Sony Ericsson

Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.

Sony Ericsson Mobile Communications AB
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriTelekomunikasi
Ditubuhkan2001
Dibubarkan1 April 2021
Ibu pejabatIbu pejabat:
United Kingdom Acton, London, England, UK
Diperbadankan:
Sweden Sweden
Tokoh pentingHideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP)
KeluaranTelefon bimbit
Peranti muzik mudah alih
Sistem tanpa wayar
Peranti suara tanpa wayar
Aksesori berteknologi tinggi
Peranti data tanpa wayar
Hasil€10,959 juta (2006)
Pendapatan bersih€997 juta (2006)
PemilikSony Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan~8,000
Syarikat indukSony Corporation (50%)
Ericsson AB (50%)
Tapak web[1]
Facebook: sonymobile Twitter: sonyxperia Instagram: sonyxperia Youtube: sonyxperia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.

Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]

Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.

Sejarah

Ericsson, yang telah berada dalam pasaran telefon bimbit sejak berdekad, membuat keputusan untuk melepaskan bisnes ini pada tahun 2001 berikutan kerugian besar. Ericsson membuat keputusan untuk memperolehi sumber cip bagi telefon bimbitnya daripada sumber tunggal, sebuah kilang Philips di New Mexico. Pada Mac 2000 kebakaran di kilang Philips tersebut telah menyebabkan pencemaran di makmal steril. Philips memberi jaminan kepada Ericsson dan Nokia (satu lagi pelanggan utama kilang tersebut) bahawa pengeluaran akan tertangguh dalam masa kurang daripada seminggu. Apabila sudah jelas bahawa pengeluaran sebenarnya tertangguh selama berbulan-bulan, Ericsson mengalami masalah kekurangan bahan yang serius. Nokia sudah pun mula mendapatkan bahagian daripada sumber alternatif, tetapi keadaan Ericsson position bertambah buruk memandangkan kedua-dua pengeluaran bagi model semasa serta pelancaran model baru telah ditangguhkan.[1]

Sony Ericsson ialah penaja global kepada Persatuan Tenis Wanita (WTA), dan kerja-kerja bersama persatuan tersebut bagi mempromosikan pertandingan jelajah di lebih 80 bandar raya.

Sony Ericsson telah membeli UIQ Technology, sebuah syarikat perisian Sweden daripada Symbian Ltd. pada Februari 2007. Miles Flint mengumumkan bahawa UIQ akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas.[perlu rujukan]

Pada 15 Oktober 2007, Sony Ericsson mengumumkan semasa Pertunjukan Telefon Bimbit Pintar Symbian bahawa mereka akan menjual separuh daripada saham UIQ yang dimilikinya kepada Motorola, menjadikan teknologi UIQ dimiliki oleh dua syarikat besar telefon bimbit.

Jenis telefon bimbit

SiriKelas produkBentukPenjenamaanPeneranganSub-siriAsal
penggunaan asalpenggunaan semasa
DRendah ke pertengahan"candybar"T-Mobile-Telefon bimbit eksklusif rangkaian T-mobile.7xx'D'eutsche Telekom
FRendah ke pertengahan"candybar"Vodafone-Telefon bimbit eksklusif rangkaian Vodafone.5xxVoda'f'one
JPeringkat rendah"candybar"--Siri termurah bagi telefon bimbit Sony Ericsson.1xx, 2xx, 3xx'J'unior
KRendah ke peringkat tinggi"candybar"Cyber-shot

(sebahagian)

-Tertumpu kepada kamera.2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx'K'amera
MPeringkat pertengahan"candybar"--Telefon bimbit pintar berorientasikan perniagaan.6xx'M'essaging
PPeringkat tinggiJenis lipat
"candybar"
--Telefon bimbit pintar perniagaan dan pengguna peringkat tinggi.8xx, 9xx & Px'P'DA
SPertengahan ke peringkat tinggiJenis pulas
Jenis gelungsur
-Telefon kamera peringkat tinggi.Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk.5xx, 7xx'S'wivel, 'S'lider
TPeringkat rendah ke tinggi"candybar"-Tertumpu kepada kamera.Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk premium.1xx, 2xx, 3xx, 6xxx & 6x'T'ala

(Perkataan Sweden bagi 'bual')

VPertengahan ke peringkat tinggi"candybar"
Jenis lipat
Vodafone-Telefon eksklusif rangkaian Vodafone.6xx, 8xx'V'odafone
WPeringkat rendah ke tinggi"candybar"
Jenis lipat
Jenis gelungsur
Walkman-Telefon yang memfokuskan muzik dan dijenamakan sebagai Walkman.2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx, 9xx'W'alkman
ZPeringkat rendah ke tinggiJenis lipat--Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk.2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx & 1xxxxClam'z'hell

Rujukan

[2011] Sony Ericsson memutuskan untuk berpisah setelah 10 tahun bekerjasama. Sony telah membeli kesemua saham Ericsson

Pautan luar

Laman web rasmi
Pembangun
Sumber