Senarai filem terbitan Skop Productions

rencana senarai Wikimedia

Skop Productions ialah sebuah syarikat hiburan Malaysia yang diasaskan oleh Yusof Haslam pada tahun 1985, yang menerbitkan dan mengedarkan filem.[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cereka berbahasa Melayu termasuk tiga filem yang belum dikeluarkan. Terdapat juga filem terbitan Skop Productions yang diterbitkan bersama dengan syarikat seperti Grand Brilliance, Ace Motion Pictures dan Astro Shaw. Selain itu, syarikat ini turut mengedarkan filem-filem terbitan syarikat penerbitan lain.

Yusof Haslam, pengasas Skop Productions, pada 2013. Beliau telah mengarahkan 13 filem untuk Skop Productions dari 1991 sehingga 2005.

Keluaran filem pertama Skop tiba pada 1991 menerusi filem pertama arahan Yusof, Bayangan Maut yang menampilkan Ratu Rock Ella, Faizal Hussein, A. Galak, Noorkumalasari dan Yusof sendiri. Syarikat ini kemudian menerbitkan filem aksi Pemburu Bayang (1993) lakonan Awie dan Malek Noor. Kejayaan komersial pertama Skop hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Yusof memperoleh gelaran "Six Million Dollar Man". Filem-filem keluaran Skop yang turut menjadi kejayaan komersial ialah Tragedi Oktober (1996), Gemilang (1997) dan Bara (1999). Selain Yusof, pengarah-pengarah lain seperti Yusof Kelana, Ahmad Idham dan Aziz M. Osman turut mengarahkan filem mereka di Skop.

Pada tahun 2000-an, Skop Productions menerbitkan beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie (2001) dan dua filem susulannya yang masing-masing dikeluarkan pada 2002 dan 2005. Dua anak lelaki Yusof, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mengikut jejak langkah beliau sebagai pengarah.[2][3] Pada tahun 2007, Syamsul memulakan kerjaya pengarahannya menerusi filem Evolusi KL Drift (2008), lakonan dirinya sendiri, Farid Kamil, Fasha Sandha, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Filem ini merupakan kejayaan komersial di pecah panggung dan meraih kutipan sebanyak RM4.5 juta. Syafiq mula menduduki kerusi pengarah pada 2011 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Menerusi filem ini, Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book of Records.

Filem Skop Productions dengan kutipan tertinggi pada 2010-an hadir dengan Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (kedua-duanya pada 2011), diikuti oleh Munafik (2016), Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force dan Munafik 2 (kedua-duanya 2018) dan Misteri Dilaila (2019).[4] Kesemua tujuh filem tersebut telah menerima ranking antara filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Antara pelakon yang pernah berlakon dalam filem-filem terbitan Skop Productions ialah Awie, Erra Fazira, AC Mizal, Deen Maidin, Aaron Aziz, Farid Kamil, Salina Saibi, Azad Jasmin, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Scha Al-Yahya, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Zizan Razak dan lain-lain.

Filem terbitan

Kunci
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
TajukTahunPengarahPelakonCatatanRuj.
Bayangan Maut1991Yusof HaslamYusof Haslam, Noorkumalasari, Ella, A. Galak, Kuswadinata, Faizal HusseinFilem dimiliki oleh SIAR[5]
Pemburu Bayang1993Yusof HaslamShaharuddin Thamby, Awie, Malek Noor
Sembilu1994Yusof HaslamAwie, Erra Fazira, Ziana Zain[6]
Sembilu II1995Yusof HaslamAwie, Erra Fazira, Ziana Zainditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR
Tragedi Oktober1996Yusof KelanaAwie, Erra Fazira, Amy Mastura, Riezman Khuzaimiditerbitkan dengan kerjasama ME Communications
Maria Mariana1996Yusof HaslamErra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galakditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR
Gemilang1997Yusof HaslamErra Fazira, Hans Isaac, Jalaluddin Hassan, Ning Baizura, A. Galak
Maria Mariana II1998Yusof HaslamErra Fazira, Ziana Zain, Ning Baizura, Awie, Rosyam Norditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR[7]
Bara1999Yusof HaslamAwie, Nasha Aziz, Rosyam Nor, Zamani Slam, Arni Nazira
Pasrah2000Yusof HaslamErra Fazira, Norman Hakim, Wilma Muhammad, Abby Abadi, Mazlan Pet Pet, AC Mizal[8]
Gerak Khas The Movie2001Yusof HaslamAC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Rosyam Nor, Norman Hakim, Nasha Aziz, Normala Samsudin, Lan Pet PetFilem dimiliki oleh SIAR[9]
Gerak Khas The Movie II2002Yusof HaslamAbby Abadi, AC Mizal, Juliana Banos, Azri Iskandar, Faizal Hussein, Ida Nerina, Afdlin Shauki, Normala Shamsuddin[10]
Mr. Cinderella2002Ahmad IdhamYusry KRU, Erra Faziraditerbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures
Gila-Gila Pengantin2003Aziz M. OsmanErra Fazira, Norman Hakim, Juliana Banos, Hairie Othman, Salih Yaacob, Syanie, M. Rajoliditerbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR
Janji Diana2003Yusof HaslamErra Fazira, Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Faizal Hussein
MX32003Yusof KelanaSaiful Apek, Zul Yahya, Faizal Hussein, Syanie, Juliana Banos, Azlee Senarioditerbitkan dengan kerjasama ME Communications[11]
Mr. Cinderella 22003Din CJYusry KRU, Erra Fazira, Maya Karin, Opie Zamiditerbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures
Gila-Gila Pengantin Remaja2004Aziz M. OsmanJuliana Banos, Afdlin Shauki, Zahnita Hussein, Beego, Saiful Apekditerbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR
GK3 The Movie2005Yusof HaslamNorman Hakim, Abby Abadi, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, Faizal Husseinditerbitkan dengan kerjasama Lotus Five Star; Filem dimiliki oleh SIAR[12]
Sembilu 20052005Yusof HaslamVince, Hetty Sarlene, Zed Zaidi, Khai, Ziana Zain, Juliana Banos[13]
Pontianak Menjerit2005Yusof KelanaZiana Zain, Azlee Senario, Faizal Hussein, Zed Zaidi, Sheila Rusly, Juliana Banos, Mazlan Pet Pet, Adam Corriediterbitkan dengan kerjasama ME Comuntications
Gila-Gila Pengantin Popular2005Aziz M. OsmanErra Fazira, Saiful Apek, Afdlin Shauki, Norman Hakim, Linda Nanuwil, Nora Danishditerbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR[14]
Evolusi KL Drift2008Syamsul YusofSyamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Diana Daniellediterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[15]
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam2009Syamsul YusofSyamsul Yusof, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Salina Saibi, Aaron Aziz, Diana Danielle, Nasir Bilal Khanditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[16]
Evolusi KL Drift 22010Syamsul YusofSyamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Zul Ariffinditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[17]
Khurafat: Perjanjian Syaitan2011Syamsul YusofSyamsul Yusof, Liyana Jasmayditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[18]
KL Gangster2011Syamsul YusofAaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak[19]
Aku Bukan Tomboy2011Syamsul YusofScha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof[20]
Jalan Kembali: Bohsia 22012Syamsul YusofNabila Huda, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razakditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[21]
SAM: Saya Amat Mencintaimu2012Syafiq YusofShaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa, Azad Jazminditerbitkan dengan kerjasama E.MAS[22]
Gangster Celop2013Ahmad IdhamSyamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikhaditerbitkan dengan kerjasama Excellent Pictures[23]
KL Gangster 22013Syamsul YusofAaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak, Rosyam Norditerbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[24]
Abang Long Fadil2014Syafiq YusofZizan Razak, Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Syamsul Yusof[25]
Villa Nabila2015Syafiq YusofPekin Ibrahim, Tisha Shamsirditerbitkan dengan kerjasama Viper Studios[26]
Mat Moto2016Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Zarul Asyraf, Cat Farish, Faizal Hussein, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Kamarool Yusof, Syamsul Yusofditerbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Fimtab[27]
Munafik2016Syamsul YusofSyamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Rahim Razali, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak[28]
Desolasi2016Syafiq YusofSyamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Aida Khalida[29]
Abang Long Fadil 22017Syafiq YusofZizan Razak, Tania Hudson, Achey Bocey, Wak Doyok, A. Galak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, AC Mizalditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw[30]
KL Special Force2018Syafiq YusofRosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Josiah Hogan, Ruzzlan Abdullah Shah, Sabrina Ali, Puteri Balqisditerbitkan dengan kerjasama Damofa Productions & Viper Studios[31]
Munafik 22018Syamsul YusofSyamsul Yusof, Nasir Bilal Khan, Maya Karin, Mawi, Rahim Razali, Fizz Fairuzditerbitkan dengan kerjasama President Productions[32]
Misteri Dilaila2019Syafiq YusofZul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuriditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw[33]
Rise to Power: KLGU2019Faisal Ishak
Syafiq Yusof
Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff, Chew Kin Wah
Bulan dan Pria Terhebat2020Ghaz Abu BakarZahirah MacWilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karinditerbitkan dengan kerjasama Nizra Entertainment & Astro Shaw
Penunggang Agama2021Syafiq YusofZul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz, Jalaluddin Hassan, Salina Saibiditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw
Penunggang Agama 2Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Salina Saibi, Tony Eusoff
Abang Long Fadil 32022Syafiq YusofZizan Razak, Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Tania Hudsonditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw[34]
Harum Malam2023Dain SaidIdan Aedan, Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Hudaditerbitkan dengan kerjasama Apparat
Polis EVO 32023Syafiq YusofZizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khanditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw, Blackflag & TGV Cinemas
Budak Flat2023Faisal Ishak
Eugene Lim
Woo Ming Jin
Zahiril Adzim, Nabila Huda, Pablo Amirul, Aaron Aziz, Yung Raja, Balan Kashditerbitkan dengan kerjasama Jazzy Pictures; ditayangkan di Amazon Prime
Sheriff: Narko Integriti2024Syafiq YusofZul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Aaron Azizditerbitkan dengan kerjasama Astro Shaw
Padu2024Faisal IshakFify Azmi, Melissa Campbell, Lia Natalia, Thanuja Ananthan, Jojo Gohditerbitkan dengan kerjasama Global Station
Telekinesis 2024Syafiq YusofBeto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Hasnul Rahmatditerbitkan dengan kerjasama Viper Studios
Masterpicisan 2024NamronTBAditerbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Centro Pictures
Sekolahaha 2024Mat Luthfi
Syafiq Yusof
TBA[35]
Blood Brothers 2025Abhilash Chandra
Syafiq Yusof
Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Amelia Henderson
Housekeeping TBAZahir OmarAlif Satar, Shiqin Kamal
Munafik 3 TBASyamsul YusofTBA[36]

Filem edaran

TahunJudul filemSyarikat penerbitan
2000Anaknya SazaliEurofine
2001SaraAstro Shaw & Tayangan Unggul
PutihEurofine
2013Gila-Gila Remaja 2Lacsashea Productions & Megamovie Sdn. Bhd.
2014BalistikAsia Tropical Films
2015Kepong Gangster 2Mahu Pictures
JengkaAce Motion Pictures
2016My Stupid BossFalcon Pictures
2017Rempit Sampai LangitSuhan Movies & Trading
KL WanganCentro Pictures
2019GarangSakti Films
2020Ratu Kala Jengking: Puteri KerandaA. Aida Production
2021ZombitopiaSunstrong Entertainment, Greenlight Pictures & Lomo Pictures
2022Mat Kilau: Kebangkitan PahlawanStudio Kembara
Daddyku GangsterD' Ayu Pictures
2023Silence of the 177New Breed Production
ImaginurLumatic Films & Apparat
La LunaClover Films, ACT 2 Pictures, Papahan Films & One Cool Film Production
2024TrinilDapur Film

Rujukan

Pautan luar