Sam Suhaid

Muhammad Suhaid Mustakim Yahya atau lebih terkenal dengan nama pentas Sam Suhaid (lahir 26 Oktober 1993) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni hiburan tanahair pada tahun 2017.[1]

Sam Suhaid
Kelahiran
Muhammad Suhaid Mustakim bin Yahya

(1993-10-26) 26 Oktober 1993 (umur 30)
Nama lainSam
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kelas Pertama Sains Sosial (Sains Politik)
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2017–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Hype Beat Media (2017–kini)
LIFE Records Malaysia (2017-kini)

Kehidupan awal

Sam Suhaid dilahirkan pada 26 Oktober 1993 di Kluang, Johor. Selain itu, beliau mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang keempat. Sam telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kluang Barat (kini dikenali sebagai SK Syed Zain) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil. Disamping itu, Sam juga telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Sains Sosial (Sains Politik).

Filemografi

Drama

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2020Korban KasihNasirTV1
2020Umar HattaJeffSalam HD
2020Tercipta Satu IkatanAmirAstro Ria
20223 Nota CintaJohanTV3

Diskografi

Single

  • Tetap Bersama - duet bersama Annie Arifin (2018)
  • Angau (2019)
  • Khayalan Dalam Rindu (2020)

Rujukan

Pautan luar