STS-134

STS-134 (penerbangan ULF6 pemasangan ISS )[8] ialah penerbangan praakhir program Space Shuttle NASA. Misi ini menandakan penerbangan terakhir Bolak-balik angkasa lepas Endeavour.[9] Penerbangan ini menghantar Alpha Magnetic Spectrometer dan ExPRESS Logistics Carrier keempat ke Stesen Angkasa Antarabangsa.[10]

STS-134
Tanda kebesaran misi
Statistik misi
Nama misiSTS-134
Bolak-balik angkasaEndeavour
Pelantar pelancar39A
Pelancaran16 Mei 2011 08:56:28 EDT[1][2][3][4] (12:56:28 UTC)
Pendaratan1 Jun 2011 02:32 AM EDT[5] (06:32 UTC) (dijadualkan)
Tempoh misi16 hari[6] (dirancang)
Tempoh orbit91 min
Altitud orbit348 kilometer (188 nmi)[7]
Kecondongan orbit51.6 darjah
Jarak perjalananTBD
Foto anak kapal
Ikut arah jam: Mark Kelly (bawah tengah), komander; Gregory H. Johnson, juruterbang; Michael Fincke, Greg Chamitoff, Andrew Feustel dan Roberto Vittori, semua pakar misi.
Misi berkaitan
Misi sebelumMisi selepas

STS-133

STS-135

Perubahan dalam reka bentuk muatan utamanya, AMS-02, selain lengah pada STS-133 telah menyebabkan misi ini tertunda. Cubaan pelancaran pertama pada 29 April dibatalkan pada 12:20 p.m. oleh pengurus pelancaran akibat masalah dengan dua pemanas pada salah satu unit kuasa bantu (APU) pengorbit. Endeavour kemudian dilancarkan dengan jayanya pada 08:56:28 EDT[11] (12:56:28 GMT) pada 16 Mei 2011.[12]

Presiden A.S. Barack Obama menjadualkan lawatan ke Kennedy Space Center pada 29 April untuk melihat pelancaran Endeavour,[13] dan walaupun pelancaran dibatalkan beliau melawat Orbiter Processing Facility di Launch Complex 39 dan bertemu dengan enam anak kapal.[14]

Anak kapal

Poster misi, berdasarkan poster promosi Star Trek.[15]
26 April 2011: Anak kapal tiba di Shuttle Landing Facility dalam jet T-38

NASA mengumumkan anak kapal STS-134 pada 10 Ogos 2009.[16]

KedudukanAngkasawan
KomanderMark E. Kelly
Keempat spaceflight
JuruterbangGregory H. Johnson
Kedua spaceflight
Pakar Misi 1Michael Fincke
Ketiga spaceflight
EV2
Pakar Misi 2Roberto Vittori, ESA
Ketiga spaceflight
Jurutera Penerbangan
Pakar Misi 3Andrew J. Feustel
Kedua spaceflight
EV1
Pakar Misi 4Gregory Chamitoff
Kedua spaceflight
EV3

Nota anak kapal

Pada 13 Januari 2011, selepas penembakan Tucson 2011 di mana anggota Kongres Gabrielle Giffords, isteri Mark Kelly, cedera parah, NASA menamakan Frederick W. Sturckow sebagai komander simpanan untuk misi ini.[17]

Rujukan

Pautan luar