Schnauzer gergasi

baka anjing dari Jerman

Schnauzer gergasi[a] atau schnauzer besar[b] ialah satu baka anjing yang dikembangkan pada abad ke-17 di Jerman. Ia merupakan yang terbesar antara tiga baka schnauzer—selebih dua merupakan schnauzer piawai dan schnauzer kerdil. Banyak baka digunakan dalam perkembangannya, termasuk anjing besar Denmark hitam, anjing lembu Flandre, dan pincer Jerman. Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang dengan menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjaga harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota untuk bekerja dengan menjaga kilang bir, kedai penyembelih, kandang, dan kilang. Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga menjadi popular sebagai anjing ketenteraan pada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Schnauzer gergasi
Seekor schnauzer gergasi hitam
Nama lainSchnauzer Munich[1]
Anjing Munich[1]
Schnauzer beruang Rusia[2]
Negara asalJerman
Trait
Berat35–47 kg (77–104 lb)[3][4]
TinggiJantan65–70 cm (25.5–27.5 in)[5]
Betina60–65 cm (23.5–25.5 in)[5]
BuluPadat, mirip dawai
Warnahitam legam (dengan lapis bulu bawah hitam), lada dan garam, hitam perak
Saiz perinduk5–8 ekor[6]
Jangka hayat12.1 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ia mempunyai lapis bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Schnauzer gergasi terdapat dalam tiga keragaman warna: lada dan garam, hitam pejal dengan lapis bulu bawah hitam, dan hitam dan perak.[7] Di tempat yang mengizinkannya, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong. Seperti schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, schnauzer gergasi menyertai banyak sukan anjing, termasuk schutzhund. Satu lagi sukan yang dalamnya ia cemerlang ialah suka yang berkaitan dengan kerja hidung. Oleh sebab sifat waspadanya, anjing ini juga digunakan dalam kerja polis.

Sejarah

Schnauzer gergasi pertama muncul dari Schwaben di negeri Bavaria di Jerman dan Württemberg pada abad ke-17.[8] Schnauzer gergasi asli ini dianggap sebagai versi berbulu kasar bagi baka-baka pincer Jerman dan bulunya disangkakan membantunya untuk menahan musim sejuk Jerman yang mencabar dan gigitan daripada haiwan perosak. Asal usul baka ini tidak jelas, tetapi sumber berspekulasi bahawa ia berasal melalui sesetengah gabungan anjing besar Denmark hitam, anjing gembala Jerman, anjing Rottweil,[1] anjing Dobermann,[1] bokser,[1] anjing lembu Flandre,[1] anjing gembala Thüringen,[2] dan schnauzer piawai.[2]

Schnauzer gergasi pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna untuk penjagaan harta benda dan penggiringan haiwan ke pasar.[9] Menjelang permulaan abad ke-20, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing pengawal di kilang, di kilang bir, pejagalan, dan kurungan ternakan di seluruh Bavaria.[1][8] Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga ia digunakan sebagai anjing ketenteraan dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.[1][8] Schnauzer gergasi pertama diimport ke Amerika pada tahun 1930-an, tetapi ia kekal jarang sehingga tahun 1960-an,[10] apabila baka ini menjadi popular. Pada tahun 1962, terdapat 23 ekor schnauzer gergasi baharu yang berdaftar dengan American Kennel Club; pada tahun 1974, bilangan ini ialah 386; pada tahun 1984, bilangannya melebihi 800 dan pada tahun 1987 terdapat sekitar 1000 ekor haiwan.[11]Templat:Sps Pada tahun 2012, terdapat 94 ekor anjing baharu yang didaftarkan, turun daripada 95 ekor pada tahun 2011.[12]

Pada zaman moden, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing polis; dilatih untuk kepatuhan, ketangkasan anjing, penggembalaan, pencarian dan penyelamatan, dan schutzhund; dan ditunjukkan dalam pertunjukan pengakuran.[8][10] Ia juga digunakan untuk carting.[9] Di Eropah, baka ini dianggap lebih sebagai anjing pekerja daripada anjing pertunjukan.[11]Templat:Sps Tumpuan dalam banyak kelab schnauzer Eropah tidak begitu banyak pada pertunjukan pengakuran, tetapi lebih pada keupayaan kerja baka ini.[11]Templat:Sps Di beberapa negara, termasuk Jerman, anjing mesti mencapai gelaran Juara Schutzhund sebelum dapat menjadi layak untuk menjadi juara pengakuran.[11]Templat:Sps

Perihal

Dua ekor schnauzer gergasi

Penampilan

Warna hitam dan perak menjadi rasmi pada tahun 2021.

Walaupun schnauzer gergasi dipanggil 'gergasi', ini tidak sebanding dengan baka anjing besar lain seperti anjing besar Denmark atau anjing Rottweil, tetapi sebaliknya sebanding dengan schnauzer piawai dan schnauzer katik.[1] Piawaian baka AKC mensyaratkan jantan untuk berdiri setinggi 65–70 sentimeter (25.5–27.5 in) pada paras kelasa dan betina untuk berdiri setinggi 60–65 sentimeter (23.5–25.5 in).[5] Schnauzer gergasi berbentuk segi empat sama[6] dan patut menyerupai versi lebih besar bagi schnauzer piawai.[8] Ekornya panjang dan telinganya merupakan telinga butang kecil yang terangkat tinggi-tinggi di atas kepala.[9] Di tempat dengan keizinan undang-undang untuk amalan ini, ekornya dan telinganya mungkin dipotong.[6]

Kepala adalah ​12 panjang belakang anjing, apabila belakang diukur dari kelasa ke pangkal ekor.[8] Pipinya rata, namun cukup berotot.[8] Lapis bulunya padat, mirip dawai, dan kalis cuaca.[6][5] Bulu di muka schnauzer gergasi membentuk "janggut" dan kening tersendiri.[8] Langkahnya panjang dan segar.[2]

Perangai

Schnauzer gergasi patut "ramah dalam kedudukan rehat dan menjadi sosok pemerintah apabila terangsang".[8]

Schnauzer gergasi biasanya merupakan baka pendiam.[2] Oleh sebab pembiakbakaannya, schnauzer gergasi sememangnya mencurigai orang asing dan dapat menjadi sangat teritorial.[1][2] Sebaik diperkenalkan, ia biasanya menerima orang atau situasi baharu.[1] Ia mempunyai potensi untuk menjadi agresif,[1] tetapi schnauzer gergasi biasanya menahan diri[2] – ia "ramah dalam rehat, dan merupakan watak berpendirian apabila terangsang".[8]

Schnauzer gergasi telah diperihalkan sebagai anjing yang boleh dipercayai dengan kanak-kanak.[2] Ia sangat cerdas dan dapat menjadi bosan dengan mudah.[1] Ia juga sangat bertenaga dan bersemangat tinggi,[8] yang, apabila ditambahkan dengan kebosanan, dapat membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat pemusnah.[1] Ia mudah dilatih dan amat setia kepada pemiliknya.[8] Ia diketahui menjadi sangat terikat dengan pemiliknya. Sesetengah pembiak baka percaya bahawa schnauzer gergasi berwarna lada dan garam adalah lebih jinak daripada anjing berbulu hitam.[13]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]

Schnauzer gergasi memerlukan penjagaan bulu nalar.[5]Templat:Sps Janggutnya dapat mengumpulkan air liur dan remah makanan, yang menjadikan pembersihan kerap penting.[15] Jika ditunjukkan, lapis bulu nya perlu dilucutkan setiap dua hingga empat minggu.[9] Jika ia hanya haiwan pendamping, lapis bulunya dapat digunting.[9] Sesetengah schnauzer gergasi mempunyai alahan terhadap syampu.[16]

Displasia pinggul dan siku adalah umum.[6][9] Schnauzer gergasi juga terdedah kepada masalah mata seperti keratokonjunktivitis sika, glaukoma, katarak, displasia retina multifokal, dan atrofi retina progresif menyeluruh.[16] Ia juga terdedah kepada penyakit kulit, seperti alopesia lambung musiman, vitiligo, dan sista folikel.[16] Kanser kulit adalah umum pada anjing berwarna gelap, dengan keragaman paling kerap berlaku yang merupakan melanoma pada anggota tubuh dan jari, dan karsinoma sel skuamus jari.[16] Tumor kulit bukan kanser adalah umum juga.[16]

Sesetengah schnauzer gergasi menghidap diabetes insipidus pusat, hipotiroidisme resesif autosom, malpenyerapan terpilih bagi kobalamin, narkolepsi, katapleksi, dan pelbagai kecelaruan sawan.[9][16] Sesetengah anjing peka terhadap sulfonamida dan emas.[16] Penyakit tulang dan masalah sendi juga menjadi isu.[17] Punca paling lazim bagi kematian pada schnauzer gergasi dalam tinjauan The Kennel Club merupakan limfoma dan kanser hati, diikuti oleh serangan jantung dan kegagalan jantung.[18]

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar