Shaharon Anuar Abdul Latif

Pegawai polis Malaysia

SAC (B) Datuk Shaharon Anuar bin Abdul Latif (lahir 1 Ogos 1962) ialah seorang pelakon dan bekas pegawai polis Malaysia.[1] Beliau ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak sebagai SAC Saiful dalam siri drama kepolisan Gerak Khas di mana beliau membintanginya dari 1999 sehingga 2001 dan kembali menjayakan wataknya pada 2019.[2]

SAC (B) Datuk

Shaharon Anuar Abdul Latif

DPSM (Melaka); AMN; PCM (Perak)
Inspektor Perkhidmatan, Bukit Aman
Dalam jawatan
1980–1985
Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
Dalam jawatan
1985–1990
Inspektor Perhubungan Awam, Bukit Aman
Dalam jawatan
1990–1996
ASP Perhubungan Awam, Bukit Aman
Dalam jawatan
1996–2003
DSP Siasatan II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur
Dalam jawatan
2003–2005
Supritendan Siasatan I, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pulau Pinang
Dalam jawatan
2005–2012
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak
Dalam jawatan
2012–2014
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak
Dalam jawatan
2014–2019
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur
Dalam jawatan
2020–2022
Butiran peribadi
Lahir (1962-08-01) 1 Ogos 1962 (umur 61)
Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganDatin Roseda Mustafa (k. 1985)
Anak-anak4
PekerjaanPelakon, pengawai polis
Perkhidmatan ketenteraan
nombor perkhidmatanG/10389

Kehidupan peribadi

Shaharon Anuar dilahirkan dan dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau ialah bapa kepada empat anak dan mempunyai seorang cucu. Sebelum menyertai PDRM, beliau melakukan pelbagai pekerjaan di Perak dan Kuala Lumpur selama beberapa tahun oleh kerana tidak dapat menyambung pelajaran selepas menghabiskan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yusof Izzudin, Batu Gajah.

Kerjaya polis

Shaharon memulakan kerjaya dalam PDRM pada 4 September 1984 sebagai Inspektor Percubaan selepas itu bertugas di IPD Kota Kinabalu pada 1985 diikuti beberapa jawatan serta pangkat dari tahun ke tahun termasuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur pada 2020 sehingga 2022.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1993Kekasih Awal Dan AkhirInspektor AnuarFilem pertama
Pemburu BayangDetektif Anuar
1996Maria MarianaASP Anuar
1997AzamKetua Polis
GemilangAnuar
1998Iman AloneInspektor Anuar
Maria Mariana IIASP Anuar
1999BaraASP Saiful
2001Gerak Khas The Movie
2003Black MariaDSP Rizal

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1996Kisah Benar (Musim 10)Inspektor RazakTV3Episod: "Pengantin", juga sebagai penulis skrip
1998Kisah Benar (Musim 16)TV3Beliau dikreditkan sebagai pengarah untuk episod "Timang Tinggi-tinggi".
1998–1999Roda-Roda Kuala LumpurTV1
1999–2001, 2019–2021Gerak KhasASP/SAC SaifulTV1, TV2, TV3
2003Peronda Lebuh RayaASP SharonTV2

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1998Tirai MalamCif Inspektor AzizAstro Ria
2001Kau IsterikuDr RizalTV3
2003NajwaPengintipVCD

Rujukan

Pautan luar