Seri Menanti

pekan di Negeri Sembilan

Seri Menanti (sebutan dalam loghat tempatan: Soghi Monanti; Jawi: سري مننتي) adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 33 kilometer ke timur ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer ke barat daya bandar Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Didakapi oleh Banjaran Titiwangsa, Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.[1]

Seri Menanti
Soghi Monanti
Bandar Diraja Seri Menanti
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiسري مننتي
Istana Lama
Istana Lama
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Kuala Pilah
LuakAdat Lingkungan
Tanah Mengandung
Ditubuhkansekitar abad ke-15
Sebagai bandar diraja1773
Penduduk
 • Jumlah1,610
Istana Besar, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Sejarah

Kisah penubuhan

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti.[2] Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi.

Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.[3]

Pada tahun 1773, Raja Melewar yang baru sahaja ditabalkan sebagai Yamtuan Besar di Kampung Penajis, Rembau, memindahkan pusat pemerintahannya dari Astana Raja ke Seri Menanti.

Peranan

Persempadanan luak-luak di Negeri Sembilan pada masa kini. Seri Menanti terletak di dalam wilayah Adat Lingkungan dan dikelilingi oleh luak-luak Ulu Muar, Terachi, Ineh, Gunung Pasir dan Jempol — kesemuanya digelar sebagai Luak Tanah Mengandung.

Seri Menanti ini dilihat memainkan peranan penting sebagai pusat kerajaan Negeri Sembilan dahulu mengikut susunan mandala di mana 8 nagari atau luak adat mengelilingi pusat dalam 2 lingkungan:[4]

Tempat-tempat menarik

Muzium Diraja Seri Menanti
Panca Persada

Kemudahan asas

  1. Masjid Diraja Tuanku Munawir
  2. Balai Polis Seri Menanti
  3. Klinik Kesihatan Seri Menanti
  4. Pejabat Pos Seri Menanti

Orang-orang kenamaan yang berasal dari Seri Menanti

Rujukan

Pautan luar