Roberto Soriano

Roberto Soriano (sebutan bahasa Itali: [roˈbɛrto soˈrjaːno]; lahir 8 Februari 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Bologna dan pasukan kebangsaan Itali. Beliau merupakan adik kepada pemain Elia Soriano.

Roberto Soriano
Soriano bersama Itali pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhRoberto Soriano
Tarikh lahir (1991-02-08) 8 Februari 1991 (umur 33)
Tempat lahirDarmstadt, Jerman
Ketinggian1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor21
Kerjaya remaja
2006–2009Bayern Munich
2009–2010Sampdoria
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2010–2016Sampdoria136(18)
2010–2011Empoli (pinjam)27(2)
2016–2019Villarreal55(9)
2018–2019Torino (pinjam)11(0)
2019Bologna (pinjam)17(2)
2019–Bologna20(3)
Pasukan kebangsaan
2007–2008Itali B177(1)
2009Itali B184(0)
2008–2010Itali B1911(0)
2009–2011Itali B2115(2)
2014–2015Itali8(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2015

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Soriano telah dilahirkan di Darmstadt, Jerman. Keluarganya berasal dari Sperone, Wilayah Avellino, Itali.[1][2] Beliau telah memulakan keriernya bersama Bayern Munich selepas dipikat oleh pencari bakat ketika kejohanan Piala Belia Juara-Juara 2007 semasa beliau sedang mewakili pasukan Die Roten.

Sampdoria

Pada 2 Februari 2009, Soriano telah berpindah ke kelab Itali, Sampdoria dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[3][4] Soriano telah menyertai pasukan Primavera Sampdoria ataupun dikenali sebagai pasukan belia untuk menghadapi kejohanan Torneo di Viareggio 2009[5] yang menyaksikan pasukannya itu menamatkan saingan sebagai naib-juara.[6] Pada musim 2009–10, Sampdoria telah tersingkir daripada aksi Campionato Nazionale Primavera pada peringkat separuh akhir yang membabitkan penglibatan Soriano untuk beraksi.[7]

Empoli

Pada Jun 2010, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Empoli. Soriano telah melakukan penampilan sulungnya untuk Empoli pada 15 Ogos 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Reggiana. Soriano kemudiannya digantikan oleh Gianluca Musacci pada separuh masa kedua perlawanan. Empoli ahirnya meraih kemenangan 4-1. Soriano melakukan penampilan sulungnya di Serei B ketika menentang Frosinone sebelum digantikan oleh Mirko Valdifiori pada minit ke-66 permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[8] Soriano beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan berikutnya setelah beliau kehilangan tempat kepada Gianluca Musacci. Beliau kembali beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Empoli pada perlawanan kelima liga. Beliau telah beraksi di posisi pemain tengah dan bertahan yang telah diubah suai kepada kesesuaian Soriano bagi menghadapi perlawanan-perlawanan berikutnya. Pada 11 Disember, beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie B ketika menentang Portogruaro.

Pada 31 Ogos 2015, Soriano telah menandatangani kontrak bersama Napoli yang bernilai 13.5 juta euro manakala Juan Camilo Zúñiga dirancang akan menyertai Sampdoria sebagai sebahagian daripada rundingan. Namun, perpindahan itu tidak dapat diteruskan kerana Napoli tidak membayar deposit kontrak dengan Lega Serie A sebelum masa berakhir pada jam 23:00. Proses itu telah ditunda kerana berlaku pertikaian terhadap hak cipta gambar.[9]

Villarreal

Pada 2 Ogos 2016, Villarreal dan Sampdoria bersetuju untuk melengkapkan perpindahan Soriano. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang menelan kos sebanyak 14 juta euro.[10] Soriano melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika aksi La Liga yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1 menentang Granada pada 20 Ogos.[11]

Torino

Pada 17 Ogos 2018, Soriano telah menyertai Torino berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[12]

Bologna

Pada 4 Januari 2019, Soriano telah menyertai Bologna berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[13]

Kerjaya antarabangsa

Belia

Soriano telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan pusingan elit Kejohanan Eropah Bawah-17 2008. Beliau juga dipanggil untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Bawah-17 Minsk 2008. [14] Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi penentuan tempat ketiga.[15] Soriano telah dipanggil oleh pasukan bawah-19 Itali untuk menghadapi perlawanan menentang Romania pada Disember 2008.[16][17] Beliau telah beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali dalam perlawanan itu yang berakhir dengan kemenangan 3-1. Soriano juga dipanggil menyertai pasukan bawah-18 dan bawah-19. Beliau telah beraksi dalam aksi persahabatan menentang Norway pada bulan Mac. Beliau juga tampil dalam kejohanan bawah-18 yang diadakan di Slovakia.[18]

Pada Ogos 2009, beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-21 ketika berusia 18 tahun untuk menghadapi perlawanan menentang Wales. Jurulatih Pierluigi Casiraghi telah memanggil enam pemain baru untuk mengambil bahagian dalam perlawanan iaitu. Hanya dua orang pemain yang lebih muda daripada Soriano iaitu Mattia Perin (lahir pada November 1992) dan Lorenzo Crisetig (lahir pada Januari 1993).[19] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan bawha-21 ketika perlawanan pertama kelayakan kejohanan bawah-21 yang berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Wales pada 4 September 2009.[20] Pada 17 November, beliau menjaringkan gol pembukaan Itali semasa membelasah Luxembourg 4-0.[21] Pada Januari 2010, Soriano kembali menyertai pasukan bawah-19[22] dan beraksi dalam pusingan kelayakan elit dan kejohanan akhir Kejohanan Eropah Bawah-19 2010. Pada 3 September 2010, beliau kembali menyertai pasukan bawah-21 dan menjaringkan gol kemenangan Azzurrini dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2011.[23][24]

Senior

Pada 9 November 2014, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Antonio Conte untuk menyertai skuad senior bagi menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Croatia dan perlawanan persahabatan menentang Albania.[25] Beliau melakukan penampilan pertamanya ketika menentang Croatia di San Siro pada 16 November dengan menggantikan Manuel Pasqual pada minit ke-28 permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[26]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 28 Jun 2020.
KelabMusimLigaPiala[a]EropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Empoli2010–1127220272
Sampdoria2011–12131003[b]0161
2012–1324010250
2013–1429500295
2014–1533420354
2015–16378102[c]0408
Jumlah1361840203014518
Villarreal2016–17339317[d]04310
2017–18220206[c]0300
Jumlah559511307310
Torino2018–1911011121
Bologna2018–1917210182
2019–2020310213
Jumlah37520395
Jumlah kerjaya266351421503029837

Antarabangsa

Sehingga 17 November 2015.[27]
Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
201410
201570
Jumlah80

Catatan

Pautan luar