SalamAir

SalamAir (طيران السلام), (Ṭayarān al-salām) ialah syarikat penerbangan tambang murah dari Oman yang beribu pejabat dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seeb .

Salam Air
طيران السلام
Syarikat Penerbangan Salam Air
IATAICAOPengenal
OV[1][2]OMS[3]MAZOON[4]
Ditubuhkan2016; 8 tahun yang lalu (2016)
Bermula operasi30 Januari 2017; 7 tahun yang lalu (2017-01-30)[5]
Hab
Bandar tumpuan
Pesawat11 (2023)
Destinasi51 (jumlah keseluruhan destinasi, dan 3 laluan musiman)
Ibu pejabatOman Muscat, Oman
Orang penting
  • Khalid Al Yahmadi (Ketua Pengerusi)
  • Mohammed Ahmed (CEO)[6]
  • Ahmed Al Shidhani (COO)[7]
  • David Bowden (CFO)[8]
Laman webwww.salamair.com/en/
www.salamair.com/ar/

Data Kod

  • Kod IATA : OV
  • Kod ICAO : OMS
  • Panggilan: Mazoon

Sejarah

Syarikat Penerbangan Salam Air dimiliki oleh Syarikat Pembangunan dan Pelaburan Nasional Muscat (ASAAS) yang memenangi tender kerajaan pada Bulan Januari Tahun 2016. Ditubuhkan pada Tahun 2014, ASAAS ialah perkongsian antara Dana Rizab Umum Negeri, Muscat Municipality, dan pelbagai dana pencen. [9] Pihak Berkuasa Awam Oman untuk Penerbangan Sivil (PACA) telah mengundang tawaran pada Tahun 2015 untuk pengendali syarikat penerbangan komersial tambang murah di Oman. [perlu rujukan]Syarikat penerbangan ini mengendalikan sebanyak tiga Airbus A320-200 yang dipajak dari Kumpulan LATAM Amerika Selatan. [10] Pesawat pertamanya tiba di Bandaraya Muscat pada Tarikh 18 November 2016 bertepatan dengan Hari Kebangsaan negara itu. [11] Syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan antara bandar-bandar di Oman dari Muscat dan Salalah dari Tarikh 30 Januari 2017, [12] SalamAir menerbangkan laluan Muscat - Dubai penerbangan itu merupakan perkhidmatan antarabangsa pertama, pada Tarikh 28 Februari 2017 (2017-02-28) . Pada mulanya ia melayani laluan ke Dubai World Central tetapi perkhidmatan tersebut telah bertukar laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Bulan Oktober Tahun 2017. [13] Sejak dibuka, Syarikat Penerbangan Salam Air mula beroperasi ke Bandar Jeddah, Madinah dan Ta'if di Arab Saudi, dan juga telah melancarkan penerbangan ke Karachi, Multan, Sialkot dan di Pakistan. Qatar direncanakan menjadi Negara ketiga untuk syarikat penerbangan itu dan akan beroperasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad . [14]

pada 5 September 2022, Syarikat Penerbangan SalamAir, menambah laluan baharu iaitu Muscat - Prague dan Salalah - Prague, yang dimana masing-masing akan dimulakan pada Tarikh 21 Oktober 2022 dan 26 Oktober 2022, kedua-dua laluan itu akan menggunakan armada jenis Airbus A321Neo, dengan kekerapan 1 kali seminggu. [15]

pada November 2022, Syarikat Penerbangan SalamAir, memulakan laluan baharu, iaitu antara Muscat dan Pulau Masirah, yang dimana masing masing laluan:

  • Muscat -> Masirah -> Duqm -> Muscat, akan dimulakan pada 3 November 2022, penerbangan sulung dengan Airbus A321 NEO, laluan Muscat -> Masirah, beroperasi sebagai penerbangan OV135, dan laluan Masirah -> Duqm -> Muscat, beroperasi sebagai penerbangan OV136.
  • Muscat -> Duqm -> Masirah -> Muscat, akan demulakan pada 5 November 2022, penerbangan sulung dengan Airbus A321 NEO, laluan Muscat -> Duqm, beroperasi sebagai penerbangan OV135, dan laluan Duqm -> Masirah -> Muscat, beroperasi sebagai penerbangan OV136.

dengan menggunakan pesawat A320 NEO (selepas penerbangan sulung), dengan kekerapan 1 kali seminggu.[16], selain itu syarikat penerbangan SalamAir, juga memulakan laluan baharu, iaitu antara Muscat dan Namangan, yang akan dimulakan pada 4 November 2022, dengan Airbus A320 NEO, dengan kekerapan penerbangan 1 kali setiap 2 minggu.[16]

pada Hujung bulan Mei 2023, di laman Aeroroutes, ada mengumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan SalamAir, ada mengatur dua laluan musiman antarabangsa dari Muscat ke Almaty dan Kuala Lumpur, dari hasil penetapan tersebut untuk Almaty ia dikekalkan 2 kali seminggu berkuatkuasa 9 September 2023, sementara itu untuk Kuala Lumpur akan dipertingkatkan kekerapan penerbangan dari 2 kali seminggu menjadi 4 kali seminggu berkuatkuasa 10 September 2023 [17].

juga di laman aeroroutes ada diumumkan, bahawa SalamAir, akan memulakan laluan baharu, antara Muscat dengan Baghdad, yang akan dimulakan pada 11 September 2023, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [18].

pada Hujung bulan Jun 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan SalamAir, ada membuka laluan antarabangsa yang baharu, ke Arab Saudi, dengan laluan Muscat-Fujairah, yang akan dimulakan pada 12 Julai 2023, menggunakan pesawat jenis Airbus A319 dan A320 [19].

pada penghujung bulan Ogos, Syarikat Penerbangan SalamAir, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Pakistan, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Muscat dengan Faisalabad, Peshawar dan Quetta, yang masing-masing akan dimulakan pada 5 Oktober, 2 Oktober dan 3 Oktober, dan kesemua laluan tersebut memiliki kekerapan penerbangan dengan 2 kali seminggu [20].

pada bulan September 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan SalamAir ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa ke Jerman, dengan menambah laluan tanpa henti antara Muscat dan Munich, yang akan dimulakan pada 30 September 2023 [21].

juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan SalamAir, ada merancang untuk menambah destinasi baharu ke India, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Muscat dan Hyderabad, yang akan dimulakan pada 1 Oktober 2023, dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu [22].

selain Hyderabad dan Kozhikode, SalamAir juga merancang untuk menambah 3 lagi laluan antarabangsa ke India, iaitu Jaipur, Lucknow dan Thiruvananthapuram/ Trivandurm [23], untuk Hyderabad, Jaipur dan Kozhikode ia sudah dimulakan secara rasmi pada 16 Disember 2023 [23], dan untuk laluan Lucknow ia sudah dimulakan secara rasmi pada 17 Disember 2023 [23], dan untuk Thiruvananthapuram ia akan dimulakan pada 3 Januari 2024 [23].

Urusan korporat

Setakat Mac 2017, Khalid Al Yahmadi memegang posisi Ketua Pengerusi .[13] Setakat Julai 2018, posisi CEO dipegang oleh Mohammed Ahmed.

Perjanjian Perkongsian Kod

Syarikat Penerbangan SalamAir memiliki Perjanjian Perkongsian Kod dengan beberapa Syarikat Penerbangan berikut :

Destinasi

Syarikat Penerbangan SalamAir melayani destinasi berikut:

NegaraBandarLapangan TerbangNotaRujukan
AzerbaijanBakuLapangan Terbang Heydar AliyevPenerbangan Musiman[26][27]
BahrainManamaLapangan Terbang Antarabangsa Bahrain
BangladeshDhakaLapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal
ChittagongLapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat
Republik CzechPragueLapangan Terbang RuzyneDimulakan pada 21 Oktober 2022 (Muscat) dan pada 26 Oktober 2022 (Salalah)[28][29]
KazakhstanAlmatyLapangan Terbang AlmatyMusiman[30][17]
MesirIskandariahLapangan Terbang Borg El Arab
Republik GeorgiaTbilisiLapangan Terbang LochiniPenerbangan Musiman
IndiaHyderabadLapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi[22][23]
JaipurLapangan Terbang Jaipur[23]
KozhikodeLapangan Terbang CalicutPenerbangan Musiman(Piagam)[23]
LucknowLapangan Terbang Lucknow[23]
TrivandrumLapangan Terbang Thiruvananthapuram[23]
IraqBaghdadLapangan Terbang Antarabangsa BaghdadBermula 11 September 2023[18]
NajafLapangan Terbang Antarabangsa Al Najaf
IranMashadLapangan Terbang Antarabangsa Shahid Hashemi Nejad
ShirazLapangan Terbang Antarabangsa Shahid Dastghaib[31]
TeheranLapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomaini
JermanBerlinLapangan Terbang Antarabangsa Berlin BrandenburgPenerbangan Musiman(Piagam)[32]
MunichLapangan Terbang Antarabangsa Munich(Bermula 30 September 2023)[21]
KuwaitBandar KuwaitLapangan Terbang Antarabangsa Kuwait
MalaysiaKuala LumpurLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurMusiman[33][34][17]
NepalKathmanduLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan
OmanDuqmLapangan Terbang Duqm[16]
MasirahLapangan Terbang Masirah[16]
MukhaiznaLapangan Terbang MukhaiznaPenerbangan Musiman(Piagam)[35]
MuscatLapangan Terbang Antarabangsa SeebHab utama Salam Air[17][19][20]
SalalahLapangan Terbang SalalahBandar Tumpuam Salam Air
SoharLapangan Terbang Sohar
PakistanFaisalabadLapangan Terbang Antarabangsa Faisalabad(Bermula 5 Oktober 2023)[20]
KarachiLapangan Terbang Antarabangsa Jinnah
MultanLapangan Terbang Antarabangsa Multan
PeshawarLapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan(Bermula 2 Oktober 2023)[20]
QuettaLapangan Terbang Samungli(Bermula 3 Oktober 2023)[20]
SialkotLapangan Terbang Antarabangsa Sialkot
QatarDohaLapangan Terbang Antarabangsa Hamad
Arab SaudiDammamLapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd
JeddahLapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz
MedinaLapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz[36][37]
RiyadhLapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid
Sri LankaColomboLapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo
SudanKhartoumLapangan Terbang Khartoum[38][39]
Negara ThaiBangkokLapangan Terbang Suvarnabhumi[40]
PhuketLapangan Terbang Antarabangsa Phuket
TürkiyeIstanbulLapangan Terbang Sabiha Gökçen
IstanbulLapangan Terbang Istanbul[41]
RizeLapangan Terbang Rize-ArtvinMusiman[30]
TrabzonLapangan Terbang TrabzonPenerbangan Musiman
Emiriah Arab BersatuAbu DhabiLapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi
DubaiLapangan Terbang Antarabangsa Dubai
FujairahLapangan Terbang Antarabangsa Fujairah(Bermula 12 Julai 2023)[19]
UzbekistanNamanganLapangan Terbang Namangan[16]

Armada

SalamAir Airbus A320-200

Setakat September 2020, armada Syarikat Penerbangan SalamAir termasuk jenis pesawat berikut:[42]

PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
Airbus A320neo6180
Airbus A321neo2[43]TBA
Total6[44]2

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Salam Air (OV)

Rujukan

Pautan luaran