Sekolah Berprestasi Tinggi

Gelaran untuk sekolah di Malaysia

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) (High Performance School) di Malaysia ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.[1]

Latar belakang

Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009.

Sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT Kohort 1 oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada 25 Januari 2010 dan majlis pengiktirafannya telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010. Pada 18 Februari 2011, sebanyak 23 buah sekolah pula telah diumumkan sebagai SBT Kohort 2[2] oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak. Pada 4 Februari 2012 pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan lagi senarai 14 buah sekolah sebagai SBT Kohort 3[3] dalam satu majlis pengiktirafan SBT di Putrajaya. Seterusnya pada 28 Disember 2012, 25 buah sekolah lagi diberi taraf SBT, menjadikan jumlah kesemuanya 91 buah.[4]

Rasional

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:

  1. Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
    Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
  2. Menghasilkan Murid Cemerlang
    Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
  3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
    Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

Pemilihan

Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dan Sekretariat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian (SKPM).

Pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan:

Saringan Pertama: Sekolah berada dalam band satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.

Saringan Kedua: KPM akan memilih sekolah yang layak daripada band satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

Saringan Ketiga: Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 % dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK akan diambil kira. Jawatankuasa pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Penentuan Band Sekolah

BandSkor komposit (%)
Sekolah rendahSekolah menengah
1≥85≥90
275–84.9980–89.99
365–74.9970–79.99
455–64.9960–69.99
545–54.9950–59.99
635–44.9940–49.99
7≤34.99≤39.99

Ganjaran

Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

KohortJenis sekolahNama sekolahSingkatanNegeriMotoLaman web rasmi sekolah
1SBP The Malay College Kuala KangsarMCKKPerakFiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu
Manusia)
[1]
1SBP Sekolah Seri PuteriSSPSelangorIlmu, Usaha, Jaya[2]
1SBP Sekolah Sultan Alam ShahSAS,
SSAS
PutrajayaChita, Usaha, Jaya[3]
1SBP Kolej Tunku KurshiahKTK,
TKC
Negeri SembilanRajin dan Usaha,
Tangga Kemajuan
[4] Diarkibkan 2013-06-03 di Wayback Machine
1SBP Kolej Islam Sultan Alam ShahKISAS,
SASIC
SelangorBersama Merangkul
Keunggulan
[5] Diarkibkan 2015-10-06 di Wayback Machine
1SBP Sekolah Dato' Abdul RazakSDARNegeri SembilanBerilmu untuk Berjasa[6]
1SBP Sekolah Tun FatimahSTFJohorBerusaha Tangga
Kejayaan
[7]
1SBP Sekolah Menengah Sultan Abdul HalimSMSAHKedahBelajar dan Berbakti[8]
1SBP Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed PutraSMSTSPPerlisTekun, Usaha, Jaya
1SBP Sekolah Menengah Sains Muzaffar SyahSMSMS,
MOZAC
MelakaBersikap Membina[9]
1SMKSekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang UtaraKuala LumpurNisi Dominus Frustra[10]
1SMKSekolah Menengah Kebangsaan (P) St. GeorgeSGGS,
SMKPSG
Pulau PinangAut Viam Inveniam
Aut Faciam

(Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan)
[11]
1SMK Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri AmanSelangorBerusaha Ke Medan Jaya[12]
1SMKKolej Sultan Abdul HamidKedahScholar,Sportman,Gentleman[13]
1SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin BakiSABKLKuala LumpurPelajaran Panduan Hidup[14]
1SMK Sekolah Menengah King Edward VIISMKEPerakMagni Nominis Umbra
1SKSekolah Kebangsaan Seri Bintang UtaraSKSBUKuala LumpurTanpa Tuhan Tiada Segalanya
1SK Sekolah Kebangsaan Zainab 2SKZ2KelantanBerusaha Lunas Kejayaan[15]
1SK Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2)JohorRajin dan Gigih
1SK Sekolah Kebangsaan Bukit DamansaraSKBDKuala LumpurSetia, Maju[16]
1SK Sekolah Kebangsaan Convent, TaipingPerakSimple in Virtue and
Steadfast in Duty
1SK Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1SKTTDI1Kuala LumpurUsaha Tangga Kejayaan[17]
2SABKSekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, TerengganuSMIYT,

iKT,

Terengganu
2SBP Sekolah Menengah Sains Alam ShahSMSAS,
ASiS
Kuala LumpurKreatif, Inovatif, Produktif[18]
2SBP Sekolah Tuanku Abdul RahmanSTARPerakIlmu Panduan Hidup[19]
2SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakSBPIGBK,
INTEGOMB
Kuala LumpurBenar, Tepat, Efektif[20]
2SBP Sekolah Menengah Sains MiriSMSM,
SAINSRI
SarawakBerusaha, Berilmu, Beramal[21]
2SBP Sekolah Menengah Sains Seri PuteriSESERIKuala LumpurProaktif, Inovatif, Efektif[22]
2SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang PasuSBPIKP,
I-KUPS
KedahCemerlang, Gemilang, Terbilang[23]
2SBP Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris PetraSMSTMFPKelantanSains Asas Kemajuan[24]
2SBP Sekolah Menengah Sains SelangorSMSSKuala LumpurBudi, Usaha, Bakti[25]
2SBPSekolah Menengah Sains MuarSAMURAJohorBerilmu, Berbakti[26]
2SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul RazakSBPITAR,
InSTAR
PahangBeyond Success[27]
2SBP Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah RaubSEMESTAPahangIlmu, Amal, Budi[28]
2SBP Sekolah Menengah Sains Tuanku MunawirSASERNegeri SembilanBerilmu, Beriman, Berbakti[29]
2SBP Sekolah Menengah Sains SabahSMESHSabahTeguh, Setia, Budi[30]
2SBP Sekolah Menengah Sains KuchingSAINSKUSarawakBerilmu, Berwawasan[31]
2SBP Sekolah Menengah Agama Persekutuan LabuSMAPLNegeri SembilanIlmu, Iman, Amal[32]
2SBPSekolah Menengah Sains Kuala SelangorKUSESSSelangorBerilmu, Beramal, Berbakti[33]
2SBP Sekolah Menengah Sains TapahSESTAPerakBerilmu , Bertakwa[34]
2SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah BidongSMKLBTerengganuCemerlang, Gemilang, Terbilang[35]
2SMKASekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil BanatKelantan[36]
2SKSekolah Kebangsaan Convent, MuarJohorTulus dengan Fadilat,
Azam dengan Bakti
[37]
2SKSekolah Kebangsaan Seri BiramSKSBPahangPengetahuan Suluh Kemajuan[38]
2SK Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad TajuddinSKSATKedahUsaha Tangga Kejayaan[39] [40]
2SK Sekolah Kebangsaan SetiawangsaSKTSKuala LumpurIman, Ilmu, Bakti[41]
2SKSekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, KuantanPahangIlmu Menerangi Kejahilan[42]
2SKSekolah Kebangsaan Ulu LubaiSarawak
2SKSekolah Kebangsaan Sultan IsmailSKSITerengganuPengetahuan Asas Kemajuan[43]
2SKFail:Sekolah Kebangsaan Jalan 3.jpg Sekolah Kebangsaan Jalan 3SKJ3SelangorIlmu, Iman, Amal[44]
2SK Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah AlamSKS9SASelangorMenyayangi, Mendidik, Cemerlang[45]
2SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China 2-DPulau Pinang
2SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick HungSelangor[46]
2SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Hua SibuSarawak[47]
3SBP Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad JiwaSMSSMJ,
SMOJI
KedahBerilmu dan Berbudi[48]
3SBP Sekolah Menengah Sains Tuanku JaafarSTJNegeri SembilanMaju Sempurna[49]
3SBP Sekolah Menengah Sains Kota TinggiSAKTIJohorIlmu, Bakti, Kualiti[50]
3SBP Sekolah Menengah Sains JohorSMSJJohorBudi, Karya, Bakti[51]
3SKSekolah Kebangsaan (P) Sultan IbrahimSKPSIJohorBertugas Maju,
Cuba Bersungguh
[52]
3SK Sekolah Kebangsaan Infant Jesus ConventSKIJCJohorSimple in Virtue and
Steadfast in Duty
[53]
3SKSekolah Kebangsaan IbrahimKedah[54]
3SK Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1SKSS1TerengganuPerkhidmatan Diutamakan
Dari Diri
[55]
3SKSekolah Kebangsaan Tengku MahmudSKTMTerengganuKeazaman Arah Kejayaan[56]
3SKSekolah Kebangsaan Assunta Convent (M)Pahang
3SK Sekolah Kebangsaan Minden HeightPulau PinangBacalah
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Bayan LepasPulau Pinang敬爱诚朴[57]
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa HKedah
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2Johor[58]
3SBP Sekolah Menengah Sains Sultan MahmudSESMATerengganuDisiplin, Kualiti, Dedikasi[59]
3SBP Sekolah Menengah Sains Kepala BatasSMSKB,
KEBSES,
SAKBA
Pulau PinangKualiti Pemangkin Kecemerlangan[60]
3SBP Sekolah Menengah Sains Pokok SenaSMSPS,
SAINA
KedahBerilmu, Beramal, Bertaqwa[61]
3SBP Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad ShahSEMSASPahangHidup Berjasa[62]
3SBP Sekolah Menengah Sains Hulu SelangorSEMASHURSelangorUsaha, Amal, Bakti[63]
3SBP Sekolah Menengah Sains LabuanSMSL,
SMEXCEL
LabuanUsaha, Jaya, Bakti[64]
3SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu RakitSBPIBR,
BRaInS
TerengganuBerilmu, Berakhlak, Berkualiti[65]
3SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SelandarSBPIS,
SISMe
MelakaCemerlang, Berwawasan[66]
3SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi KuantanSBPIK,
INTEK
PahangMembentuk Generasi Pemimpin[67]
3SMKKolej Sains Pendidikan IslamTerengganu
3SMKSekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, JohorJohor
3SMKSekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus ConventJohorSimple in Virtue and
Steadfast in Duty
[68]
3SK Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan IntanSKTAITerengganuIlmu Suluh Jiwa[69]
3SKSekolah Kebangsaan Zainab (1)Kelantan
3SKSekolah Kebangsaan Bertam IndahSKBIPulau PinangBerilmu, Beramal, Berbakti[70], [71]
3SK Sekolah Kebangsaan Sultanah AsmaSKSAKedahRajin dan Usaha
Tangga Kejayaan
[72], [73]
3SK Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2)SKCIJ2MelakaTulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[74]
3SKSekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2SKBP2JohorBerilmu, Berwawasan, Beretika[75]
3SKSekolah Kebangsaan Seri GayaSKSGSabah[76]
3SK Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2), MelakaMelakaHidup Bernilai
3SK Sekolah Kebangsaan Bandar MaharaniSKBMJohorPengetahuan Suluh Kemajuan[77]
3SK Sekolah Rendah Kebangsaan Seri InderaSRKSIPerlisUsaha, Kejujuran,
Kesetiaan
[78]
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria ConventPerakSimple in Virtue and
Steadfast in Duty
[79]
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok BinMelakaIlmu Obor Kemajuan[80]
3SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Union, Pulau PinangPulau Pinang[81]
4SBP Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, PekanSHAH PekanPahangIlmu, Amal, Budi[82]
4SBP Sekolah Menengah Sains Kubang PasuSMSKPKedahSukses, Kreatif, Produktif[83]
4SBP Sekolah Menengah Sains MachangSMACHKelantanBerusaha,Berilmu,Berbakti[84]
4SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi JempolSBPIJ,
INTEJ
Negeri SembilanIlmu Memantapkan Iman[85]
4SBP Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan ShahSERATASPerakBerdisiplin, Berilmu, Berbakti[86]
4SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GopengSBPIGPG,
I-GOP
PerakIlmu, Amal, Iman[87]
4SBP Sekolah Menengah Agama Persekutuan KajangSMAPKSelangorIlmu, Iman, Amal[88]
4SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi RawangSBPIR,
SEPINTAR
SelangorSumber Penjana Muslim Bestari[89]
4SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa BaratSDPBJohorUsaha, Jaya, Bakti[90]
4SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah RodziahSMASR,
SMSR
MelakaAl-Amanah[91]
4SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-IrshadSMAI,
AIRIS
Pulau PinangAl-Iman, Asasu, An-Najah[92]
4SKSekolah Kebangsaan Tengku MariamSKTMBPJohorBerbudi Berbakti[93]
4SK Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1)SKCIJ1MelakaSimple in Virtue and
Steadfast in Duty
[94]
4SKSekolah Kebangsaan Convent, Tanah RataPahangTulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[95]
4SKSekolah Kebangsaan Sultan Idris IISKSIIIPerakIlmu Panduan Hidup
4SKSekolah Kebangsaan Marian ConventPerakTulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[96]
4SKSekolah Kebangsaan Convent, Green LaneSKCGLPPPulau PinangTulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[97]
4SKSekolah Kebangsaan Taman MegahSKTMSelangorTekun Berusaha[98]
4SKSekolah Kebangsaan Bukit JelutongSKBJSelangorBerilmu, Berdisiplin, Berbudaya[99]
4SKSekolah Kebangsaan Sri PetalingSKSPSelangor[100]
4SK Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1)SKPP11satuPutrajayaIman dan Ilmu
Penjana Bakti
[101]
4SJKSekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang RemJohor
4SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han ChiangPulau Pinang勤,朴,公,勇
(Diligence, Moderation,
Fairness, Braveness
)
[102]
4SJKSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 2Kuala Lumpur[103]
5SBP Sekolah Menengah Sains RembauSEMESRANegeri SembilanTekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang[104]
5SBP Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh ShahabudinSMSTSSS, SOKSEK, TUNASSPulau PinangIlmu Asas Kemajuan[105]
5SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, PahangSMARTPahangIlmu, Ihsan, Bestari[106]
5SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JambulSMKBJPulau PinangCemerlang, Gemilang, Terbilang[107]
5SKSekolah Kebangsaan Air MerahSKAMKedahPengetahuan Menjana Wawasan[108]
5SKSekolah Kebangsaan Seri Wakaf BaharuSKSWBKelantanBerdisiplin, Cemerlang Sentiasa, Berusaha[109]
5SKSekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3SKKK3KelantanBerilmu, Berdisiplin, Berwawasan[110]
5SKSekolah Kebangsaan St ThomasSKSTPahang
5SKSekolah Kebangsaan Lingga BaruSKLBSabahPendidikan Maju
Pelita Hidup
[111]
5SKSekolah Kebangsaan Saujana ImpianSKSISelangorBerdisiplin, Berhemah, dan Berketrampilan[112]
5SKSekolah Kebangsaan Kampong Raja, TerengganuSKKRTerengganuIlmu Sahabat Sejati[113], [114]
5SK Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)SKPP92PutrajayaUsaha, Cemerlang, Terbilang[115]
5SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (T) RingletPahangBerdisiplin, Berilmu, Berjaya

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar