Sebenarnya
"Sebenarnya" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Alif Satar dan Siti Nordiana.[1][2] Ia ditulis dan diterbitkan oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Sze Wan Lee. Lagu ini dikeluarkan pada 28 Mei 2018 oleh Sony Music Malaysia dan Faithful Music sebagai lagu tema drama Klik! Pengantin Musim Salju lakonan mereka.[3]
"Sebenarnya" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Alif Satar dan Siti Nordiana | ||||
daripada album OST Klik! Pengantin Musim Salju | ||||
Dilancarkan pada | 26 Mei 2018 | |||
Dirakamkan pada | April 2018 | |||
Format | ||||
Genre | Power pop | |||
Panjang | 3:26 minit | |||
Syarikat | ||||
Penulis |
| |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Kronologi single Alif Satar | ||||
| ||||
Kronologi single Siti Nordiana | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Latar belakang
Lagu ini diumumkan oleh Alif Satar dalam satu temubual bersama Harian Metro pada 25 April 2018.[4] "Sebenarnya" merupakan kerjasama kedua Alif bersama Faizal Tahir selepas "Sesungguhnya Aku" (2017).[4] Siti Nordiana pada awalnya ragu-ragu untuk menyanyikan lagu itu kerana ia lebih moden dan berbeza daripada genre yang pernah dirakamnya.[5]
Persembahan secara langsung
Lagu ini juga dipersembahkan oleh Alif dan Nana di konsert Just Us Alif Satar & Siti Nordiana Live in Singapore yang berlangsung pada 31 Ogos 2018.[4][6]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[7]
- "Sebenarnya" – 3:26
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 26 Mei 2018 | Muat turun digital[7] Media penstriman[8] | Sony Music Entertainment Malaysia, Faithful Music |