Sherry Ibrahim

Syarizad "Sherry" Ibrahim (lahir 3 April 1983) ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.[1][2]

Sherry Ibrahim
شيري إبراهيم
Kelahiran
Syarizad Binti Ibrahim

(1983-04-03) 3 April 1983 (umur 41)
Pusat pendidikanSekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara, pramugari
Tahun aktif2006–kini
EjenLaugh Out Loud Entertainment (2014-kini)
Ketinggian1.62 m (5 ka ​3 1316 in)
Ibu bapa
  • Ibrahim Yaacob (bapa)
  • Norliza Maamun (ibu)
Saudara
  • Natasya Ibrahim (adik)
  • Syafinaz Ibrahim (adik)

Kehidupan awal

Sherry dilahirkan pada hari Ahad, 3 April 1983 Masihi bersamaan 19 Jamadil Akhir 1403 Hijrah dan dibesarkan di Petaling Jaya kepada ibubapanya Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun. Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dua adik perempuannya ialah Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim. Sebagai seorang pelajar, Sherry menghadiri Sekolah St. Mary Girl, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 beliau bekerja sebagai Pramugari penerbangan di syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Beliau meninggalkan MAS apabila kontraknya berakhir pada tahun 2006.[3]

Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam siri TV di TV3, Dunia Baru, di bawah pengarah M. Hitler Zami, sekali gus membuka permulaan kepada kerjaya lakonannya. Beliau menjadi peopular melalui kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengacaraan dan iklan. Peluang untuk menyertai syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar datang pada tahun 2010.[4] Beliau sekali lagi kembali ke dunia penerbangan sebagai pramugari membuat dia meninggalkan kerjaya mekar beliau dalam bidang seni.[5]

Kerjaya

Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia huburan untuk beberapa tahun, Sherry membuat kemunculan semula pada tahun 2012 apabila kontrak beliau dengan Qatar Airways tamat. Beliau telah ditawarkan peranan kecil dalam siri drama Setia Hujung Nyawa dari episod 16 dan seterusnya di TV3. Apabila drama mencapai rating yang sangat tinggi, ia membuktikan bahawa Sherry tidak pernah dilupakan dan bakat beliau adalah lebih ketara. Sherry kemudian ditawarkan salah satu peranan utama bersama Ady Putra, Nabila Huda dan Shah Iskandar dalam satu lagi drama hit, Teduhan Kasih. Sherry kini diuruskan oleh Afeeq dari Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd.

Artis di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. termasuk selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan dan Dafi. Pada bulan Jun 2013, Sherry telah dilantik sebagai duta Hairkunst, Malaysia oleh pengarahnya Bambang Soteto yang telah diisytiharkan sebagai Duta/TrendTrainer untuk Schwarzkopf Malaysia 2010/2011.

Pada Januari 2014, Sherry telah dilantik sebagai Duta Fairy Beauty, Malaysia.

Gempak Superstar

Persembahan

Sherry merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan merangkul gelaran naib juara. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Kalis Rindu" (nyanyian asal Elyana)
  2. Minggu 2: "Percayalah" (nyanyian asal Indah Ruhaila)
  3. Minggu 3: "Meniti Hari" (nyanyian asal Amy Mastura)
  4. Minggu 4: "Lagu Cinta" (nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
  5. Minggu 5: "Salahkah" (nyanyian asal Hafiz Suip dan Rossa; duet bersama Randy Pangalila)
  6. Minggu 6: "Janji Manismu" (nyanyian asal Aishah) dan "Tak Ada Logika" (nyanyian asal Agnez Mo)

Carta penyingkiran

Minggu:1 (10/Apr)2 (17/Apr)3 (24/Apr)4 (1/Mei)Separuh Akhir (8/Mei)Akhir(15/Mei)
KedudukanPesertaKeputusan
2SherryKekalke-3PertamaPertamake-2Naib Juara

Kehidupan peribadi

Sherry pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Ashraf Muslim,[6] tetapi hubungan berakhir pada awal tahun 2009 apabila ia terbukti terlalu sukar untuk mengimbangi hubungan mereka. Beliau kemudiannya menjali hubungan dengan pelakon Fattah Amin, namun putus cinta pada 2016 akibat perbezaan kreatif.[7][8]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2009Maut[9]Gadis Black MetalFilem pertama
2010Kapoww!![10]Nola

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2006–2007Dunia BaruEmma ZalinaTV3
2007Cinta Tak Bertepi[11]TV1
2008–2009Renjis[12]MilaAstro Ria
2008Lara Rindu MahsuriMustikaTV3
2009Cinta Untuk AinZarita
Biru Cinta De LagunaTV9
FotokopiAinTV2
Cik Ah Cik Nin[13]NinaAstro Prima
2010ChapalrelaPuteriAstro Warna
2012Setia Hujung Nyawa[14]ErizaTV3
2013Teduhan Kasih[15]Iffa
Dia Tetap AyahSakinahAstro Prima
Cinta KapcaiAwinTV2
Pengancam PerkahwinanCameoAstro Ria
Projek Memikat SuamiAdira Sulaiman
Aku Bukan SuperstarTV1
Abadi
2014Mata & Hati PendustaAzuraAstro Oasis
Hingga Akhir NantiDr. MairaTV1
Janji QasidahQasidah/Anis
2014-2015Cinta IbadahDr. IrmaAstro Prima
2014Shampoo GirlIntan 'Guest Artist'TV3
2015Keluarga KaraokeAzuraAstro Bella
Eksperimen CintaSeriTV3
2016Gerak KhasTV2
2018Bahagia Bukan BidaanKartiniTV3
2021AyahandaAishah
Jangan Ganggu JodohkuKak SalehaAstro Ria
2022Villa KristalNur SakinahWeTV
Jiwa RemajaTV9
Adakah Engkau MenunggukuMaksu AiniTV3
Wanita Milik Tuan PutraTengku Tania
Luka Di Hati DiyaSaharaTV1
2023HalobaAliyaTV3
Hikayat Pak BelalangMak BelalangAstro Ceria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2013Pengancam Perkahwinan
2015Mimi TapauRina
Janji Qasidah
2015Manisnya Bulan MaduAmeeshaTV3

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
Layar LensaRTM
Dari Suara Hati
2009CHOPP!TV9
20141001 Destinasi Malaysiaku!PengacaraBernama TV
2022The Masked Singer Malaysia (musim 2)Peserta sebagai Si MerakAstro Warna
2023Mic ON! SelebritiPesertaAwesome TV

Muzik Video

TahunTajukArtis/Berkumpulan
2005"Itu Kamu"Estranged
2016"Seikhlas Cinta"Bob Husaini

Iklan

TahunJenamaProdukCatatan
2002McDonald'sBubur Ayam McD
Celcom AxiataCelcom
Malaysia Tourism
HSBC0% Interest
Prefer Shampoo
Telekom MalaysiaTM Net
AstroAkademi Fantasia
Speed Zone
Kumpulan SunwaySunway Hotel
2013Johnson & JohnsonMy Clean & Clearbersama Fiffy Natasya & Hanis Zalikha

Diskografi

TahunTajukKomposer
2015Hero Untukmu (Duet bersama Fattah Amin & RJ)
2016Seikhlas CintaLagu oleh Hadi Hassan Lirik oleh J. Looi

Rujukan

Pautan luar