih sebagai "Team of The Year" bersama rakan sepasukan, Ivan Rakitić, Nicolás Pareja and Beto.[9] Pada Anugerah LFP, beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik liga Afrika bersama Yacine Brahimi dan Youssef El-Arabi.

Pada 31 Ogos 2014, Mbia sertai Sevilla secara rasmi..[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 18 September dengan menanduk masuk dari hantaran Gerard Deulofeu ketika Sevilla menang 2-0 ke atas Feyenoord.[11]

Kerjaya antarabangsa

Mbia membuat debut untuk pasukan kebangsaan Cameroon pada 2005. Beliau sebahagian daripada skuad Cameroon yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika 2008 di Ghana. Mbia menjaringkan dua gol ketika perlawanan suku akhir menentang Tunisia.[12]

Mbia termasuk dalam skuad Cameroon yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010.[13] Pada 2 Jun 2014, Mbia termasuk dalam senarai 23 pemain oleh pengurus Volker Finke untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[14]

Pada 26 Ogos 2014, Mbia menjadi kapten pasukan kebangsaan Cameron menggantikan Samuel Eto'o yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1
3 Jun 2007Monvoria, Liberia  Liberia
0–1
1–2
Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2008
2
4 Februari 2008Tamale, Ghana  Tunisia0–12–3Piala Negara-Negara Afrika 2008
3
2–3

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 30 Januari 2013
KelabMusimLigaPialaPiala ligaEropahJumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Rennes2004–05Ligue 11000000010
2005–06220000030250
2006–07301000000301
2007–08253000041294
2008–09270511021352
Jumlah10545110921207
Marseille2009–10Ligue 1272102070372
2010–11261104060371
2011–12152102050232
2012–131000003040
Jumlah69530802101015
Queens Park Rangers2012–13Liga Perdana Inggeris2902010320
Sevilla2013–14La Liga203200082305
Jumlah kerjaya2231212110038428317

Penghargaan

Rennes
  • Piala Intertoto UEFA (1): 2008
Marseille
  • Coupe de la Ligue (3): 2009-10, 2010-11, 2011-12
  • Ligue 1 (1): 2009–10
  • Trophée des Champions (2): 2010, 2011
Sevilla

Individu

Rujukan