Salina Saibi

Pelakon wanita Malaysia

Salina Saibi (lahir 10 Januari 1982) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama-drama kepolisan seperti CID 3278 (2006–2007) dan Gerak Khas (2007–2021). Sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2001, akhirnya pada 2009 beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM22) menerusi watak lakonannya sebagai Amy (bohsia mangsa sumbang mahram) dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.[2][3]

Salina Saibi
Salina ditemuramah oleh MeleTOP di Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali pada 8 Julai 2014.
Kelahiran
Salina binti Saibi

(1982-01-10) 10 Januari 1982 (umur 42)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2001–kini
PasanganAzmir Osman (k. 2007)
Anak-anak2
Ibu bapaSaibi Yusof

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1982 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik. Salina berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4][5]

Kerjaya

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Salina Saibi terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi,[6] meskipun kurang jelas sama ada beliau pernah merakamkan album atau sebaliknya.[6] Di awal penglibatannya dalam bidang lakonan, Salina telah berlakon sebanyak berpuluh drama dan telefilem di beberapa stesen TV termasuk RTM, TV3, TV9 dan Astro.

Sebagai seorang pelakon yang berdisplin, komited, fokus, sangat lasak dan boleh melakonkan apa sahaja watak yang diberi, boleh dikatakan Salina ialah seorang pelakon yang serba boleh. Beliau mula dikenali umum menerusi watak Inspektor Rita dalam siri drama penyiasatan CID 3278 yang turut dibintangi oleh Faizal Yusof, Along Eyzendy, Kamal Affandi Hashim, Azman Nor dan lain-lain.[6][7]

Pada tahun 2007, Salina dipelawa oleh orang kuat Skop Productions, Yusof Haslam bagi membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas yang mana beliau menjayakan peranan pembantu dalam beberapa episod termasuk "Misteri Elisa" dari musim kelapan siri ini, setahun kemudian, beliau dibawa menjayakan watak utama sebagai Inspektor Salina.[8][9] Sejak itu, beliau banyak berkhidmat di Skop Productions.

Salina menjadi bintang utama bersama Nabila Huda dalam filem drama aksi sosial 2009, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof; beliau memegang watak sebagai Amy, seorang gadis bohsia yang mengamalkan gaya hidup bebas, ia turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Johan Raja Lawak, Aaron Aziz dan Diana Danielle.[10] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Salina memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.[11]

Salina muncul dalam dua filem yang ditayangkan serentak pada 2011, iaitu filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan di mana wataknya sebagai Zura, rakan karib Anna lakonan Sabrina Ali dan komedi romantik Aku Bukan Tomboy, Salina memegang watak Sam, seorang gadis pengkid yang mempunyai perasaan terhadap Farisha lakonan Scha Al-Yahya. Filem ini memerlukan beliau memakai bengkung.[12]

Beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan Datuk Yusof Haslam, bersama Syamsul Yusof dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur.[13] Beliau kembali menjayakan peranan Amy dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012.[14]

Dari 2014 sehingga 2021, tawaran berlakon dalam drama dan telefilem terbitan produksi lain ditolak oleh Salina semata-mata kerana sayangkan Gerak Khas.[8] Dalam temuramah bersama Sinar Harian, Salina mengatakan menjadi sebahagian daripada Gerak Khas membuatkan beliau berasa lebih selesa dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon kerana tidak mahu mementingkan diri sendiri sambil menambah tidak berhasrat untuk berubah fikiran.[1] Beliau kemudian mengatakan dalam satu temuramah bersama Harian Metro bahawa beliau ingin bermula dan berakhir dengan Gerak Khas.[15]

Selepas Gerak Khas berakhir, beliau membintangi drama Perisik Cinta Tak Diundang di TV3, memegang watak sebagai Hanim. Ia menjadi drama pertamanya terbitan produksi lain dalam tempoh 8 tahun sejak Duri Di Hati (2013). Salina memegang watak sebagai Huda dalam filem Penunggang Agama dan kesinambungannya arahan Syafiq Yusof. Beliau kembali menjayakan watak ASP Salina lakonannya dalam Gerak Khas Undercover yang bersiaran di TV3,[16] seterusnya memegang watak Saka Ratu Lempeng dalam Jangan Ganggu Jodohku di Astro Ria.

Kehidupan peribadi

Salina telah berkahwin pada Ogos 2007 bersama Azmir Osman[17] dan dikurniakan 2 anak perempuan bernama Farah Syakira (lahir 2009) dan Farah Aqeela (lahir 2015).[18] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan.[19]

Pada 25 Mac 2013, anak sulung beliau, Farah Syakira yang mesra dengan panggilan Kiera menjadi perhatian masyarakat apabila Farah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam kolam renang di kediamannya satu kondominium di Cheras semasa acara parti barbeku di kawasan berdekatan. Salina berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya tidak sangka Kiera berani tarik tangan budak lelaki yang hampir lemas sehingga menyelamatkan nyawanya,"[20][21]

Pada 9 Julai 2017, bapanya, Saibi Yusof meninggal dunia akibat penyakit kanser hati.[22] Salina juga aktif membuat dan meniaga biskut, terutama semasa bulan puasa Ramadan.[23]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2009Bohsia: Jangan Pilih Jalan HitamAmyFilem pertama
2011Khurafat: Perjanjian Syaitan[24]Zura
Aku Bukan TomboySam
2012Jalan Kembali: Bohsia 2Amy
2017Dhaka Attack[25]Filem Bangladesh
2021Penunggang AgamaPuan Huda
Penunggang Agama 2

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2002Spanar JayaNTV7Pelakon undangan
2003Mengejar PelangiShidaAstro Ria
2004SenarioTV3Pelakon undangan
2005Puteri
2006–2007CID 3278Inspektor RitaTV9
2007–2008Pasrah The SeriesNatasha
2007Gerak Khas (Musim 9)ElisaTV2Episod: "Misteri Elisa"
Airmata MariaJulieTV3
2008Mariam
2008–2009Laila Majnun
Dari Mata ArisaShareenTV1
2008–2011
2014–2021
Gerak KhasASP SalinaTV2
TV3
2009–2011Si CapikRitaTV2
2010NiginaNatashaTV3
2011Serapah Darah Bulan MaduAduraAstro Prima
2011–2013Roda-Roda Kuala LumpurInspektor SalinaTV2Pelakon undangan
2012–2013Metro SkuadASP Syakira
2013Di Bawah Langit[26]TV1
Duri Di HatiTV3
Mira SofeaEiraAstro Prima
2017Dia BidadarikuRitaAstro Ria
2021–2022Gerak Khas Undercover SalinaTV3
2021Perisik Cinta Tak DiundangHanim
Jangan Ganggu JodohkuSaka Ratu LempengAstro Ria
Oh My HantaranBidan YayaTV9
20223 Nota CintaAmyTV3
Ku Punya HatiIntan
2022–2023Nikah, Cerai, RujukNadiaAstro Ria
2024Boleh Saya BantuSophea JeanTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2002Ayam
2003Cinta Betting
Indi Anak Jon
SpyMan
2004Permintaan Terakhir
2005Hang2VCD
2006Cinta RotiLindaTV2
2008Surat dari Alamanda
Puasa Terakhir
2009Bila Guruh Bergempita
2010Kuala Pilah Next Top Model
2011Impian Terindah
Nasi Goreng Ikan Masin
2012Calon Suamiku
Asmara BeijingDiraAstro Citra
Anak Pak HussienZulaikaTV1
2013Sepasang Kurung Biru
2019Sempurnakah Aku?DoktorAstro Ria
2020Badi Selendang MerahAstro Citra
2022Kerana Binti AbdullahMariaTV1
Tanggang LanggangTV3

Televisyen

TahunTajukSaluran TVCatatan
2021Sepahtu Reunion LiveAstro WarnaEpisod: "Mengharapkan Pagar"

Iklan

TahunTajukCatatan
2003Pastikan ORI! Baru Beli!?juga dibintangi oleh Adam Corrie Lee

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerimaKarya tercalonKeputusan
2009Festival Filem Malaysia ke-22Pelakon Pembantu Wanita TerbaikDirinya sendiriBohsia: Jangan Pilih Jalan HitamMenang

Rujukan

Pautan luar