Ross Butler

Ross Fleming[3] Butler (lahir 17 Mei 1990) ialah pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya dalam rancangan Disney Channel, K.C. Undercover dan filem Teen Beach 2 (2015). Beliau juga terkenal dengan watak lakonannya sebagai Zach Dempsey di siri Netflix, 13 Reasons Why.[4][5][6][7]

Ross Butler
Kelahiran (1990-05-17) 17 Mei 1990 (umur 34)
PendidikanUniversiti Negeri Ohio
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012 - kini
Kampung asalMcLean, Virginia, USA.[1][2]
Ketinggian191 cm (6 ka 3 in)

Kehidupan peribadi

Butler lahir di Singapura dari bapa yang keturunan Inggeris-Belanda dan Ibunya keturunan Cina-Malaysia. Beliau dibesarkan oleh ibunya di McLean, Virginia.[8][9]

Butler masuk di Sekolah Tinggi Langley, lulus tahun 2008 sebelum masuk di Universiti Negeri Ohio, tapi keluar setahun kemudian. Beliau berpindah ke Los Angeles dan mula mengambil kelas lakonan.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2013Work It OutEddie PeonFilem pendek
2014Two BedroomsRoy
Rules of the TradeLeroy
2015Hacker's GameJeremy

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2012The Gateway LifemeAllenFilem Televisyen
2013Major CrimesIan Yorita"Pick Your Poison" (musim 2, episod 12)
Camp SunshineTonyFilem Televisyen
2014Star SeedChris Choi
HollywoodChris
Dog ParkScott"Roll Over" (musim 1, episod 6)
HappylandScott"Repeated Infractions" (musim 1, episod 5)
2015Teen Beach 2SpencerDisney Channel Original Movie
Perfect HighNateFilem Televisyen
Chasing LifeHunter3 episod
2015–2016K.C. UndercoverBrettPelakon pembantu
2016Teen WolfNathan PierceMusim 6, 4 episod
2017RiverdaleReggie MantlePelakon pembantu
2017–kini13 Reasons WhyZach DempseyPelakon Utama

Rujukan

Pautan luar