Scott Morrison
Scott John Morrison (lahir 13 Mei 1968) ialah seorang ahli politik Australia, Beliau merupakan Perdana Menteri Australia ke-30 dan Pemimpin Partai Liberal pada 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan anggota Dewan Perwakilan Australia dari tahun 2007 hingga 2024, mewakili daerah Cook di New South Wales.
Yang Berhormat Scott Morrison | |
---|---|
Perdana Menteri Australia ke-30 | |
Dalam jawatan 24 Ogos 2018 – 23 Mei 2022 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Jeneral | Sir Peter Cosgrove David Hurley |
Timbalan | Michael McCormack |
Didahului oleh | Malcolm Turnbull |
Digantikan oleh | Anthony Albanese |
Ketua Parti Liberal Australia | |
Dalam jawatan 24 Ogos 2018 – 30 Mei 2022 | |
Timbalan | Josh Frydenberg |
Didahului oleh | Malcolm Turnbull |
Digantikan oleh | Peter Dutton |
Bendahari Australia | |
Dalam jawatan 21 September 2015 – 24 Ogos 2018 | |
Perdana Menteri | Malcolm Turnbull |
Didahului oleh | Joe Hockey |
Digantikan oleh | Josh Frydenberg |
Menteri Perkhidmatan Sosial | |
Dalam jawatan 23 Disember 2014 – 21 September 2015 | |
Perdana Menteri | Tony Abbott Malcolm Turnbull |
Didahului oleh | Kevin Andrews |
Digantikan oleh | Christian Porter |
Menteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan | |
Dalam jawatan 18 September 2013 – 23 December 2014 | |
Perdana Menteri | Tony Abbott |
Didahului oleh | Tony Burke |
Digantikan oleh | Peter Dutton |
Anggota Parlimen Australia untuk Cook | |
Dalam jawatan 24 November 2007 – 29 Februari 2024 | |
Didahului oleh | Bruce Baird |
Butiran peribadi | |
Lahir | Scott John Morrison 13 Mei 1968 Waverley, New South Wales, Australia |
Parti politik | Liberal |
Sekutu gabungan politik lain | Coalition |
Pasangan | Jenny |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | University of New South Wales (B.Sc.) |
Laman web rasmi | Official website |
Berikutan kemenangan pakatan Coalition dalam pilihan raya persekutuan Australia pada tahun 2013, Morrison dilantik sebagai Menteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan dalam kabinet kerajaan pimpinan Tony Abbott.[1] Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi Menteri Perkhidmatan Sosial pada akhir tahun 2014.[2] Morrison dilantik sebagai Bendahari Parti sebaik sahaja Malcolm Turnbull menggantikan Tony Abbott sebagai perdana Menteri pada bulan September 2015.[3]
Kehidupan awal dan pendidikan
Morrison lahir di Waverley, New South Wales, sebuah bandar berdekatan kota Sydney.Beliau merupakan anak bongsu kepada John Morrison, seorang polis dan kemudiaanya juga datuk bandar kawasan tersebut[4], dan Marion Morrison (nee Smith) - ayah Marion pula merupakan kelaihran New Zealand.[5] Namun Scott membesar di Bronte iaitu bandar yang berjiranan dengan Waverley.
Pada masa kecilnya beliau menjadi seorang pelakon kana-kanak yang beberapa kali muncul sebagai bintang iklan televisi.[6] Morrison memperoleh pendidikannya di Sydney Boys High School sebelum mendapat ijazah sarjananya dalam bidang geografi ekonomi di UNSW.[4]
Kerjaya profesional
Setelah menamatkan pengajiannya dari universitinya, Scott bekerja sebagai pengurus penyelidikan dan polisi negara untuk Majlis Harta Tanah dari tahun 1989 sehingga 1995. Beliau kemudiannya beralih kepada bidang pelancongan di mana beliau bertindak sebagai naib ketua eksekutif Australian Tourism Task Force serta pengurus am Majlis Pelancongan Australia. Pada tahu 1998, Morrison berpindah ke New Zealand untuk menjawat jawatan sebagai pengarah Jabatan Pelancongan dan Sukan negara tersebut; antara sumbangan yang terkenal kepada jabatan ini ialah penciptaan kempen "100% Pure New Zealand".[6]
Morrison kembali ke Australia sebagai ketua negeri Parti Liberal di New South Wales pada April 2000.
Sebagai perdana menteri Australia
Pada Ogos 2018, terdapat laporan bahawa Morrison akan mempertandingkan pimpinan Parti Liberal terhadap Peter Dutton dalam acara itu sebuah tantangan. Berikutan memanggil kepimpinan tumpah pada 24 Ogos, Morrison telah dilantik sebagai Pemimpin Parti Liberal.[7] Beliau diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia kemudiannya pada malam yang sama.