FELDA Sebertak
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
FELDA Sebertak | |
---|---|
Koordinat: 3°15′08″N 102°36′06″E / 3.2523°N 102.6017°E / 3.2523; 102.6017 102°36′06″E / 3.2523°N 102.6017°E / 3.2523; 102.6017 | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Daerah | Bera |
Mukim | Bera |
Kawasan parlimen | Bera |
Kawasan negeri | Kemayan |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Bera |
• Pengurus | Fadzillah Abd. Rahman |
Aras | 59 m (194 ft) |
Penduduk | |
• Anggaran peneroka | 400+ |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 28200 |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | C |
FELDA Sebertak (Jawi: فيلدا سبرتقcode: ms is deprecated ) , FELDA Projek Sebertak atau Tanah Kemajuan Sebertak merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur laut Daerah Bera, salah satu daerah di Pahang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Mempaga dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Bera. Ia terletak kira-kira 100 kilometer (62.1 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Sebertak ialah 28200 Bandar Bera.[3]
FELDA Sebertak terletak di bahagian tengah negeri Pahang, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 59 meter (193.6 ka).[1] Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 375.4 ekar (151.9 he).[4] FELDA Sebertak berjiran dengan petempatan lain seperti FELDA Tementi di bahagian utara, FELDA Rentam di bahagian timur laut dan FELDA Triang 3 di bahagian barat.[4]
FELDA Sebertak terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Mempaga. Secara pentadbiran, FELDA Sebertak terletak dalam Mukim Bera di bahagian timur laut.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Sebertak terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Bera manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang, ia terletak dibawah kawasan Kemayan.[5]
FELDA Sebertak dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 1510 (Jalan Utama Bera), melalui simpang utama FELDA Sebertak dan simpang Jalan Dol Said.[3][4] Jarak FELDA Sebertak ke pusat bandar iaitu Bandar Bera ialah sepanjang 18.9 kilometer (11.7 bt) dengan masa selama 23 minit.[a][6] Manakala jarak FELDA Sebertak ke ibu negeri Pahang iaitu Kuantan ialah sejauh 177.83 kilometer (110.5 bt) dan mengambil masa selama sejam 17 minit memandu kereta.[b][6]
Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Sebertak termasuklah;[6]