Roseyatimah

Pelakon veteran wanita Singapura-Malaysia

Datin Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah (17 November 1943 – 14 Disember 1987) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu yang terkenal pada era 1960an. Nama beliau adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee), beliau dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.


Roseyatimah
Roseyatimah pada 1960an.
Kelahiran
Rosnah binti Jasni

(1943-11-17)17 November 1943
Meninggal dunia14 Disember 1987(1987-12-14) (umur 44)
Sebab kematianKanser payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1952–1987
Terkenal kerana'Rose' (Pendekar Bujang Lapok)
'Halimah' (Anak Bapak)
PasanganDatuk Mustapha Maarof (k. 1967; m. 1987)
Anak-anak3
IbuNeng Yatimah
BapaJasni Ahmad

Kerjaya filem

Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.

Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P. Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsuddin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Pak Dukun, Sri Mersing, Rumah Itu Dunia Aku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Chuchu Datok Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.

Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 1950-an lagi iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustapha Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Sri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Si Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.[1]

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahFilemKategoriKeputusan
1965
Festival Filem Malaysia
Jiran SekampongAktres TerbaikMenang

Keuzuran dan kematian

Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.

Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.[2][3]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1952Antara Senyum dan TangisFilem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1959Pendekar Bujang LapokRose
1960Tunang Pak DukunTijah
Pak Pandir ModenBusu
1961Sri MersingSiti Payung
Jalak LentengKemuning
1962Lanchang KuningTeratai
BadangTengku Manis
Jula Juli Bintang 7
Tun FatimahLela Sari
1963Rumah Itu Dunia Aku
Chuchu Datok MerahSiti Molek
1964Dua PendekarKenanga
Panglima BesiBaiduri
Hutang Darah Dibayar DarahPuteri Balkis
1965Muda Mudi
Jiran SekampungSalmah
Mata Dan Hati
1965Gurindam Jiwa
1966Udang Di Sebalik BatuSuria
1967Under The Stars of SingaporeKak SitiFilem Jepun; penampilan khas
1968Anak BapakHalimah
1975Anak Seluang Jauh MelautSharifahFilem terakhir

Rujukan

Pautan luar