Siti Tanjung Perak

Pelakon veteran wanita Singapura

Siti Sundari Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak (1912 – 6 Ogos 1992) merupakan seorang pelakon wanita Singapura kelahiran Indonesia.[1][2] Beliau bergiat aktif dalam bidang lakonan di Singapura dan Malaysia pada dekad 1950-an dan 1970-an. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan melakonkan watak jahat atau antagonis.[3]

Siti Tanjung Perak
Kelahiran
Siti Sundari binti Samad

1912
Pulau Wasi Bugis, Sulawesi, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia6 Ogos 1992 (berumur 79–80)
Sebab kematianSakit tua
WarganegaraIndonesia
Nama lainMak Iti
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1947–1974
Pasangan
  • M. Taib
  • Abdul Ghani
Anak-anak5

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi pada tahun 1912. Mula giat dalam dunia pentas bangsawan pada tahun 1927 di seluruh pulau Borneo.

Semasa di pentas, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang tercantik pada ketika itu sehingga beliau diberi gelaran Seri Panggung. Suami pertama beliau bernama M. Taib, seorang pemain saksofon bersama Siti di pentas bangsawan. Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Sari Intan. Tetapi malangnya, suami Siti terkorban semasa perang Jepun. Setelah begitu lama menjanda, Siti pun mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.

Kerjaya lakonan

Pada tahun 1947, Siti melangkah ke dunia filem. Filem pertama beliau ialah Seruan Merdeka, manakala yang kedua pula ialah Singapura di Waktu Malam arahan B. S. Rajhans dan diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers. Namanya ditukar oleh para peminatnya kepada Siti Tanjung Perak. Ini disebabkan Siti terkenal menyanyikan lagu yang berjudul "Tajung Perak", lagu yang dipopularkan oleh S. Abdullah. Di hujung tahun 50-an, Siti telah berhijrah ke Cathay-Keris. Watak yang dibawanya dengan berkesan sekali ialah sebagai antagonis. Beliau juga mampu menari, menyanyi dan berlawak.

Siti pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu paling baik bagi tahun 1953, di suatu pemilihan para peminat. Dua daripada anak gadis Siti telah menjadi pelakon di era 50-an dan 60-an. Mereka ialah seniwati Supatri dan seniwati Zairina Abdul Ghani.

Gaya

Menurut Saodah Ismail dari Harian Metro, Siti Tanjung Perak ialah "seorang pelakon yang berpegang teguh kepada disiplin".[4]

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 1992 pada usia 80 tahun di Hospital Changi di Changi, Singapura.[5][6]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1947Seruan MerdekaFilem pertama
Singapura di Waktu Malam
1949Noor Asmara
NilamIbu Ahmad
1950Rachun DuniaMariam
Aloha
Takdir IlahiKhatijah
1951PenghidupanIbu Salbiah
Sejoli
JuwitaIsteri Dol
1952Antara Senyum dan TangisIsteri Hamid
SedarahRubiah
Aladdin
1953Siapa Salah?
Chemburu
1954MeranaIbu Amir dan Hamidah
Panggilan PulauChempaka
PerjodohanMak Long
1955Bernoda
Empat Isteri
1956Hang TuahDang Merduwati
Keadilan IllahiDayang
Anak-ku SazaliPelakon bangsawan
Ribut
Keluarga Tolol
1957Bujang LapokEmak Zaiton
Kaseh Sayang
Mogok
Seruan Darah
1958SatayRamlah
Hantu KuborMilah
1959Bawang Putih Bawang MerahKundor
1960Che Mamat Parang TumpulIbu Mamat
1961Gado-gado
Jalak LentengMak Inang
1962Mata Syaitan
Mabuk KepayangMariam
Dang Anom
Laila Majnun
Jula Juli Bintang 7
1963Gila Talak
Rumah Itu Dunia Aku
Bayangan Di Waktu FajarIbu Omar
Masuk Angin Keluar AsapKak Siti
1964Mat Tiga Suku
Pontianak Gua MusangAni
Dua Pendekar
1965Tiga Botak
Gurindam Jiwa
Jiran Sekampung
1966Dua Kali LimaSarah
1967Mat BondMak
1968Mat Lanun
1973Hati Batu
1974Sandakan No.8Filem Jepun dan lakonan terakhir

Rujukan

Pautan luar